Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2012. Pagi ni semua pelajar tingkatan lima di seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan yang sangat penting dalam hidup mereka, iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SPM ini adalah penentu masa depan dan diharap anda dapat buat yang terbaik bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang. Besarlah harapan ibu bapa untuk melihat anda semua berjaya dalam peperiksaan ini dengan keputusan yang membanggakan.
Di sini aku nak berikan beberapa pesanan dan panduan kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan SPM ataupun peperiksaan lain kelak.
- Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Sebagai seorang Islam, anda perlu memperbanyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuanNya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.
- Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50% apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri, anda boleh menjawabnya. Apa yang penting adalah sentiasa fokus dan yakin dengan jawapan yang anda tulis di kertas peperiksaan anda.
Untuk itu, aku ucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar tingkatan lima yang akan menduduki Peperiksaan SPM 2012 tak kira di mana berada. Seramai 472,541 orang calon akan menduduki peperiksaan SPM di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai hari ini, 5 November sehingga 6 Disember 2012. Semoga kecermelangan menjadi milik anda semua.
dulu kan, rasa macam SPM ni susah sangat.
then after SPM.
rupa rupanya, banyak lagi exam yang mencabar.
Biasa la tu kan.. Bila kita dah lalui kesusahan tu, baru rasa kemanisan dia kan. Yang susah tak lalui lagi tu, mamang tak rasa lagi kesenangan dia.
gud luck buat mereka… ^_^
dah lama tak main bulat2 hitam tu…
Moga Allah permudahkan calon SPM untuk menjawab soalan… Amin…
saya sampai skrg asyik termimpi masuk exam dengan berdebar2….
betul tu bro.. jgn panik.. kalo panik lupa semua…
assalamualaikum hazmin….semoga adik2 kita berjaya nanti…:)
thnaks for the tips.
adik sy smpai pucat muka nak hadapi exam..kesian plak.huhu
bro ni cikgu ka
Bukan… Saja nak mengucapkan selamat kepada adik-adik yang mengambil SPM… Tak pandai nak mengajar.. Hehe
terkenang zaman ambil SPM dulu..:)
Memori indah setiap orang sama ada gagal ataupun berjaya. Hehe
Good luck…teringat kenangan zaman remaja menduduki spm..berdegup2 kencang dibuatnya
Hehe.. Semua melalui perasaan yang sama. Sekarang ni mesti kita rasa ‘kacang’ je semua tu kan bro.
Doakan semua nyer berjaya ye !
Selamat berjaya untuk adik-adik yang menduduki SPM
Anak akwe yg sulung happy giler SPM nie sbb dia cuti ler… 😀
Selamat berjuang calon2 SPM semua. Good luck…
Budak2 yang tak nak exam memang seronok sbb tak payah datang sekolah. Hehe..
semoga dipermudahkan untuk mereka semua…
good luck untuk adik2 spm kita..cuba yang terbaik..percaya pada diri sendiri.
bagus ni ..hehe .. semoga berjaya kepada semua budak2 SPM
perfect tips.. ;)) so all the best tok smua yg menduduki spm 😉
Jna tak nak ambik SPM blk? Kih3..
Aduhai..teringat 12 tahun lepas..jantung bergerak kencang, stress tapi kena hadapi. Alhamdullilah keputusan yang diharapkan.
Apa2 pon semoga adik2 kita selamat menduduki peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang
Hehe.. SPM antara kenangan yang sukar nak lupa kan Mummy…
Bersama kita doakan mereka yg menduduki peperiksaan ini semuanya berjaya kelak. Betul SPM kira sijil pertama dilihat bila memohon pekerjaan walau ada degree/Phd sekalipun. Tak macam PMR org tak tanya pun kan…
Betul tu kak. Sijil SPM ni sangat penting dan penentu arah tuju kita lepas tamat sekolah. Harap mereka semua berjaya.
good luck utk semua ya..
Good luck untuk Yui.. Haha.. Macam Yui ambik SPM lak kan.
wah.. dah start yer SPM… gudluck kepada adik2 yang menduduki spm tahun ni.. semoga semuanya berjaya… InsyaAllah..
Yer Jijah.. SPM dah start pagi ni.. 🙂