Untuk membuat gaya rambut Pompadour, bukan semua jenis minyak rambut atau gel boleh digunakan untuk menggayakan rambut jenis ini. Kalau sebelum ni entri – Tertarik Dengan Gaya Rambut Pompadour, menerangkan tentang gaya rambut Pampadour. Pada entri kali ni, aku nak terangkan mengenai Pomade pula.
Kebiasaannya kita menggunakan gel, wax ataupun minyak rambut biasa untuk merapikan rambut. Untuk membuat gaya rambut Pompadour, sudah pastinya Pomade menjadi pilihan. Aku rasa ramai juga yang tak tahu apa itu Pomade. Apa yang membezakan Pomade dengan wax rambut yang lain ialah Pomade membuatkan rambut kelihatan berkilat dan lebih kuat daripada wax.
Sebab itu untuk membuat gaya Pompadour ni, Pomade menjadi pilihan terbaik berbanding wax ataupun gel.
Pomade boleh didapati daripada jenis water base ataupun oil base. Jenis water base ni mudah untuk ditanggalkan ketika mencuci rambut manakala oil base adalah sebaliknya. Tetapi Pomade daripada jenis oil base ni lebih tahan lama.
Buat masa ni aku baru cuba yang jenis water base je. Senang tanggal masa cuci rambut. Pomade yang menjadi pilihan aku adalah Layrite Deluxe Super Hold. Setakat ni baru cuba yang ni je dan berpuas hati dengan hasilnya. Bau pun wangi seakan bau vanilla.
Yang ni pula adalah Modify Pomade daripada jenama Hanz de Fuko. Pomade ni jenis medium hold je. Bagi aku best lagi pakai Pomade Layrite Deluxe sebab lebih tahan lama. Tapi Hanz de Fuko ni lebih terkenal dengan produk Quicksand nya.
Banyak lagi sebenarnya jenama Pomade yang boleh dibeli. Antara yang terkenal ialah jenama Suavecito, Layrite Deluxe, JS Sloane dan Shiner Gold.
Harga Pomade ni sebenarnya agak mahal jugak kalau nak dibandingkan dengan produk rambut yang lain. Harga untuk Pomade Layrite Deluxe Super Hold yang aku beli tu ialah RM75. Manakala Hanz de Fuko Modify Pomade dan Quicksand pula berharga RM70 untuk setiap satu.
Aku tahu mesti ada yang cakap mahal dengan harga yang sebegini. Tapi apa salahnya keluar duit sikit untuk kelihatan hensem dan kacak lebih-lebih lagi untuk menyambut Syawal yang bakal tiba ni. Haha. Tapi akhirnya terpulanglah dekat diri masing-masingkan untuk gayakan rambut yang macam mana.
Lazada ade jual bro
Lazda ade bro
.
pakai malaya pomade je, baru RM40
Besar ke saiz pomade tu
mcm mne nk beli online minyak rambut ni?
hazmin beli pomade tu online ke or ada jual kat mana2? sebab tu brad internqationalkan, kalau kat area KL ada jual kat maa je? rasa macam nak beli, tak berani nak beli online…..
shiner gold brape pulak hargenye?
boleh tahan jugak harganye.
setahun sekali beli rasanye ok lah.
bergaya sakan untuk raya. hehehehe
err mahalnya.
penah nampak org promote Pomade ni kat ig. hihi
Dekat ig memang bersepah orang promote benda ni. Hehe. Senang dah nak beli.
Ooo.. baru aku tahu Pomade tu apa. Rupanya jenis-jenis minyak rambut. Aku pakai Tancho yang murah jer. Haha. 😀
Tancho tu kira legend tu. Zaman sekolah dulu memang famous. Hehe
takpe melabut skit asalkan bergaya 🙂
Itu sudah pasti bro. hehe
Setakat ni tak pernah beli lagi minyak rambut yang mahal seperti ini. hehe,. Teringin juga nak pakai tapi tak mampu. haha.
Takpa bro. Kalau belum mampu nak beli jangan dipaksa. nanti Tak cukup pulak duit untuk keperluan lain. Hehe
kalau mau rambut indahnyang gampang ngaturnya kayaknya cocok nih hehehe
Ya, kalau mau rambut yang indah harus guna produk ni.
Mahal juga ye harga produk lelaki ni..mujur suami tak pakai minyak rambut
Kalau nak diikutkan rasanya produk wanita pun tak kurang jugak mahalnya. Hehe. benda ni pakai bila ada function ke ok la. Jimat. Hehe
kalau mampu tak salah kerana penampilan diri penting..saya cuma beli minyak rambut RM2.90 je!
Hehe. minyak rambut apa RM2.90 tu bro?
mahal juga harga dia ye…
Boleh tahan la. Tapi benda tak pakai hari-hari rasanya ok la. Takda la cepat abis. Hehe
Omak aiiii…..hargo ehhh….kawe dah tuo….tak sesuai dah…..ahakz
Orang tuo pun ada je yang pakai ni. haha.
Mahal jugak tu… tapi kalau kualiti, takpe…
(Uncle sikat pakai jari, pastu ikat je…!) hehehe
Kualiti tu uncle. Hehe. Uncle punya style lagi best. Senang dan cepat.
Untuk harga 70 not bad gak harga mintak rambut nie…nanti boleh laa dipikir2kan incase terasa nak tukar style rambut..hehehe
Regards,
-Strider-
Haha. Sila tukar bro. Baru la bertambah hensem.
memang boleh tahan harganya…untuk yang tak ada rambut lah ni…
Untuk yang takda rambut tak payah pakai benda ni. Hehe. Ni untuk yang ada rambut kak.
Nak hensem punya pasal kenalah keluar duit lebih sikit ye:)
Itulah pasal kak. Hehe. Benda boleh pakai lama takpe kot. 🙂
mana gambar yang dah setting rambut guna gel ni? hehhe! kasi upload satu kali lah!
http://kaio.my
Hehe. Ada dah gambar dekat entri sebelum-sebelum ni bro.
wah hebatlah dia heee…gaya tu penting pastu senyum eh
Gaya memang penting. Duit keringpun takpe. haha.
apakah ni ? haha..macam cappucino je
Lebih kurang cappucino la ni bro. Hehe
produk br ke ni??
Takda la baru produk ni. Cuma rasanya ramai yang tak tahu pasal produk ni.
wahh boleh tahan harga dia kan 🙂
Boleh la tahan. Hehe
Saya guna pomade Shinner Gold dan Suavecito. Pengalaman guna ada rambut kemas disikat dan tidak mengalami masalah kelemumur mungkin tidak sesuai mengunakan minyak rambut sebatian kimia. Walaupun mahal dari minyak rambut biasa tetapi saya sangat berpuas hati. Selepas ini akan cuba mengunakan Pomade Layrite.
Shinner Gold ni water base jugak ke bro? Tak sangka bro pun peminat pomade jugak ye.
Ya sama, water base. Cuci pun senang