• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Cozy House Restaurant @ Great Eastern Mall

Cozy House Restaurant @ Great Eastern Mall

By Hazmin Hamudin | 25 November 2011 | 12 Comments

Semalam aku ada meeting unit. Biasa la kalau dah lepas meeting mesti ada acara wajib yang korang semua mesti tahu punya. Apa lagi aktiviti makan-makan la kan. Haha… Selalunya lepas meeting just tapau je makanan makan dekat ofis jugak. Tapi kali ni timbul la cadangan nak makan dekat luar pulak. Maka ada yang mencadangkan makan dekat Cozy House Restaurant, Great Eastern Mall ni.

Cozy House @ Great Eastern Mall

Kalau tanya aku memang aku tak tahu apa kebendanya Cozy House Restaurant ni. Kesiankan aku ? Orang dah cadangkan, just ikut jela suara majoriti. Rupanya memang popular Cozy House Restaurant ni, cuma aku je yang agak terkebelakang sikit. Mengikut hasil kajian dengan pakcik google, Cozy House dan juga Cozy Corner adalah restaurant yang berbeza walaupun kedua-duanya mempunyai logo yang sama (kedua-duanya terletak sebaris antara satu sama lain di Ampang Park).

Cozy House @ Great Eastern Mall

Memandangkan aku tak tahu apa-apa pasal menu dekat Cozy House ni, jadi aku biarkan jela ofismate aku dan juga bos yang order makanan. Semua decide nak makan nasi putih dan lauk hidang. Boleh tahan jugak macam-macam menu ada dekat Cozy House ni. Sebut je western food, chinese food, thai food, semua ada. Antara menu yang telah berjaya diorder oleh kitorang ialah asam pedas ikan siakap, ikan kerapu sweet & sour, ayam pandan, kailan belacan (boleh pulak aku lupa nama menu yang lain. Adeh…). Kalau aku ingat menu yang lain nanti aku update la ye.

Cozy House @ Great Eastern Mall

Cozy House @ Great Eastern Mall

Boleh tahan jugak la rasa makanan dekat sini. Abis licin kena sental semua lauk. Nasib la daun pandan tak kena makan sekali. Tapi jangan tak tahu pulak, abis kepala-kepala ikan lesap kena makan jugak. Rakuskan ? Asam pedas ikan siakap pun boleh tahan jugak. Kuah memang pekat la. Patut la ramai orang makan dekat Cozy House Restaurant ni.

Cozy House @ Great Eastern Mall

Cozy House @ Great Eastern Mall

 

Alamat: Cozy House Restaurant

Lot 10, 11 & 12, Level 3,

Great Eastern Mall,

303, Jalan Ampang,,

50450 Kuala Lumpur.

Telephone: 03-4257 8988

Fax: 03-4257 1988

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • titan 28 November 2011 at 3:09 AM

    pehh..lapar dibuatnya aku pagi-pagi buta macam nih. haha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 November 2011 at 11:02 AM

      kalau dah lapar, kena la cari makanan kan..

      Reply
  • zuan 27 November 2011 at 10:15 PM

    mcm sedap je, nyum2 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 November 2011 at 11:01 AM

      memang sedap..harga pun sedap gak.. 🙂

      Reply
  • eljanna 25 November 2011 at 7:26 PM

    peh nape xajak aku sekali.. heeh mcm best je

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 November 2011 at 9:31 PM

      best jugak…tapi harga pun best jugak..

      Reply
  • ciksembang 25 November 2011 at 6:13 PM

    cozy restaurant ni mmg betul2 cozy

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 November 2011 at 7:11 PM

      sesuai la dengan nama dia kan… 🙂

      Reply
  • akubiomed 25 November 2011 at 3:50 PM

    Kalau ada orang belanja tidak ada masalah. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 November 2011 at 7:10 PM

      kalau orang belanja benda tak sedap pun jadi sedap.. 🙂

      Reply
  • ch000tz 25 November 2011 at 3:43 PM

    waaahhhh bawak awex2 makan ker hehehe

    dah tgk hantu ke blom ni..? http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/nyawa-yang-tersisa.html

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 November 2011 at 7:10 PM

      bos la…hehe…pegi makan satu unit…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Hari Pekerja 2011

By Hazmin Hamudin

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Bob Kuman Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pertunangan Anne Ngasri Dan Mohd Sumali Reduan

By Hazmin Hamudin

Di mana Idea Bersembunyi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in