Perkahwinan adalah satu amanah dan tanggungjawab. Setiap pasangan suami isteri harus sedar dan tahu bahawa mereka harus memikul amanah dan tanggungjawab itu bersama.
Untuk membentuk sebuah rumah tangga atau perkahwinan yang bahagia, Islam meletak prinsip yang jelas terhadap perkahwinan. Ia hendaklah dibina atas landasan agama, bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata.
Di antara tanggungjawab dan hak suami serta isteri yang telah digariskan oleh ajaran islam adalah :
SUAMI
1. Suami adalah ketua keluarga
- Wajib memberi nafkah kepada isteri selagi isteri taat dan setia
- Mendidik dan membimbing isteri dengan didikan agama dan ajaran yang baik
- Menunjukkan contoh teladan yang baik terhadap isteri dan keluarga dari segi tingkah laku, tutur kata dan perbuatan
- Menjaga dan memberi perlindungan terhadap keluarganya daripada bahaya
Allah berfirman (Surah An-Nisa’ 4:34) “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…”
2. Suami hendaklah melayan isteri dengan baik
Sabda Nabi : “Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri. Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT” – (riwayat At-Tirmidzi)
3. Memberi nafkah zahir (keperluan asasi) mengikut kadar kemampuannya
Allah berfirman (surah At-Talaq : 7) “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu); Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
4. Berlaku adil terhadap isterinya (isteri-isteri)
“siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau tertatih-tatih”. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
ISTERI
1. Isteri hendaklah mentaati dan menghormati suami selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam
Allah berfirman (Surah An-Nisa’ 4:34) “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…”
2. Isteri mestilah berkelakuan sopan terhadap suaminya
Wajib menjauhkan kata-kata yang menunjukkan kederhakaan atau menyakitkan hati suami seperti memaki, berleter atau kata-kata yang tidak disukai oleh agama atau adat.
3. Jangan paksa suami
Janganlah memberati atau memaksa suami dalam soal nafkah seperti pakaian, wang ringgit dan tempat tinggal yang lebih dari ukuran yang wajib baginya kerana ia akan mendorong suaminya ke arah lembah curang seperti rasuah, mencuri, rompak dan sebagainya.
Sesungguhnya perkahwinan adalah tanggungjawab dan amanah bagi setiap pasangan. Untuk memastikan kerukunan rumah tangga, pasangan masing-masing hendaklah tahu dan memikul tanggungjawab tersebut dengan amanah. Hubungan suami isteri akan menjadi lebih bermakna sekiranya pasangan masing-masing tahu dan ambil berat tanggungjawab itu. Sifat ego dan sombong ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia adalah sifat mazmumah yang sukar dibendung sekiranya tidak dikikis dari awal.
Impak sifat ego inilah yang boleh mencetuskan perselisihan faham sengketa dan menjadi musuh dalam kehidupan berkeluarga. Sekiranya sayangkan rumah tangga, setiap pasangan hendaklah membuang sifat ego yang ada dalam diri masing-masing. Ketahuilah Rasullullah pernah bersabda “tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong”.
nak akk buat kan ke ? akk pun tk tahu nk cakap kalo akk tak tengok dulu apa masaalahnya .. huhu
boleh jugak kalau akak nak buatkan…dah pening dah ni nk set.. 🙂
hazmin dah betul tu , cuma masa nak publish tu page tu kena pastikan dia dalam bentuk HTML , dan satu lagi dah aktivated plugin tu ke belum ? balas kat blog akk yep