• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Perayaan / Selamat Hari Raya Aidiladha 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 2012

By Hazmin Hamudin | 26 October 2012 | 27 Comments

Selamat Hari Raya Aidiladha

Setelah setahun ia meninggalkan kita, maka tirai Aidiladha akhirnya muncul semula. Dengan tarikh yang sama iaitu 10 Zulhijjah pada tiap-tiap tahun Hijrah. Cuma hari dan juga pengalaman sahaja yang akan membezakannya pada setiap tahun. Hari ini semua umat Islam, khususnya bagi masyarakat Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2012 bersamaan 1433H.

Aidiladha ataupun dikenali juga sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji dirayakan oleh masyarakat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan hari raya yang terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah.

Selalunya apabila dikatakan tentang Aidiladha, mesti ia sinonim dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. Tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu, kerana Aidiladha ini merupakan gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang Nabi kepada Tuhannya, seorang ayah kepada anaknya, seorang suami kepada isterinya dan juga seorang ibu kepada anaknya.

Peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s.  amat penting dalam sejarah kerana bermulanya ibadah korban bagi umat Islam, iaitu ujian Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Tanpa ragu-ragu lagi Nabi Ibrahim menyahut seruan Allah walaupun masyarakat pada waktu itu mengatakan bahawa baginda gila. Dengan rahmat Allah yang Maha Kuasa, maka akhirnya Allah menggantikan anaknya dengan kibash untuk dijadikan sembelihan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim a.s telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita bahawa ketaatan kepada Allah mengatasi segala-galanya walaupun terpaksa mengorbankan anak sendiri.

Nabi Ismail a.s. berkata: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (Ash-Shafaat:102)

Kita perlu tahu dan sedar bahawa erti sebuah pengorbanan pada hari Aidiladha bukanlah hanya sekadar sembelih lembu ataupun dapat mengerjakan ibadat haji di Baitullah sahaja. Banyak lagi yang kita dapat ambil iktibar lebih-lebih lagi daripada peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. Dalam setiap pengorbanan itu perlulah ada usaha, doa dan tawakal. Dalam setiap pengorbanan itu memerlukan kecekalan dari segi mental dan fizikal. Dan dalam setiap pengorbanan itu juga tiada kenal erti putus asa dalam kamus hidupnya.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1433H buat semua umat Islam serta pembaca blog aku khususnya. Maaf zahir dan batin di atas kesilapan yang dilakukan sama ada aku sedari atau tidak sepanjang aku berblog ni. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga, orang yang tersayang dan juga sahabat handai. Semoga Allah memberikan kita semua keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagiaan pada hari yang mulia ini.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • wazy 28 October 2012 at 5:34 PM

    Salam Aidil Adha bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:15 PM

      Salam Aidiladha untuk bro juga.

      Reply
  • JR 28 October 2012 at 12:17 AM

    Salam eidul adha buat semua muslimin dan muslimah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:12 PM

      Salam Aidiladha 🙂

      Reply
  • donnyien 27 October 2012 at 5:46 AM

    selamat hari raya haji bro..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:41 AM

      Terima kasih ye bro.

      Reply
  • Hairul Hissam 27 October 2012 at 1:03 AM

    selamat hari raya kurban bro dan maaf zahir dan batin…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:40 AM

      Selamat Hari Raya Aidiladha ye bro.

      Reply
  • luqmanzakaria 26 October 2012 at 11:21 PM

    cute lembu itu..jarang la jumpe lembu putih..hehe…salam aidiladha! terima kasih sebab singgah arepnakbebel..heheh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:40 AM

      Lembupun cute ye. Hehe.. Selamat Hari Raya Aidiladha bro.

      Reply
  • syaifuddin alias 26 October 2012 at 11:05 PM

    salam aidiladha bro ..
    Moga-moga semuanya sejahtera

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:40 AM

      Selamat Hari Raya Aidiladha bro. Terima kasih ye.

      Reply
  • akubiomed 26 October 2012 at 10:55 AM

    Selamat menyambut Hari Raya Kurban.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:38 AM

      Selamat Hari Raya Aidiladha bro. Terima kasih.

      Reply
  • Mohd Khairi 26 October 2012 at 10:46 AM

    slmt hari raya haji >_< teringin nk join jemaah haji dr sluruh dunia kt mekah, insyaallah

    Reply
  • Mohd Khairi 26 October 2012 at 10:45 AM

    slmt hari raya haji >_<

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:38 AM

      Terima kasih bro.

      Reply
  • jijah 26 October 2012 at 7:45 AM

    ~Labaik Allahumma Labaik Labaika Lasharika Laka labaik inal hamda wan naimata laka wal mulk lasharika lak~

    Selamat Hari raya Aidiladha 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:37 AM

      Selamat Hari Raya Aidiladha juga. Macam mana beraya di Sabah?

      Reply
  • boni kacak 26 October 2012 at 3:51 AM

    selamat hari raya aidiladha bro 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:37 AM

      Selamat Hari Raya Aidiladha juga bro.

      Reply
  • Hafizul 26 October 2012 at 2:11 AM

    Selamat hari raya bro..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:36 AM

      Selamat Hari Raya juga. Terima kasih bro.

      Reply
  • hidayah 26 October 2012 at 12:21 AM

    Selamat hari raya aidiladha 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:36 AM

      Selamat Hari Raya Aidiladha juga..

      Reply
  • kak ina kl 26 October 2012 at 12:17 AM

    salam aidil adha juga buat kamu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:35 AM

      Terima kasih kak.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Harga Tiket Final Negeri Sembilan vs Terengganu Kekal RM50

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Paul Cézanne

By Hazmin Hamudin

Laman Web Blogger Pulak Kena Block

By Hazmin Hamudin

Tip Pemanduan Jarak Jauh Untuk Balik Kampung

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Pekerja 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in