Pakej Komunikasi Belia
Permohonan Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013. Kalau korang ingat lagi pembentangan Bajet 2013 pada bulan September, kerajaan telah mengumumkan diskaun ataupun rebat sebanyak RM 200 untuk belia membeli telefon pintar 3G. Inisiatif itu kemudian secara rasmi dikenali sebagai Pakej Komunikasi Belia yang akan bermula dari 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013 atau RM 300 juta peruntukan telah digunakan sepenuhnya (yang mana dahulu). Untuk makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM.
Pakej Komunikasi Belia ini adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia. pakej ini adalah untuk rakyat Malaysia dari usia 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan bawah RM 3,000. Walau bagaimanapun, seseorang itu tidak boleh membeli mana-mana telefon pintar yang mereka sukai. Sebaliknya, belia yang layak hanya dapat memilih telefon pintar yang diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kos tidak lebih daripada RM 500.
Macam biasa la, bukan senang-senang je kerajaan nak bagi rebat RM200 tu. Beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna antaranya adalah:
Syarat-Syarat Pakej Komunikasi Belia
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
- Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
- Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
- Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
- Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Bagi aku lah, bukan tak bersyukur dengan apa yang kerajaan nak bagi kepada belia-belia yang cukup syarat-syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia. Tapi syarat telefon pintar dengan harga maksimum RM500 tu sangat tak munasabah. Rata-rata sekarang ni telefon yang layak disebut sebagai telefon pintar atau 3G adalah dalam lingkungan harga RM1,000 – RM2,000. Kalau setakat telefon bawah RM500 tu apa je yang boleh dapatkan. Memang nampak betul ‘keikhlasan’ kerajaan dalam memberi rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar ni. Nak tentang lebih-lebih nanti kata tak bersyukur dengan apa yang diberi pulak. Tapi kalau niat nak bagi tu betul, mesti takda orang yang tak puas hatikan.
Apa-apa pun, bagi korang yang layak memohon tu jangan la lepaskan peluang ni. Mulai 1 Januari 2013 ni, jom kira serang ramai-ramai lama web SKMM untuk mendaftar. Jangan dipersia-siakan peluang macam ni.
Saya sangat bersyukur dengan program ini kerana memberi kesempatan bagi orang yang berpendapatan rendah
kalau student atau budak-budak sekolah..layak ke?
hehe…
sy pun rs x adil sbb sy x layak mohon..hehe..
agak lah kan….phone apa lah dapat dengan harga tu..huhu..tapi try bukak website skmm macam busy je..tak boleh nak masuk..
ohye mkn kat sushi Q mmg sedap 😀
LERRR utk hp 3g hrg maksimum 500??
den ni tak taw sgt pasal tepon pintar….tapi galaksi Y by samsung…bawah RM500…adakah ia dlm kategori tepon pintar…??
smartphone maksimum hargaRM500 je? mmg ikhlas la sgt tu..baik tak payah bg rebet…biarla logik sikit kot ya pun
Hehe.. Tula pasalnya.. Bila orang marah, kata tak bersyukur lak. Tapi dorang pun macam la ikhlas sangat bagi tu kan.
nice sharing..tp betul jugak kate kau..500?? hurmm…
RM500 telefon apa la sangat yang boleh belikan. Lain la kerajaan turunkan harga iphone dan S3 sampai RM500. Haha
salam kenal, singgah sini, balas kunjungan dan follow awak…
Tq melawat blog yang tak seberapa ni.. 🙂
ape lagi phone samsung second hand lah hakhak. takpun 3310 yang telah siap diinovasikan muahaha
Haha… Baik tak payah fon 3310 kan.
nampaknya galaxy s3 dengan iphone5 tak termasuk dalam senarai la
hehe
Ramai yang hampa dengan pengumuman ni rasanya. Termasuklah saya sendiri. Hehe
harga max RM500?? hp apalah sgt yg dinamakan smartphone tue..heee
Itulah pasal. Kalau dah tak ikhlas nak bagi tu macam ni la jadinyakan.
rasanya tab untuk budak2 yang hanya untuk game tu bolehlah dapat.hehehehe
Tapi ni untuk telefon bro. Tak tahu tablet lepas ke tak… 🙂
Tak layak sebab terlebih umur hehehe………
Hehe.. Rugi la kan.. 🙂
Kalau hargem max Rm500, tak smart ar…
Banyak model telefon yang tidak smart dalam lingkungan harga RM500 tu.
aku pun ingat nak try mintak laa nanti…hehehe..tapi nak kena update phone 3G dulu laaa..tapi list phone yang diluluskan pun kena ambil kira..hehehe
Regards,
-Strider-
Boleh la cuba mohon bro. Kira banyak jugak rebat RM200 tu.
setuju dgn bro. iphone 5 memang tak boleh lah beli dgn pakej ni.
Itulah.. Tuan macam tahu-tahu saya berkenan nak beli iPhone 5 tu. Hehe
Makin ramai yang akan bergaya dengan smartphones.
ok la tu. siapa yang takde smartphone tu..try la. haha..
hihi …skrg tak ada sebab dah org Malaysia tak tahu pasal mende2 pintar ni semua.. semua dah maju .. 😀
Tapi yang buat pakej ni macam kurang pintar je dengan syarat-syarat macam tu.
Rasanya dah tahu sangat jenama telefon pintar yang akan laku dijual. fuh~
Adakah jenama telefon ‘S’ ? Hehe
dah tak layak laa…kan ke belia sampai umur 40 tahun kn? 😀
Hehe.. Ikutkan macam tu la kan. Tapi belia umur 40 tu mesti dah mampu beli telefon canggih-canggih. Hehe
gua tak layak sebab gaji lagi 20 sen sejuta. wei bro gua nak tanya ni, macam mana ko buat menatang kat tepi tu? yang ada tanda google friend connect. gua nak buat sebiji, tapi dia kata not supported except blogger only. ajar skit
Pergh.. Kaya dah macam tu. Boleh la belanja gua dah tu.
p/s: Google friend connect dah memang dah tak support blog lain kecuali blogger je. Memang kena guna Google+ je la.
Kakak dah tak layak pun dan rasanya memang betul mana ada telefon pintara bawah 500 ringgit. Sendiri kena fikirlah…
Itulah kak. Nanti mesti ramai yang mempersoalkan harga telefon maksimum RM500 tu kan.
plan macam nak tukar hp lah..
Kalau kena dengan syarat-syarat apa apa tunggu lagikan kak.