• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Tarikh dan Tempat Untuk Melihat Anak Bulan Puasa 201

Tarikh dan Tempat Untuk Melihat Anak Bulan Puasa 201

By Hazmin Hamudin | 29 July 2011 | 5 Comments

Melihat Anak Bulan Ramadhan

Alhamdulillah… Kedatangan bulan Ramadhan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua umat islam mahupun di Malaysia atau pun di seluruh dunia bakal menjelang tiba beberapa hari sahaja lagi. Sudah pastinya perkara yang dinanti-nantikan adalah pengumuman yang akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam sebelum Ramadhan.

Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat untuk melihat anak bulan adalah seperti berikut:

Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan

Johor
Pontian Kecil

Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara

Negeri Sembilan
Teluk Kemang

Selangor
Bukit Melawati, Pulau Angsa, Bukit Jugra, Balai Cerap, Sabak Bernam

Perak
Pantai Pasir Panjang

Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Kedah
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah , Pulau Langkawi, Menara Alor Setar

Terengganu
Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian,  Balai Cerap KUSZA, Setiu

Kelantan
Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai , Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu

Sarawak
Tanjung Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu

Sabah
Balai Cerap Al-Biruni, Putatan

Pahang
Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan

Labuan
Menara Universiti Malaysia Sabah

Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Perlis
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • shida 29 July 2011 at 8:26 PM

    alaaa..dah lepas lom pengumuman?huhuhuhu
    malas nk trun bilik tv…
    denga kata tukang yg announce pose tu dah tuka orang..isk3

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 July 2011 at 8:58 PM

      Hehehe…belum la…tengok anak bulankan hari ahad ni…

      Reply
      • shida 30 July 2011 at 12:32 AM

        org tnye pengumuman tu lah…bukan tgk anak bulan..huk3~~~

        Reply
        • Hazmin Hamudin 30 July 2011 at 12:48 AM

          pening pening…hehe…pengumuman dari Mohor Besar Raja-Raja tu ke?
          Kalau yang tu pengumuman puasa hari ahad pas tgk anak bulan la.hehe..

          Reply
Trackbacks
  • Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Dan Doa Selepas Berbuka Puasa 31 July 2011 at 3:49 PM

    […] Berbuka Dan Doa Selepas Berbuka Puasaby Hazmin Hamudin on 31/07/2011Hari ni merupakan hari untuk melihat anak bulan seperti yang telah ditetapkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Jika tiada […]

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Nokia N9 : Smartphone Terbaru Nokia

By Hazmin Hamudin

Akibat Menonton Final Badminton All England

By Hazmin Hamudin

Bufet Ramadan Lauk Babi : KDN Beri Tempoh Seminggu Kepada The Star

By Hazmin Hamudin

Kuterima Suratmu Telah Kubaca dan Aku Mengerti

By Hazmin Hamudin

Robot Gundam Saiz Sebenar Setinggi 18 Meter Dipamerkan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in