Berpuak-puak, klik, geng, konco, mana-mana pun ada. Dalam kelas budak sekolah, dalam persatuan mahasiswa, dalam ofis, dalam parti politik, dalam semua kumpulan tu mesti wujudnya puak-puak. Satu ‘fenomena’ bagaikan semakin merebak terhadap golongan remaja pada masa kini kerana tanpa sedar mereka telah mencipta gaya hidup berpuak-puak.
Budaya berpuak dan mementingkan ideologi tertentu menyebabkan sesuatu kaum atau masyarakat itu berpecah belah dan berada dalam keadaan lemah. Usaha banyak dihabiskan untuk melawan antara satu sama lain. Sikap melakukan sesuatu atas nama kumpulan atau puak boleh menjadi penyakit yang boleh melemahkan perpaduan. Golongan yang tidak sehaluan akan menidakkan kebaikan yang dilakukan oleh pihak lain, sedangkan mereka sendiri tidak melakukan apa-apa yang lebih baik.
Contoh mudah dalam sebuah kelas telah wujud beberapa kumpulan pelajar yang terdiri daripada ahli-ahli yang ‘sebulu’ atau ‘satu kepala’ sahaja. Mereka banyak menghabiskan masa secara bersama sama ada mengulangkaji pelajaran atau melakukan aktiviti sosial yang lain. Jika berjalan akan kelihatan la kumpulan ini akan sentiasa jalan dan duduk bersama dalam kumpulan mereka sahaja.
Aku perasan dalam dunia blogging ni pun tidak terkecuali daripada fenomena berpua-puak ni. Ada kumpulan yang akan menyerang kumpulan lain dengan kata-kata yang tidak sedap dan enak didengar atau dibaca. Kemudian kumpulan yang kena serang akan serang semula dengan sebagai tindakan balas. Kalau ini yang berlaku mana kesudahannya ? Adakah perpaduan lagi dalam dunia blogging ni ?
Sepatutnya jika timbul sebarang masalah atau perasaan tidak puas hati hendaklah disuarakan secara berhemah kepada tuan punya badan. Tegur secara baik mencerminkan diri dan perangai kita sendiri jugak. Kalau buruk, buruk la kita. Kita sebagai blogger sepatutnya tolong menolong antara satu sama lain, bukannya menghentam dan menjatuhkan pihak yang lain. Berebut-rebut trafik kerana tamaknya mengejar $$. Terpulang la kepada masing-masing untuk menilai mana intan dan kaca. Kalau timbul masalah sekali pun kenalah pandai tangani secara berhemah agar tidak mengguris perasaan mana-mana pihak.
aku ada geng! ramai wooo!! hehehe
depa ingt depa gengster kg pisang kot..2yg dok ngutuk mnjatuhkan org ja manjang…
**ok..my loghat is so buruk…:O
hikhikhik..
manusia xkan maju kalo nak hidup berpuak-puak..
Salam.
Sebenarnya ini semua kerana ikut-ikutan. Lagipun kadangkala entri dalam blog tu yang akan buat orang lain cam … apa ehh .. terikut2 dek kerana dimomokkan dengan emosi.
Jadi sebagai blogger, kalau boleh .. jangan buat entri dengan emosi melampau, sebab ia bakal mengundang segala macam ketidakinginan nanti.
@nurul lalala
yup..tp jgn la sampai jtuhkan org lain
@c-tea
patutnya geng ni pun kena tolong antara satu sama lain kan.
sangat-sangat tidak sehat bila kiter hidup berpuak
geng ni berada di mana2 je..
@Khumaera Ismail aka Habibi Hamid
tq.. 🙂 .saling tolong menolong ok..hehe
setuju sgt2 ngan hazmin =)