• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Perayaan / Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 Di Dataran Merdeka

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 Di Dataran Merdeka

By Hazmin Hamudin | 16 September 2011 | 12 Comments

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 Di Dataran Merdeka (16 September 2011)

Hari ini segenap lapisan rakyat Malaysia berhimpun di pelbagai lokasi di seluruh negara meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 yang buat julung kalinya disambut serentak hari ini. Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini adalah ‘1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’ yang disambut dengan penuh warna-warni dan gilang-gemilang sempena perayaan berganda bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Setelah bertungkus lumus berlatih dan melakukan Raptai Perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia 2011 sejak minggu lepas lagi, maka hari ini adalah hari yang dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan terutamanya aku sendiri di mana aku akan menyertai perarakan Hari Kemerdekaan negara yang ke-54 buat pertama kalinya.

Seawal pukul 5 pagi aku dah bangun dan bersiap-siap untuk bergegas ke Dataran Merdeka. Memang terasa agak berdebar juga bila memikirkan yang aku akan berarak di hadapan pentas utama yang menempatkan semua pemimpin-peminpin negara. Tapi bila dah buat memang terasa sangat seronok bila dapat turut serta dalam perarakan sebegini. Bukan senangkan nak terpilih untuk turut serta.

Acara dimulakan pada pukul 8 pagi dengan keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang kemudiannya memeriksa perbarisan kontinjen kawalan kehormat utama yang terdiri daripada 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat, TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Kontinjen Generasi 1Malaysia Cergas pula mendahului acara perarakan perbarisan diikuti oleh Kontinjen Generasi Muda Kreatif. Kontinjen seterusnya adalah Kontinjen Swasta yang menonjolkan kostum ala futuristik dan diikuti Kontinjen Komunikasi atau Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Debaran semakin terasa apabila tiba giliran Kontinjen Peladang, Petani, Penjaja dan Perikanan 4P untuk melakukan perarakan perbarisan. Sebabnya aku akan turut menyertai Kontinjen Peladang, Petani, Penjaja dan Perikanan 4P untuk berarak di hadapan pentas utama disamping puluhan ribu rakyat Malaysia. Apa-apa pun semuanya telah berjalan dengan jayanya walaupun persiapan Kontigen 4P ni dibuat tidak sampai seminggu.

Menambah keindahan warna-warni sambutan adalah perarakan 32 kereta berhias yang menterjemahkan kejayaan Pelan Transformasi Kerajaan dan Pelan Transformasi Ekonomi.

Dua syarikat pengeluar kenderaan nasional negara, Proton dan Perodua, turut tidak ketinggalan mempamerkan model kenderaan masing-masing seperti Siri Pahlawan Proton (Tuah, Jebat, Lekir), kenderaan elektronik Saga Easy dan Exora Ree, Alza Infinite, Kelisa Buggy, Perodua Eco Advanture dan Myvi 1.5 yang baru dilancarkan.

Persembahan diakhiri dengan gabungan suara 5,541 peserta yang menyanyikan rangkaian lagu patriotik seperti Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera, Gemuruh, Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan 1Malaysia Inspirasiku, dengan disertai barisan artis tempatan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • puanbee 25 September 2011 at 10:46 PM

    cantik gambarnya.. hazmin snap sendiri ke ?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 September 2011 at 9:35 AM

      A’ah kak, saya snap sendiri masa menyertai perbarisan merdeka hari tu. Tu yang letak water mark tu… Hehe…

      Reply
  • Hisham Tahir 24 September 2011 at 12:57 PM

    salam.
    nak tanya syarat untuk perarakan hari merdeka untuk tahun 2012 bagi syarikat swasta yang baru hendak menyertai.

    UP. syarikat ini telah lama ujud tapi inilah julung kalinya hendak menyertai.

    Sekain, terima kasih
    Hisham Tahir

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 September 2011 at 9:34 AM

      Terima kasih kerana memberi komen di sini.

      Untuk pengetahuan En. Hisham Tahir, saya menyertai perbarisan hari merdeka di bawah Kementerian Perusahan, Perladangan dan Komodoti (KPPK) yang dipilih sendiri oleh menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Oleh itu, saya tidak mengetahui syarat dan bagaimana untuk menyertai perbarisan merdeka bagi syarikat swasta. Mungkin En. Hisham boleh menghubungi sendiri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengetahui lebih lanjut syarat dan bagaimana untuk menyertai perbarisan tersebut.

      Terima kasih.

      Reply
  • jie 18 September 2011 at 5:58 AM

    saudara hazmin, saya pernah terlibat dalam perarakan hari kemerdekaan sebanyak 3 kali. sekali di dataran merdeka, 2 kali di putrajaya. tahun dah tak berapa sure. memang seronok. bangga sebab dalam ramai2 rakyat malaysia kita berpeluang merasainya. hanya kita yang terlibat sahaja tahu. sumbangan kita pada negara kecil sahaja tapi berharga. jadilah warganegara yang ada menyumbang sesuatu. jangan jd seperti sesetengah orang asyik bertanya apa negara nak bagi pada mereka sedangkan sumbangan sendiri haram tak ada.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 September 2011 at 10:20 AM

      betul tu…memang terasa sangat bangga bila dapat terlibat dengan perkara macam ni. harap berpeluang lagi untuk tahun depan pulak.

      Reply
  • jie 18 September 2011 at 5:42 AM

    hari malaysia: hari penerus pemecah belah kesatuan umat islam?

    apa maksud ko ni abu. ko ni buta atau pun pekak tak pun tuli. nampak sangat ko manusia tak reti bersyukur. ko ni memang jumud sebenarnya. ilmu agama besar taik hidung tapi berlagak alim macam kiai. geliii la haii. lihatlah semua ini dari sudut posotif. kalau ko rasa ko alim sangat ko sambutlah dengan cara ko yang warak sangat tu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 September 2011 at 10:19 AM

      sbar-sabar…tapi memang tak rasa pun mana-mana sambutan dekat Malaysia ni memecah belahkan mana-mana kaum atau pun kesatuan islam.

      Reply
  • abu idris 17 September 2011 at 8:59 AM

    arrayah.info – Hari Malaysia : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam

    Reply
  • Mohd Khairi 16 September 2011 at 6:47 PM

    wahhh mst meriah kn dpt same2 join kt dataran merdeka!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 September 2011 at 7:03 PM

      boleh tahan la…ramai jugak lautan manusia dekat dataran tadi…

      Reply
Trackbacks
  • Kenangan dan Sejarah Hari Malaysia 15 September 2014 at 9:48 PM

    […] yang sukar untuk aku lupakan. Lebih manis lagi apabila  aku terpilih untuk menyertai perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 Di Dataran Merdeka bagi mewakili tempat aku bekerja iaitu Lembaga Getah Malaysia, dibawah Kementerian Perusahaan, […]

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kereta Dah Kena Curi

By Hazmin Hamudin

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013

By Hazmin Hamudin

Komisen Jobdirumah Kali Ke Dua

By Hazmin Hamudin

Ku Ukir Indah Namamu

By Hazmin Hamudin

Sibuk Sebentar

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in