• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Si Masa Depan

Si Masa Depan

By Hazmin Hamudin | 18 January 2012 | 8 Comments

Lama jugak aku bercuti dari berblog tanpa sebarang cerita mahupun berita. Kalau dah namanya blogger, hilang macam manapun pasti akan mencari blog semula. Memang terasa perasaan rindu yang meluap-luap untuk mencoretkan sesuatu di blog yang tidak seberapa ni. Maka, jari-jemari yang sudah keras terpaksalah dilembutkan semula untuk menaip. Otak yang tersedia tepu, perlulah bekerja keras untuk memerah dan mencari idea untuk ditulis.

‘Si Masa Depan’ ? Mungkin ada yang sudah mendapat gambaran apa yang aku cuba maksudkan dengan istilah tersebut. Ya, ‘Si Masa Depan’ adalah seorang perempuan. Kita seharusnya tidak memandang seorang perempuan semata-mata peneman menonton wayang, makan malam atau teman ke mana sahaja kita pergi. Tatapi, aku merasakan betapa pentingnya perempuan dalam episod kehidupan aku seterusnya, ataupun di kala masa depan.


Cuma, kita perlu fahami, bahawa masa depan itu tidak pasti. Adakalanya, ‘Si Masa Depan’ boleh berubah, sebab itu adalah ketentuan-Nya. Kita hanya mampu merancang, memilih ‘masa depan’ yang kita impikan.

Kehidupan ini indah kalau kita pendai menghargainya. Kesempurnaan sebenarnya tiada pada semua manusia. Sebagai satu pasangan, penerimaan kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing adalah penting, saling melengkapi. Kita tak sempurna, tapi kita cari masa untuk menyempurnakannya. Orang selalu cakap, pasangan tu bahagia kan. Sebabnya kerana mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Menerima kekurangan masing-masing dan cuba memperbaiki kekurangan itu, biar semuanya nampak sempurna. Kesempurnaan terletak pada diri masing-masing.

Apakah aku sudah mempunyai impian dan ‘si masa depan’ yang aku impikan?

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Juan 21 January 2012 at 7:40 PM

    siapalah si masa depan tu yer, hehe

    Reply
  • titan 20 January 2012 at 2:24 PM

    hidup memang tak selalunya cerah. Jadi, selalulah menghargai orang disekeliling kita.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 January 2012 at 2:56 PM

      jangan bila dah tiada depan mata, baru nak hargai.. 🙂

      Reply
  • akubiomed 18 January 2012 at 5:45 PM

    Buatlah terbaik seolah-olah tidak ada hari untuk esok.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 January 2012 at 6:40 PM

      beribadah la seolah-olah kita akan mati esk hari.. 🙂

      Reply
      • Aizan Fahri 19 January 2012 at 8:35 AM

        berkahwin lah cepat2 sebelum orang lain kebas

        Reply
        • Hazmin Hamudin 19 January 2012 at 3:04 PM

          berkahwin memerlukan kos yang tinggi. haha.. kena slow n steady..

          Reply
Trackbacks
  • Suatu Kejutan Di Hari Lahir 2 March 2013 at 5:28 PM

    […] membawa sejambak bunga yang besar memang terasa sangat ‘bangga’. Hehe.. Terima kasih Si Masa Depan saya untuk kejutan […]

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Spesifikasi Menarik iPhone 5

By Hazmin Hamudin

KDN Haramkan Buku Irshad Manji : Allah, Kebebasan dan Cinta

By Hazmin Hamudin

Bengkel Dan Mesyuarat Di Penang Pulak

By Hazmin Hamudin

Angkara Kekasih Panas Baran

By Hazmin Hamudin

Jobdirumah – Peluang Bekerja Di Rumah

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in