• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Live Blog / Sampai Manjung Dah

Sampai Manjung Dah

By Hazmin Hamudin | 22 May 2013 | 26 Comments


Sekarang ni aku berada di Manjung, Perak. Penat jugak memandu tadi. Dari Seri Kembangan ke Sungai Buloh, lepas tu ke Kuala Selangor, singgah pulak Teluk Intan, Ayer Tawar dan sampai la aku dekat Manjung ni. Boleh tahan jugak penat ikut jalan dalam.

Pusing-pusing cari hotel jumpa la Leadview Hotel ni. Aku mana la tahu hotel apa yang best dekat sini kan. Main redah jela ikut rasa mana nak berhenti. Mintak government rate dapat la harga RM108. Sekarang ni aku dah malas nak buat review pasal hotel. Korang Google jela sendiri kalau nak tahu pasal hotel ni. Tak bestpun. Tu tengok gambar atas tu. Live view dari bilik aku. Kah3.

Nasib la satu malam je. Mood nak outstation lama-lama takda. Haha. Esok dah balik rumah. Tapi sebelum tu kena singgah Meru pulak nak lawat kawasan. Haha. Kerja.. Kerja.. Apa nak buat. Kalau dah makan gaji macam ni la kan.

Hasrat nak blogwalking pun tak kesampaian nampaknya. Tersibuk pulak minggu ni. Jumaat sampai Ahad aku pergi Penang pulak. Tapi bukan sebab kerja la. Jadi minggu ni sah-sah blog akan terabai. Bertambah-tambah la hutang nak melawat blog korang semua. Haha. Takpa, nanti dah free aku terjah balik blog korang.

– Posted using BlogPress from my iPad

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hafizul 5 July 2013 at 10:09 PM

    Seronok gak kan kalau kerja outstation mcm ni..paling best melawat kawasa lah tu..hahaha

    Reply
  • cik siti 4 July 2013 at 2:49 AM

    selamat bekerja 🙂

    Reply
  • mie 23 June 2013 at 6:46 PM

    xpernh sampai mnjung lagi,..
    hihihi

    Reply
  • chii 13 June 2013 at 11:44 AM

    heheh..xpe la…dahulukan mana yg penting..nnt2 ada kesempatan..bleh la melawat rakan2 blog 😀

    Reply
  • schaze 4 June 2013 at 4:36 PM

    manjung bukan ada apa pun. hihihi

    Reply
  • schaze 4 June 2013 at 4:36 PM

    manjung bukan ada apa pun. hihi

    Reply
  • Mama Murai 4 June 2013 at 12:25 AM

    oh… patutlah lama tak berupdate, berjalan-jalan rupanya… tapi view kat hotel tu nampak cantik gak…

    Reply
  • suri 31 May 2013 at 9:11 AM

    hutang utk blog sy sekli hee..sy ingt admin org ipoh heee..ker penang hee pi dating eh????semoga selamat pergi dn balik.. hrp2 pas ni mood berblg tak akan suram

    Reply
  • cik moon adnan 27 May 2013 at 4:43 PM

    kerja melawat kawasan ke? apsal mcm best je tgk..cam byk jalan je.. hehehehehehehe

    Reply
  • Ladfe Amir 26 May 2013 at 5:11 AM

    Yang tak bestnya nak ke manjung ni. Ikut jalan dalam atau tak tetap jauh juga.

    Reply
  • PerenLee 24 May 2013 at 11:45 AM

    Macam enjoy je keja awak ni..kasi saya lah job awak tu..hehe

    Reply
  • izan mama mia 23 May 2013 at 11:17 PM

    manjung…jauh tu drive

    Reply
  • Izzuddin Fauzi 23 May 2013 at 6:58 PM

    Sambil berkerja sambil makan angin….

    Reply
  • boni ultra kacak 23 May 2013 at 4:31 PM

    hahahahahahah.. terus cakap tak best tu..hahaha

    Reply
  • blackrosehunter 23 May 2013 at 12:43 PM

    kalau kerja jalan-jalan gini kadang-kadang seronok juga bro..

    Reply
  • whitecappuccino 23 May 2013 at 12:04 AM

    sibuk benar yer? dah keje mcm tu kan?

    Reply
  • puan kutu 22 May 2013 at 11:27 PM

    kemain sibuk lg en hazminhamudin kite..takpe yg penting utamakan kerja..periuk nasik kena jaga dulu..:)

    Reply
  • akubiomed 22 May 2013 at 11:23 PM

    Kalau sudah sampai Manjung tak jauh hendak ke Teluk Batik.

    Reply
  • JR 22 May 2013 at 11:11 PM

    Kalau kerja selalu out station, yg penting perlu ada beg khas yg di dalamnya semua dah tersedia barang utk out station: ubat gigi, berus gigi, pencukur, perfume, sejadah, tie dll. Bila kena out station cuma sambar pakaian saja masuk beg…(pengalaman sendiri…)

    Reply
  • 4feet8 22 May 2013 at 10:47 PM

    ke penang, bercuti?

    Reply
  • Anim 22 May 2013 at 9:13 PM

    cantik hotel tu. Janji boleh buat rehat dan tidur. saya menyewa satu bilik kecil sumbat 4 beranak masa LIMA tempohari. lena juga kita dibuatnya

    Reply
  • titan 22 May 2013 at 8:09 PM

    hang watpe kat sana??

    Reply
  • eyriqazz 22 May 2013 at 7:09 PM

    Dah terjun swimming pool belum bro?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 22 May 2013 at 7:48 PM

      Haha.. Belum bro.. Panas sangat cuaca.. Lengang je tengok.

      Reply
  • Anuar 22 May 2013 at 5:46 PM

    Bro, Ada meeting/Kursus dekat manjung ker?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 22 May 2013 at 5:47 PM

      Bukan bro.. Pergi tengok kilang dekat kawasan yang saya sebut tu. hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Ribaibaru (Revival) – Mayumi Itsuwa

By Hazmin Hamudin

Layan Pull Up Bar Dekat Rumah

By Hazmin Hamudin

Seniman Negara 1955, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Penangan SEO Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki

By Hazmin Hamudin

Motivasi Di Pagi Hari… Hilangkan Stress…

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in