Sarapan pagi ala Barat. Bunyi kedengaran macam sedikit poyo pulak. Menu sarapan pagi hari ni ringkas je dan tidaklah berat sangat seperti kebiasaannya. Memang la ringkas kalau tak perlu masak. Hanya pergi di kaunter, pilih menu mana yang berkenan dan terus bayar jumlah harga yang telah ditetapkan. Ringkaskan? Haha.
Sebenarnya dah jemu asyik sarapan pagi dengan menu yang sama setiap hari iaitu nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng dan mee goreng. Menu sarapan yang biasa bagi kebanyakan rakyat Malaysia sebelum masuk pejabat. Nak lalu dekat anak tekakpun dah segan. Asyik nak patah balik je.
Maka, hari ni saja cuba makan sarapan pagi ala Barat pulak. Menu yang jadi pilihan dekat gambar atas tu, iaitu roti dan omelet, hash brown, sosej dan bake bean beserta sedikit calitan sos cili sebagai penyedap rasa. Haha. Jadilah sebagai alas perut untuk memulakan rutin harian di pejabat pagi ni.
Korang semua dah sarapan pagi ke belum? Sarapan pagi ni memang sangat penting untuk korang terus fokus untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat. Kalau tak alamatnya bekerja sambil ditemani irama bunyi-bunyian perut yang sumbang. Memang sangat merimaskan. Jemput makan ye.
sedapnya!! jemu makan nasi lemak? fav sy tuuu
tak salah nak tukar selera…kalau kat pantai timur pagi2 dah makan nasi berlauk dah..hahaha
Sekali sekala tukar selera ok juga
dah lama tak singgah blog sini
😀
hash brown sedap!
tapi pepagi makan bake bean tak leh terima tekak ni hihi
Menu ringkas. Tapi macam Mieya, pagi susah sikit nak makan. Paling-paling pon boleh sumbat biskut je,
teringat masa ke Bandung haritu. Yer yer cari nasi lemak masa turun breakfast.. mana nak ada kot..haha..
Menu yang ringkas dan sedap. Pagi-pagi kalau nak goreng bihun memang silap-silap boleh merah punch card sebab lewat masuk kerja.
wak mamam jemput2 pisang jeeer.,ehHHEe
ermmm… ni kena diet ni bro
Kalau nak nampak macam betul2 barat, sosej tu kena rebus. Barulah tak berminyak sangat.. ke dah memang sosej rebus tu?
Masa student dulu kdg2 mkn ala-Jepun: meggi mee!!
simple dan ringkas, kalauakak pula pasti pilih nasi lemak sebab lagi kenyang hehehhe
Terbaik la sarapan macam ni.
terasa lama pulak den tak sarap ala2 barat nih…hehe
nampak ringkas tp menyelerakan…cukup cantiklah bro utk sarapan…
tak berat sangat, tak ringan sangat…fuh!
Saya kadang2 wife buat sarapan ala barat nih,senang dan cepat.
Menu sedap tu! memang kgemaran..berapa ksonya bro?
Ikutkan hanya RM3 sekali dengan air. Tapi saya tambah hash brown beserta teh O, RM4 untuk sarapan pagi ni.
buat sahur pun ok juga ni
Hehe. Boleh je bro kalau kena dengan tekak.
mcm best je, bagi AUC tak puas, tak kenyang heheheh
Hehe. Siapa yang dah biasa makan berat-berat tu memang berat hati jugak nak makan menu macam ni kan. Hehe
sekali2 pesalahnyer pekena sarapan ala barat ni…janji kenyang ..takder orang nak tangkap pun.. hehe..
Kalau bulan lepas makan macam ni time sarapan memang kena tangkapkan bunda? hehe
biasanya kalo aku makan ala barat maknanya aku stay kat hotel la tu, kalo kat umah jangan harap dapat makan ala barat..hahaha, roti canai je.
Dekat rumah makanan barat selalunya cereal je. Hehe.
Tak yakin bro akan kenyang. 🙂
Kenyang sampai ke tengah hari jugak ni bro. Hehe.. Roti tu buat jadi kenyang sebab tebal.
Selalu nak makan bfast menu gini klau stay kat hotel la ;D
Dekat hotel memang menu biasa macam ni. Hehe. Tapi kalau dekat food court memang jarang nak jumpa ni MJ.
Hujung minggu ni tetiba rasa nak makan menu ala2 gini gak..hehee
p/s: MJ study PJJ kat USM Penang
Dipersilakan makan… 😉
Terima kasih bro.
aku sarapan mesti nak kerana ala timur gak…nasi lemak ngan telur goreng…hehe..sekali sekala kalau nak rasa sarapan ala barat aku bedal cereal..hehehehe
Regards,
-Strider-
Cereal pun best jugak tu bro. AKu dah jemu nasi lemak, nasi goreng tiap hari dekat tempat sama. Saja tukar selera pulak hari ni.
Kalau singgah sini asyik nengok gambar makanan je ler… LOL
Kih3.. Asal ada gambar makanan, mummy pun munculkan.