Aku ni memang tak pandai betul nak buat travelog. Dah berminggu baru nak buat entri. Semasa di Penang hari tu, kalau siang aku dan keluarga menikmati Teochew Cendol Penang Road. Aktiviti jalan-jalan di Pulau Pinang pada malam harinya diteruskan dengan aktiviti jalan-jalan cari makan di Restoran Kapitan, Penang ni. Kalau dah sampai ke Pulau Pinang, memang tak sah kalau tak singgah ke Restoran Kapitan ni.
Restoran Kapitan antara restoran yang aku recommend untuk korang cuba kalau datang ke Penang Pulau Pinang. Restoran Kapitan terletak di Lebuh Chulia , Georgetown.
Jika anda melalui Jalan Masjid Kapitan Keling dengan Masjid Kapitan Keling di sebelah kiri anda, terdapat lampu isyarat di hadapan anda. Sila belok kanan dan perlahankan kenderaan. Restoran Kapitan terletak di sebelah kanan.
Antara menu yang terdapat dekat Restoran Kapitan. Memang banyak pilihan makanan dekat sini.
Senarai menu Claypot Briyani berserta harga yang terdapat di Restoran Kapitan, Penang ni. Antara menu yang popular di sini adalah Briyani Claypot Ayam dan Briyani Claypot Kambing. Yang lain-lain tu aku tak pernah cuba lagi. Mungkin ada yang pernah cuba macam mana rasa menu yang lain tu?
Ini antara air yang menjadi signature dekat Restoran Kapitan. Kalau dah sampai sini jangan lupa order air susu badam ni. Dalam air tu juga diletakkan halia. Susu yang digunakan adalah susu lembu segar yang dimasak sendiri. Memang terbaiklah kan. Agak-agak boleh minum tak air ni? Air ni bukan aku yang minum, tapi adik aku. Hehe.
Tandoori Ayam dengan Nasi Briyani. Yang ni bukan yang dalam claypot tu. Sebab aku nak makan dengan ayam tandoori yang sangat sedap tu.
Briyani Claypot Ayam ni berharga RM8.60. Ayam dia yang merupakan penyedap kepada nasi briyani ni. Memang sedap.
Briyani Claypot Kambing ni pulak berharga RM10.00. Amacam. Nampak menarik tak?
Selain daripada makanan di atas tu, Restoran Kapitan, Penang ni terkenal dengan kesedapan Roti Naan nya. Aku tak sempat nak ambik gambar roti cheese naan yang aku order. Aku cadangkan korang order set cheese naan yang didatangkan sekali dengan ayam tandoori. Ayam tandoori dekat sini memang terbaik. Masih lagi ada juicy dan tidak kering seperti kebanyakan kedai mamak yang lain. Bentuk roti naan dia pun lain daripada yang biasa aku tengok. Nak tahu korang kena cuba la ye.
Alamat Restoran Kapitan, Penang :-
93, Lebuh Chulia
Georgetown
Pulau Pinang
Nombor Telefon : [04] 264 1191
Waktu Operasi : 24 jam
wouw,,,menunya sangatlah banyak,,
fuh.. vegetarian special pun ada..
Macam-macam ada dekat sini bro 🙂
ayooooooooo beriani claypot. adeh adeh
Haha. Siap adeh tu. Kelaparan ke bro?
nasib la penang ni jauh
kalau dekat, terpaksa la terjah besok
Hehe. Mana tau nanti ada kesempatan nak pergi boleh la pergi sini bro TehR.
dah lama tak ke Penang, kalau ke sana boleh singgah…memang buat aku lapar…..
Hehe. Kalau tengok makanan sedap memang semua orang boleh jadi lapar.
penah ajk membe sggh sini tp syg nyer dia x minat dgn masakan mamak ni…sabo je la
Kalau tak makan makanan mamak memang tak boleh buat apa la. Tapi Tandoori dia dengan Naan Cheese memang sedap.
Wahhh nampak sedap jugak nih..bila lah boleh try..hahaha
Hehe. Bro datang Penang boleh je try 🙂
tak pernah lagi pergi penang..
tapi tengok makanan dia.. Ya Allah..sedap nyaaa..
planning nak gi Intern kat Penang.. tapi .. tak tau lagi..
Kalau Intern dekat Penang, makan jela kerjanya. Hehe
ye ke? hahaha.. nih dekat perusahaan prai.. tak tau la kat mana.. huhu
Perusahaan Prai rasanya bukan dekat pulau. Dekat pulau baru makanan macam-macam. Hehe.
terliurnyeeeee!
Sedap tak? Hehe
Aku pun ke penang mimggu lepas. Pekena Kuay Teow Tng tak?
Kuey teow aku tak sempat nak redah bro. Hehe. Mungkin next time pulak.
omnomnom buat lapaq pepagi ni -_-
Kih3.. Lapar kena makan la jawabnya.
serius terbaik briyani kat sini… kalau ada income lebih selalu juga bawa mem makan kat sini. briyani kambing tu super best…..
Hehe. Bro duduk Penang senang la nak datang makan dekat sini. Kirim ayam Tandoori bro.
den pernah makan kat situ sekali , nasi beriyani ayam tandoorinya memang super terbaik…!!!
Memang betul tu bro. Aku sampai dua kali pergi.
kapitan kat bandar aku x pernah try lagi, kalau tempat lain biasalah
Aik.. Bro orang Penang tak try yg bandar punya ke?
review ini berbayar dengan makan free ke bro?
Owh artikel bayaran toh
Ni bukan review bayaran ni. Saja buat review tempat makan menarik di Pulau Pinang.
tengok gambar ayam pun dah cukup mengiurkan huhu terbaiklah
Haha. Tengok ayam mengiurkan takpe. Tapi memang sedap tu.
tengok je dah menggoda iman ni 🙂
Lemah betul iman dengan godaan makanan ye bro AUC
wahhh…. deno dah lama tak pergi pulau pinang…. paling tak boleh lupa pasembor! eh betul ke eja mcm ni? hihi
Betul rasanya tu deno. Hehe. Suka pasembor la ni ye?
merata bro berjalan ye…seronok rasanya kalau dapat berjalan dengan family sekali sekala…
Hehe. Takda la merata. Nampak je macam merata.
sedapnya makanan kat sini
Boleh tahan jugak sedap tu bro.
my opismate mmg suka sangat briyani kapitan.. 🙂
Boleh kata dalam sebulan tu wajib dia p makan ;D
Kalau macam MJ dekat Penang ok la. Tapi kalau dah selalu sangat mesti jemu jugak nanti.
nampak gaya tuan blog dah mula menjadi hos jalan-jalan cari makan 😉
Haha. Sekali sekala ni suri.
memang restoran ni jadi sebutan kat mana2..tapi akak tak pernah cuba pun…kurang gemar makanan berempah ni..
Ramai jugak perempuan tak suka makanan mamak ni ye kak. Hehe
jauh gila mahu sampai sana maa..
Mana tau lu ada pergi Penang, wa dah bagi port makan menarik ni.
jauh pulak restoran ni. clayport kambing tu buat geram.
Hehe. Itulah tuan Denaihati. Kalau dekat roti naan tu yang saya cari dulu.
Beriani kamben la sodapp..susu badan?? Owh tidak…tak terminum kot dek mak ni..
Susu badan ke susu badam ni mak? Aiyoo
err gua nak briyani kambing satu heh
Boleh je bro kalau nak. Kena pergi Penang la. Hehe
rasa macam tgh tgk Jalan-jalan Cari makan..
Haha. Sekali la tu. Jalan-jalan Cuci Mata takda pulak.
Bila tengok nasi beriyani tu,mesti la sedap
Kalau makan lagi bertambah sedap tu bro.
perghhh penang!!!!
syorga makanan…akak kalo gi sini mmg lupekan niat diet2 tu….akak mmg suke makan2 kat sini…
Haha. Itulah kak. Elok bawak kasut jogging skali. Boleh jogging pagi2.
restoran kapitan eh namanya..okay, aku take note..mana tau kot2 nanti nak datang penang jenjalan..hehe
Regards,
-Strider-
A’ah. Alamat pun ada tu bro. Senang je nak cari.
Nampak menyelerakan beriani kambing claypot tu
Memang sedap tu. Ayam aku minat ayam tu lagi.
Sayur putih dalam briyani kambing tu apa? Coleslaw ke? Akak ni agak kurang berminat dgn masakan india. Tapi menu pilihan claypot udang tu mcm menarik je. Air susu badam tu pon akak rasa kalo akak rasa mesti akak suka. Kot.
Bukan coleslaw tu kak. Yogurt letak sayur rasanya sebab rasa masam2. Hehe.
Sudah lama tidak ke Pulau Mutiara. Banyak port yang menarik disini selain makanan.
Hehe. Memang banyak port menarik selain makanan bro. Tapi kalau dah pergi dengan orang tua ni, port makanan je yang diorang berkenan nak pergi. Hehe
ala-carte kan?
itu hari pi hantar mak ke hospital, di kafeteria tulis ala-cut.
hahahah.
Haha.. Ala cut. Apa yang nak di cut tu.
asal bunyi sama sudah. haha.
cut aje la apa yang depa nak cut. cut q pun boleh.
Haha.. pun boleh
serius nampak sedap tandoori ayam dan nasi beriani tu.. air tu pun nampak sedap, tapi tak tahu la aiza boleh terima ke tak.. ehe..
Hehe.. Kena try dulu baru tau boleh terima ke takkan.
briyani claypot tu nampak sedap tapi minuman susu tu puteri tolak tepi…hehe
Hehe. Saya pun tak minum susu tu puteri.
Sizzling takde ke? Claypot macam tak best je
Tak pernah pulak makan nasi briyani sizzling bro. Hehe
Memang malu juga saya nak mengaku asal dari Penang, sebab belum pernah singgah di situ pun lagi…:-)
Aik.. bro JR orang Penang pun tak pernah makan dekat sini lagi? Hehe
Bestnya dapat jalan-jalan dekat Penang…. Banyak kedai-kedai makan menarik ada dekat sana… 😉
Memang syurga makanan ni. Hehe. Kalau nak diet jangan pergi Penang.
mc terbaik je ns beryani tu
Memang terbaik ni bro. Hehe
nasi beriyani dalam pot..comform sedap nie..kalo makan benda ni mesti badan aku naik..haha
Haha. Jangan fikir badan naik kalau nak makan.
ayam tandoori dengan Briyani Claypot Kambing tentu sedap kann? melelh air liur.. hihihi
Hehe. Memang sedap keduanya..
Susu segar dengan badam tentunya combinasi yang bagus, lemak2 susu bercampur lemaknya badam…perghhh…
Penang akan menjadi laluan balik ke kampung tapi sejak bertahun2 tak pernah singgah ke sana.
Haha. Memang berlemak habis ni. Menu makanan sihat.
err tak pernah smpai penang lagi. sedih kan? dah la tgh lapo ni. sedap betul tgok makanan ni semua
Macam kenal la. hahaha
mcm sedap pula nak try air tu..yui mmg suka bab mencuba ni..hihi
Hehe. Ok la tu kalau suka try. Orang kata sedap.
ni yang terliur ni…hari tu pergi penang nak makan kat sini tapi tak sempat…lain kali kena pi ni…roti naan cheese kat sini memang terbaik
Kalau pergi lagi kena try makan. Memang sedap pun Naan Cheese dia kan. Fuh. Teringat je.
memang nampak menyelerakan..
nak kena try claypot tu…
hehehee
Try la bro kalau pergi Penang. Hehe
Ni stok makan berapa hari punya ni? Hahaha. Besar betul seleranya. Larat ke nak habiskan? Ke tapau bawak balik rumah? Hehehe
Bukan makan sorang ni bro. Kalau sorang memang pengsan nak habiskan. Hehe.
huishhh makanan penuh kegemukan nihhhh…
Hehe. Memangpun kak. Belum masuk nasi kandar lagi tu.