
Setahun sekali selalunya aku dengan wife akan pergi bercuti luar dari Malaysia. Tak kisahlah sedekat Thailand atau Indonesia sekalipun. Asalkan luar dari Malaysia. Tapi kali ni terasa macam nak pergi jauh sikit ke tempat yang sejuk-sejuk. Haha. Bukan main lagi berangankan. Ala… Tak salahpun berangan, mana tahu jadi kenyataan ke kan. Tiba-tiba terfikir yang dekat dengan Malaysia ni orang akan tuju ke Australia sana. Perth, Sydney macam dah biasa orang pergi. Apa kata masukkan Melbourne dalam list pulak. Dekat Melbourne korang boleh jumpa bangunan yang berusia hampir 114 tahun dan masih lagi beroperasi dengan baik tau. Kira best jugaklah kalau nak datang Melbourne ni untuk berhoneymoon. Haha. Sila menabung cepat.
So, aku pun bincanglah dengan wife. Bincang pasal nak pergi berjalan ke mana pulak. Kalau nak pergi bercuti, bila tarikh yang ok nak pergi dan semua details yang berkaitanlah. Lepas dah berbincang lebih kurang apa yang patut macam tu, kitorang pun setuju nak pergi ke Malbourne. Lagipun sekali skala dapat pergi travel tempat orang kan apa salahnya. Tapi sebelum tu kenalah buat research sikit pasal tempat orangkan. Takkan nak main redah je pergi. Nanti kalau jadi apa-apa kan tak memasal je. Dah la jauh oi. Jangan cari masalah.
Musim
Untuk pengetahuan korang, Melbourne digambarkan sebagai Bandar yang mempunyai empat musim dalam sehari. Maksudnya dalam sehari cuaca dekat sana boleh berubah-rubah. Dapat la merasa la cuaca panas, luruh, sejuk atau bunga dalam sehari. Jadi, sebelum aku nak menempah tiket flight, aku perlu tahu keadaan musim negara tersebut terlebih dahulu supaya aku dapat sediakan pakaian yang sesuai. Buatnya masa tu tengah musim sejuk, tapi pakai baju nipis je tak ke naya?
- Panas: Disember-Februari
- Luruh: Mac-Mei
- Sejuk: Jun- Ogos
- Bunga: September-November
Tiket Flight
Benda paling utama sekali sebelum pergi sudah semestinya untuk book tiket flight. Aku pun terus la bukak website Traveloka tu. Korang tau tak pasal Traveloka ni? Banyak benda best yang korang boleh dapat kalau korang book thru Traveloka ni tau. Antara benefits yang korang boleh dapat adalah no hidden charge dikenakan kat korang. See, dari situ korang dah boleh save kan duit korang untuk travel tu. Lagi satu benda menarik dekat Traveloka bagi aku adalah korang boleh buat monthly installment kat Maybank. Haaa.. Tunggu ape lagi, jangan segan-segan nak plan baik punya untuk any vacation destination korang lepas ni. Yes, sekarang. Last skali aku nak bagitau pasal Traveloka ni and kompem benda best giler2 punye lah adalah korang boleh set price alert tau melalui apps Traveloka ni. Kiranya if korang ade nak pergi satu-satu tempat tu tapi tunggu promo untuk pergi sana, jangan risaulah, Traveloka boleh notify korang kalau-kalau tempat yang kita nak pergi tu ada promo time sekian-sekian. Nampak tak bestnya pakai Traveloka ni. Jadi korang tunggu apa lagi? Silalah bukak website Traveloka sekrang. Search mana-mana yang berkenan. Cepat sebelum terlambat.

Bila dah tahu tahap kebestsan (betul ke word aku ni) Traveloka ni, takkan nak berlengah lagikan. So, akupun search cheap flights to Melbourne dekat website Traveloka sana. Iyalah dah Traveloka offer aku macam-macam benda yang bagi aku memang menarik perhatian aku yang sememangnya nak semua info jumpa dalam satu tempat punya lah. Sebelum tu aku search jugak dekat website pasal Melbourne ni . Ada Hosier Lane tau. Haaa… Kalau korang nak tau, dekat lane ni korang memang legal untuk pergi bergrafiti bagai tau. Even kalau graffiti lama yang dah pudar tu, diorang akan tukar yang baru k? Kiranya korang akan nampak betapa berwarna warninye di situ. Korang nak pergi mana-mana tu mesti korang nak kena book flight kan. Aku pun search dekat website Traveloka tu. Emirates flight booking. Alhamdulillah, date yang kitorang cari tu memang tengah murah tau. Kiranya tak sia-sia aku search sekarang kan. Kalau dah rezeki tu tak ke mana. Tinggal nak book je la. Korang tak nak ke beli tiket murah macam ni? Kalau tunggu je memang tak dapat la. Sebabnya benda boleh dapat murah, buat apa nak beli yang mahal. Haha. Aku dah terbayangkan kangaroo, koala bear dah ni depan mata. Rasa nak peluk kuat-kuat pulak. Eh. Haha. Kalau jadi, sampai la aku dekat sana nanti.
Best kalau boleh pergi ke sana..tapi sebab zaman covid-19, duduk rumah jela
Melbourne ni kira tpt melancong fevret org Malaysia. Nak cari makanan halal pun x susah. Bila nak pergi atau dah pergi?
Terima kasih kerana berkongsi. Tengok Hosier Lane tu teringat satu tempat kat Kota Kinabalu Sabah, orang buat grafiti juga kat tempat tu. Lupa nama tempat tu apa. hahaha
wah, syok tu bercuti ke Melbourne…
kena install app traveloka ni kt hp. nnt leh godek2 tgk apa yg menarik. Semoga percutian bersama keluarga dipermudahkan.
Okay dah balik cecuti nanti sharelah kisah cecuti Melbourne kat blog ya
teringin nak ke australia
mungkin kena mula menabung dah ni 🙂
Bestnya plan bercuti ke luar.. 😊😊
Ada cadang nak jalan jalan ke Australia, tapi belum ada hala tuju tempat mana nak pergi.