Samurai Beef Burger McDonald’s. Mcdonald’s telah menampilkan burger terbaru mereka iaitu Samurai Beef Burger. Burger ni dah berada di pasaran sejak 18th September hari tu. Tapi Jumaat lepas aku baru berkesempatan nak cuba Samurai Beef Burger ni. Lambat betul baru aku dapat merasa dan update pasal Samurai Beef Burger ni.
Bila tengok iklan dekat tv, sememangnya membuatkan hati ni memberontak nak merasai kenikmatan Samurai Beef Burger daripada McDonald’s ni. Kuat betul penangan iklan ni kepada pengguna.
Harga untuk Ala-carte kalau tak silap RM8.20 je. Untuk hidangan set besar adalah RM11.25 (berserta Katsu Curry Mcshaker fries dan air berkarbonat biasa) dan RM12.45 untuk hidangan berserta Katsu Curry Mcshaker fries dan air Sakura Mcfizz).
Ni lah rupa Samurai Beef Burger tu yang dicelup bersama dengan sos teriyaki. Kalau korang biasa makan teriyaki mesti dah boleh agak macam mana rasa Samurai Beef Burger ni. Rasa burger ni memang agak manis dan tarasa pelik bila makan burger manis macam ni. Rasanya, burger sebegini sememangnya tidak kena dengan selera aku. Kalau korang suka burger yang manis-manis, boleh la berkunjung ke McDonald’s yang berhampiran.
Set hidangan ni datang bersama dengan minuman Sakura Mc Fizz iaitu campuran air ribena dan sprite. Memang agak pelik rasanya dan mungkin juga sedap bagi sesetengah orang.
Bagi yang belum cuba, boleh la cuba Samurai Beef Burger ni sebab burger ni adalah untuk masa yang terhad sahaja. Nanti kalau dah lambat takut dah takda pulakkan. Overall aku bagi 2/5 untuk Samurai Beef Burger ni sebab rasa manis. Hehe..
dah mknnnnnnnnn…… mmg sedap!!
Ada juga yang kata sedapkan. Hehe. Berbeza pendapat.
assalamualaikum hazmin….sedapnya rasa nak makan plak…:)
Waalaikumsalam. Kalau belum cuba boleh la cuba makan nanti 🙂
mungkin sesuai untuk aku
sebab aku tak suka pedas
tapi aku belum juga sempat mencuba
tak tahu bagaimana rasa
Kena pergi cepat sebelum terlambat bro. Lepas tu boleh komen macam mana rasa burger samurai ni.
alaaaa bro nape la wat entri ni, tak tahan dah ni… sebenar dari sehari ke sehari x lepas2 nak gi makan benda alah ni…. tak jadi ni, tak kira balik pejabat kena pergi terus ni…
Sebab tak sebab tu yang aku buat entri ni. Hehe.. Takpa, bro kena try dulu mana tau menepati selera bro.
wahhh boleh menggugatkan ketahanan nafsu makan sy nih..hehe..best!!!
Wah.. Kuat jgk nafsu makan Hafizul ni ya.
ntah tgk dlm iklan tv n jgk pic ni rs xterliur plk tgk burger ni..tgk cam biase je..heee
Biasa je cik tom. Iklan je lebih. Hehe
burger manis macam tak berapa ummph la pulak.
Adik manis barulah umph kan bro? Haha..
err….tolong pos satu ke sini..huhu..
Berapa lama pulak la nak sampai France tu kan. Hehe
nampak aummmm
Tu dah macam nampak harimau je tu. hehe
Perggh sedap nii..
Suka ke burger samurai ni bro?
aku pon macam teringin nak rasa, tapi member ada gak cakap manis
tak berapa berkenan plak kalau makan beger manis ekekee
Dah macam burger cicah gula gamaknya.
sy pun ada terbaca kat wall FB, org komplen burger ni manis… hmm xnak ah try
Memang manis.. Tapi ramai jugak yang puji burger ni. Selera masing-masingkan.
2/5 ? kalau camtu baik aku makan char kuay teow kerinchi aje la
Tu satu pilihan yang tepat bro. Majulah makanan Malaysia.
sedap burger ni sebenarnya.. masa makan tu cuba kunyah perlahan lahan sambil menikmati rasanya hehe
Nampaknya bro memang suka burger samurai ni daripada saya. Hehe
😀 Entry ini buat saya lebih lapar la.. Hehe
Apa tunggu lagi, boleh la terjad mcD. Hehe
Belum ada peluang untuk pergi. Adik saya kata kaunter take away Q panjang.
Boleh la cuba dan buat review pulak. Saya memang takkan repeat lagi makan Burger Samurai ni. Hehe
kita ambil drive thru saja 😉