Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang. Petang semalam (4 September 2012), Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran UPM ditutup akibat banjir kilat di Lembah Klang yang mana menyebabkan kesesakan yang sangat teruk dekat kawasan sekitar Serdang, Bangi dan Kajang. Kejadian banjir kilat tersebut turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur.
Ini menyebabkan trafik sangat perlahan dan adakalanya tidak bergerak menghala ke selatan bandar raya hingga sebelum tol Sungai Besi. Kesesakan tersebut menjadi lebih buruk di Jalan Istana hingga ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi akibat banjir kilat yang berlaku.
Semalam lepas sahaja tol Sungai Besi, aku dah tersangkut dalam kesesakan yang sangat teruk akibat air sudah mula memenuhi ruang lebuh raya berhampiran UPM. Sudah… Lepas ke aku nak redah banjir ni. Risau jugak kalau kereta mati tengah-tengah banjir tu masak jugak aku. Nak tak nak nekad jugak la ikut kereta lain redah. Masa aku lalu tu kawasan lebuh raya masih lagi belum ditutup oleh pihak PLUS Expressways Bhd (PLUS), tetapi hanya satu lorong sahaja yang selamat untuk dilalui oleh semua kenderaan.
Berkat kemahiran pemanduan aku yang mantap ala-ala pemandu Formula 1, aku selamat sampai ke rumah tanpa mengalami sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam perjalanan, memang kebanyakan tempat di Taman Sri Serdang telah di naiki air.
Diharapkan di masa-masa akan datang, pihak yang berkenaan dapatlah mengambil tindakan yang sewajarnya seperti membaiki semula sistem perparitan di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan. Memang terasa menyakitkan hati bagi pengguna yang terperangkap selama lebih 3 jam akibat kejadian banjir kilat semalam. Semoga kejadian sama tidak berulang lagi.
teruk gak kan bnjir kilat ni…kalau x berani nak redah, mesti lg lama tersadai…silap2 hanyut terus…bes ada pengalaman mcm ni…
Tapi kalau pengalaman tersangkut berjam-jam tu agak tak berapa nak best jugak tu.
keadaan highway tu yang tak tinggi buatkan situ selalu banjir..tapi papepun, banjir kilat ni paling teruk..
kat area kL mmg slalu banjir kilat..sistem pengaliran tsumbatlh tue..
Tapi untuk di Serdang ni, memang tak pernah lagi terjadi banjir seburuk macam ni. Rasanya mungkin taburan hujan masa tu sangat tinggi.
3 jam tu terperangkap.. mmg menyeksakan…
Itulah.. Kesian pada mereka yg terperangkap sehingga jam 11 malam. Nasib saya hanya mengambil masa 2 jam sahaja untuk sampai.
Terkejut jugak bila dengar kawasan yg dah lama tak banjir (last banjir besar 27 tahun dulu katanya).
Moga lepas ni semua pihak yg terbabit buat penelitian dan plan susulan yg baik. Jgn main tuding sana-sini pulak.
p.s-alhamdulillah, smuanya slemat =)
Mmg kalau terperangkap kita jadi sesak napas dengan jln yg sesak ni..
Kat Penang pun semalaman hujan, hari ni mendung…
Mujur tiada apa2 yg buruk berlaku kan hazmin.. klu enjin mati time tuh,mmg letih arr pastu nk service woih!
sekarang ni hujan sekejap pun leh banjir kilat…sistem perparitan perlu diperbaiki
memang teruk jemnya gara2 banjir kilat tu, husband akak tersangkut dan sampai rumah jam 11 malam
Memang teruk jem sampai husband akak pun sampai lewat dah.
Bila ada hujan luar biasa akan berlaku banjir kilat.
Itulah… Dengar berita tadi, jumlah hujan melebihi daripada biasa. Tu yang banjir tu.
member saya terus kena EL hari ni sebab rumah masuk air.. adeeehh.. sabor je lah
Kesian betul kawan bro tu sebab rumah masuk air. Mesti banyak barang yang rosak tu.
uishh..teruk gak..dgr gak banjir, tp xde la cek online or tgk brite…
seb baik tak lalu situ n seb baik Hazmin slamat smpi rumah 🙂
Memang teruk pun. Masa lalupun suasana macam dah malam je. Padahal belum pukul 7 malam lagi. Nasib la Nadot tak lalu situ kan.
Banjir tu.sebabkan opismate aku sampai umah kul 11 malam…rabak
Ofismate aku pun ada yang sampai pukul 10 mlm. Nasib aku sempat lalu sebelum air naik teruk.
tumpang simpati dgn musibah ini.. moga2 tak terlalu teruklah…
Rasanya boleh tahan jugak ramai mangsa banjir semalam
Kat KL ni macam takkan selesai masalah banjir. Kena buat banyak-banyak smart tunnel kot…. 😀
aikkk.. takder parit besar ke tepi2 tuh sampai bajir kilat..
kena ada plan baru nih…
Rasanya ada longkang besar tapi mungkin tidak diselenggara dengan baik oleh pihak PLUS
mujur lepas..kalau sy x berani..tambah bawak keta kecik..x de jalan alternatif ke?
Masa ni dah terperangkap dekat highway. Memang dah tak boleh patah balik. Tawakal je la redah air kak. Nasib sempat lepas sebelum jalan tutup.
Nsb la sempat smpai smlm kn
Tu la. Kalau tak memang berkampung dekat highway la jawabnya.
Kalau kereta mati enjin masa tengah redah banjir tu memang naya.
Alhamdulillah selamat. Kalau tak memang naya la jawabnya kan.
kene perbaiki sistem perparitan agknya..
Tu la.. Air tak boleh mengalir dengan lancar lalu melimpah ke highway.