Rasanya kebanyak pengguna kenderaan memahami apakah kegunaanya lampu hazard (lampu kecemasan) atau dipanggil juga double signal di kereta masing-masing. Tetapi terdapat jugak segelintir manusia bijak pandai khususnya pengguna kereta yang sesuka hati menggunakan lampu hazard, terutamanya ketika hujan lebat. Mungkin bagi mereka ni terasa perasaan cool apabila memasang lampu hazard lalu diikut oleh pemandu yang lain.
Adakah penggunaan lampu hazard ketika hujan lebat mengikut peraturan lalu lintas? Jawapannya sudah pasti tidak. Pihak berkuasa lalu lintas sama ada JPJ atau polis boleh mengenakan saman seandainya pemandu didapati meneruskan perjalanan menggunakan lampu hazard.
Hazard Lights mengikut peraturan JPJ ialah bermakna dinyalakan tatkala kenderaan yang dipandu itu berdepan dengan bahaya mendadak lalu memperlahan dan berhenti. Tetapi perkara asas ialah penyalaan lampu kecemasan ini hendaklah semasa kenderaan berhenti dan tidak bergerak langsung.
Aku cuba cari berkenaan kenyataan kesalahan tersebut di laman web JPJ takda pulak. Entah betul salah atau tidak aku tidak pasti. Yang pastinya penggunaan lampu hazard atau lampu kecemasan ketika hujan lebat dan ketika berkonvoi ni memang menyusahkan orang lain.
Seperti yang kita tahu bahawa lampu hazard ni akan berkelip secara serentak di kiri dan kanan.Tapi orang-orang Malaysia ni terlebih bijak sebab apabila hujan lebat maka akan dinyalakan lampu hazard ni. Serius akan timbul kekeliruan sama ada kenderaan tersebut sedang berhenti atau masih lagi berjalan di atas jalan raya. Ini sudah pastinya membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Bagi aku dengan menyalakan lampu besar di kereta sudah cukup jelas kelihatan semasa hujan lebat.
Lagi satu bahaya yang mungkin timbul dengan penggunaan lampu hazard semasa hujan lebat adalah semasa kenderaan tersebut ingin menukar lorong. Ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada pemandu lain. Pemandu dibelakang sudah pastinya keliru sama ada pemandu tersebut ingin ke kiri atau ke kanan. Walaupun pihak berkuasa selalu menggunakan lampu kecemasan ketika mengiringi konvoi, jangan sesekali anda menyalakan lampu itu ketika anda berkonvoi.
Dengan berbuat begitu tidak menjamin anda menjadi seorang lelaki yang kacak. Tidak sama sekali. Sebaliknya menjadi seorang lelaki yang kejam dengan membahayakan keselamatan pemandu lain.
ramai yang tak tahu masa kenderaan bergerak tak boleh pakai hazard. nampaknya masa driving class tak belajar dan tak tahu menahu. cuba bro tgk video ni, ade yang dengan konfidennya kata pasang hazard for safety masa hujan….ish ish kena suruh buat iklan di tv mcm iklan sopan santun, supaya sume tahu…adoi…
http://www.youtube.com/watch?v=mPcsFV3tr3g
hazard light tidak jugak salah disisi undang²….contoh lampu depan kereta tiba² terpadam apa harus anda buat ketika hujan lebat? patutkah kita berhenti di tepi jalan walaupun jauh prjalanan? patutkah kita tunggu lori untuk ditunda?bila berlakunya kecemasan tak harus kita berhenti jika kenderaan blh bergerak kecuali bila kenderaan anda berlaku kerosakkan yg teruk…. bagaimana rombongan menteri, datok @VIP dan ambulance Hazard light tetap digunakan….. hazard light bagus digunakan ketika hujan lebat kerana ia blind spot @titik buta berbanding lampu… masa nk masuk simpang kiri @ kanan lampu hazard light patut ditutup dahulu …mngunakan hazard light jika berlaku kecemasan bukan berhenti tepi jalan hanya tunggu lori utk ditunda…. minta kaji semula pengunaan hazard light dengan cara yang sebetulnya
selalu gak tgk perkara ni. tul tu. mmg bahaya, nak2 bila bagi signal, kiri ke kanan, tak de perubahan.
lagi satu, time hujan ada juga yg tunjuk teror, tak nak pasang lampu. tau die ok, tapi ianya utk pemandu lain, kot2 tak nampak anda…
Emm lampu signal yang dinyalakan dua-dua ni yer..haha..biasa la kadang2 ada yang saje nak bergurau senda..
Wah.. Boleh bergurau senda waktu macam tu ye bro. Hehe
yeah, memang tak suka berada di belakang kereta yg suka menyusahkan orang..kasi konpius jer,
Nak potong pun risau kadang-kadang.
betul tu..sy pun kdg2 pelik..bila tgk kereta yg guna lampu hazard..kereta ni nak berhenti ke? tp terusan bergerak jugak..nak potong pun serba salah jadinya..huhu
betul…kekadang keliru…. keta depan jalan tapi lampu hazard bernyala….. tterutama dlm hujan lebat……
kita yg follow pulak cemas……
Hehe.. Harap makin ramai yang sedar bahaya nyalakan lampu hazard ni.
yup setahu aku juga lampu hazard ni pasang masa berhenti di bahu jalan – kira kecemasan la…. kalau hujan pasang lampu je dahla ye tak.. yg tak reti pasang lampu pon hampeh jugak…
Kalau tak reti pasang lampu tu lagi la hampeh. Mana nak nampak masa hujan.
selalu gak jumpa. tapi sekurangnya diorang pasang lampu..jadi kita akan lebih berhati-hati..
Tak rasa bahaya ke bro?
yups, memang ada yang pandai2 buat hal sendiri
memang sangat tidak kacak
Itulah.. Menyusahkan orang lain lagi ada.
memang bahay lampu hazard dinyalakan ketika hujan lebat
Itulah, harap ada kesedaran di kalangan pemandu di Malaysia ni.
aku pun ada terbaca juga hal ni..tapi bila tgk waktu hujan lebat jer sure semua pemandu akan menyalakan hazard light ni ..adakah pemandu kita tak berpengetahuan ????
Takda kesedaran kot. Ataupun apa yang mereka buat tu mereka rasa betul.
sebenarnya aku takda kereta dan baru tahu lampu hazard tu mende
Rasanya kalau pakai lampu hazard dan berada di lane kiri tidak menjadi masalah dan pandu perlahan tatkala hujan lebat sampai tak nampak kereta depan.
Saya pernah mengalaminya. Banyak kereta lain pasang lampu hazard dapat dikesan sewaktu hujan lebat yang tak pasang lampu nasib baik tak terlanggar.
Itu pengalaman sendiri. Tak salah rasanya pasang lampu kecemasan tapi di lane kiri dan pandu perlahan di dalam hujan lebat tanpa memotong kenderaan lain. Kerana yang lain boleh sahaja teruskan perjalanan macam biasa di lane sebelah kanan macam biasa.
Kalau Mummy berada di lorong paling kiri dan bergerak perlahan serta tidak menukar lorong rasanya tidak apa. Tapi bahaya jugak sebenarnya sebab orang akan menyangka kereta Mummy tu tidak bergerak tapi sebenarnya masih bergerak lagi.
Aku setuju sangat dengan entry ni. Memang kadang2 aku tak faham dengan sesetengah pemandu kita ni, kenapala nak pasang lampu kecemasan masa hujan. Kalau betul2 kecemasan takpe la jugak…
Itulah.. Mindu rakyat Malaysia memang macam tu. Mereka merasakan selamat mcm tu. Tapi hakikatnya memang mengelirukan orang dibelakang.
pernah guna ketika hujan,x blh ye,tq hazmin
Kalau ikutkan membahayakan pemandu lain 🙂
Kemungkinan pemandu seperti itu rasa lebih selamat sebab kereta di belakang akan jaga jarak.
Kalau tidak menukar lorong tidak mengapa. Takut tukar lorong secara tiba-tiba memang bahaya.
entri nie sgt bagus..mungkin segelintir pemandu tidak memahami fungsi lampu hazard nie
Bila ada yang dah mula nyalakan dulu, akan adalah yang mengikut nanti.
Sengaja cari pasal kalu cam tu. Tengah hujan lagi lah payah nak emergency break. Better gantung gambo Eden Hazard aje…
Haha.. Kalau ada Eden Hazard lagi terbaik.. Terus berhenti semua kereta tepi jalan tu.
Betul tu kadang terkeliru dengan penggunaan lampu Hazard tika hujan lebat.. 🙂 bukak lampu pun kira dah ok..
Kalau lampu belakang terang memang tiada masalah. Tak perlu bukak lampu hazard tu kan. Yang berkonvoi pun satu hal jugak. Ingat cool sangat la tu.
Memang tidak dibenarkan penggunaan lampu hazard ketika hujan kecuali mengalami situasi kecemasan.
Betul tu. Kalau kereta berhenti sepenuhnya atau kenderaan berat yang terlalu perlahan bolehlah menyalakan lampu hazard ni.
Only in Bolehland bro…only in Bolehland…Masing2 bengong tak boleh ditegur..hahaha…bila hujan gigih on hazard light…TAPI bawak laju gila…common sense tentang jalan licin tu dia tak pandang, dia nak nampak cool dgn on hazard light
Itulah.. Bukan apa, benda macam ni membahayakan pemandu yang berada dibelakang. Kita sendiri tak tahu kalau kereta tu nak bertukar lorong ke kiri atau ke kanan. Memang bahaya.