• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang

Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang

By Hazmin Hamudin | 5 September 2012 | 34 Comments

Banjir Kilat Lembah Klang

Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang. Petang semalam (4 September 2012), Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran UPM ditutup akibat banjir kilat di Lembah Klang yang mana menyebabkan kesesakan yang sangat teruk dekat kawasan sekitar Serdang, Bangi dan Kajang. Kejadian banjir kilat tersebut turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur.

Ini menyebabkan trafik sangat perlahan dan adakalanya tidak bergerak menghala ke selatan bandar raya hingga sebelum tol Sungai Besi. Kesesakan tersebut menjadi lebih buruk di Jalan Istana hingga ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi akibat banjir kilat yang berlaku.

Semalam lepas sahaja tol Sungai Besi, aku dah tersangkut dalam kesesakan yang sangat teruk akibat air sudah mula memenuhi ruang lebuh raya berhampiran UPM. Sudah… Lepas ke aku nak redah banjir ni. Risau jugak kalau kereta mati tengah-tengah banjir tu masak jugak aku. Nak tak nak nekad jugak la ikut kereta lain redah. Masa aku lalu tu kawasan lebuh raya masih lagi belum ditutup oleh pihak PLUS Expressways Bhd (PLUS), tetapi hanya satu lorong sahaja yang selamat untuk dilalui oleh semua kenderaan.

Berkat kemahiran pemanduan aku yang mantap ala-ala pemandu Formula 1, aku selamat sampai ke rumah tanpa mengalami sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam perjalanan, memang kebanyakan tempat di Taman Sri Serdang telah di naiki air.

Diharapkan di masa-masa akan datang, pihak yang berkenaan dapatlah mengambil tindakan yang sewajarnya seperti membaiki semula sistem perparitan di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan. Memang terasa menyakitkan hati bagi pengguna yang terperangkap selama lebih 3 jam akibat kejadian banjir kilat semalam. Semoga kejadian sama tidak berulang lagi.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • APAN 8 September 2012 at 7:20 PM

    teruk gak kan bnjir kilat ni…kalau x berani nak redah, mesti lg lama tersadai…silap2 hanyut terus…bes ada pengalaman mcm ni…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 September 2012 at 6:05 PM

      Tapi kalau pengalaman tersangkut berjam-jam tu agak tak berapa nak best jugak tu.

      Reply
  • hafiz 8 September 2012 at 8:11 AM

    keadaan highway tu yang tak tinggi buatkan situ selalu banjir..tapi papepun, banjir kilat ni paling teruk..

    Reply
  • cik tom 7 September 2012 at 8:05 PM

    kat area kL mmg slalu banjir kilat..sistem pengaliran tsumbatlh tue..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 September 2012 at 8:22 PM

      Tapi untuk di Serdang ni, memang tak pernah lagi terjadi banjir seburuk macam ni. Rasanya mungkin taburan hujan masa tu sangat tinggi.

      Reply
  • Hairul Hissam 7 September 2012 at 7:03 PM

    3 jam tu terperangkap.. mmg menyeksakan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 September 2012 at 8:20 PM

      Itulah.. Kesian pada mereka yg terperangkap sehingga jam 11 malam. Nasib saya hanya mengambil masa 2 jam sahaja untuk sampai.

      Reply
  • hafizmd 7 September 2012 at 12:21 PM

    Terkejut jugak bila dengar kawasan yg dah lama tak banjir (last banjir besar 27 tahun dulu katanya).

    Moga lepas ni semua pihak yg terbabit buat penelitian dan plan susulan yg baik. Jgn main tuding sana-sini pulak.

    p.s-alhamdulillah, smuanya slemat =)

    Reply
  • Myra Jay 6 September 2012 at 11:53 AM

    Mmg kalau terperangkap kita jadi sesak napas dengan jln yg sesak ni..

    Kat Penang pun semalaman hujan, hari ni mendung…

    Reply
  • Mak lagenda 6 September 2012 at 11:04 AM

    Mujur tiada apa2 yg buruk berlaku kan hazmin.. klu enjin mati time tuh,mmg letih arr pastu nk service woih!

    Reply
  • puteri kasih 6 September 2012 at 12:38 AM

    sekarang ni hujan sekejap pun leh banjir kilat…sistem perparitan perlu diperbaiki

    Reply
  • sweetkurma 5 September 2012 at 11:10 PM

    memang teruk jemnya gara2 banjir kilat tu, husband akak tersangkut dan sampai rumah jam 11 malam

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2012 at 7:20 AM

      Memang teruk jem sampai husband akak pun sampai lewat dah.

      Reply
  • akubiomed 5 September 2012 at 10:46 PM

    Bila ada hujan luar biasa akan berlaku banjir kilat.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2012 at 10:55 PM

      Itulah… Dengar berita tadi, jumlah hujan melebihi daripada biasa. Tu yang banjir tu.

      Reply
  • KiD 5 September 2012 at 9:35 PM

    member saya terus kena EL hari ni sebab rumah masuk air.. adeeehh.. sabor je lah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2012 at 10:16 PM

      Kesian betul kawan bro tu sebab rumah masuk air. Mesti banyak barang yang rosak tu.

      Reply
  • Nadot 5 September 2012 at 9:11 PM

    uishh..teruk gak..dgr gak banjir, tp xde la cek online or tgk brite…
    seb baik tak lalu situ n seb baik Hazmin slamat smpi rumah 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2012 at 10:15 PM

      Memang teruk pun. Masa lalupun suasana macam dah malam je. Padahal belum pukul 7 malam lagi. Nasib la Nadot tak lalu situ kan.

      Reply
  • Fauzi Blues 5 September 2012 at 6:55 PM

    Banjir tu.sebabkan opismate aku sampai umah kul 11 malam…rabak

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2012 at 10:12 PM

      Ofismate aku pun ada yang sampai pukul 10 mlm. Nasib aku sempat lalu sebelum air naik teruk.

      Reply
  • Ummi Hanie 5 September 2012 at 4:47 PM

    tumpang simpati dgn musibah ini.. moga2 tak terlalu teruklah…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2012 at 6:21 PM

      Rasanya boleh tahan jugak ramai mangsa banjir semalam

      Reply
  • Malaysia Coin 5 September 2012 at 4:37 PM

    Kat KL ni macam takkan selesai masalah banjir. Kena buat banyak-banyak smart tunnel kot…. 😀

    Reply
  • nurmisnan 5 September 2012 at 3:13 PM

    aikkk.. takder parit besar ke tepi2 tuh sampai bajir kilat..
    kena ada plan baru nih…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2012 at 6:21 PM

      Rasanya ada longkang besar tapi mungkin tidak diselenggara dengan baik oleh pihak PLUS

      Reply
  • Ibu Mifzal Arsyad 5 September 2012 at 2:33 PM

    mujur lepas..kalau sy x berani..tambah bawak keta kecik..x de jalan alternatif ke?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2012 at 2:56 PM

      Masa ni dah terperangkap dekat highway. Memang dah tak boleh patah balik. Tawakal je la redah air kak. Nasib sempat lepas sebelum jalan tutup.

      Reply
  • nadia 5 September 2012 at 1:21 PM

    Nsb la sempat smpai smlm kn

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2012 at 2:56 PM

      Tu la. Kalau tak memang berkampung dekat highway la jawabnya.

      Reply
  • Fadzmie 5 September 2012 at 12:51 PM

    Kalau kereta mati enjin masa tengah redah banjir tu memang naya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2012 at 2:57 PM

      Alhamdulillah selamat. Kalau tak memang naya la jawabnya kan.

      Reply
  • Jebeng Otai™ 5 September 2012 at 12:29 PM

    kene perbaiki sistem perparitan agknya..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2012 at 3:03 PM

      Tu la.. Air tak boleh mengalir dengan lancar lalu melimpah ke highway.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Restoran Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin

Trofi Kemenangan Yuna Dengan Lagu Penakut Di AIM 18 Di Tarik Balik

By Hazmin Hamudin

10 Maksiat Batin

By Hazmin Hamudin

Zizan Raja Lawak Sakit, Terlantar di Wad

By Hazmin Hamudin

Restoran Saba’ | Cyberjaya

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in