• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Kesihatan / Whey Protein Dan Muscle Mania Club

Whey Protein Dan Muscle Mania Club

By Hazmin Hamudin | 6 January 2014 | 73 Comments

Muscle Mania Club Wangsa Maju

Sekarang ni memang aku dah aktif workout di gym. Sementara semangat tu tengah ada, baik aku teruskan aktiviti ni. Walaupun takda sparring partner, sorang-sorang pun jadi jugak. Sebab tu la mood berblog dah semakin kurang. Mungkin mood tu dah lari ke aktiviti workout pulak. Mungkin la. Haha.

Ok, aku bukan nak cerita pasal aktiviti gym aku, tapi lebih kepada diet dan pemakanan. Sejak bila tah aku jadi pakar pemakanan ni. Haha. Abaikan.

Whey Protein

Sejak terjebak semula dengan aktiviti bermain besi di gym ni, rupanya kalau nak membina badan ni bukan sahaja setakat angkat besi berkilo-kilo. Diet dan pemakanan memainkan peranan yang penting jugak. Kalau angkat besi berat-berat tu tapi makan tak jaga, jangan mimpi la nak ada six pack bagai. Macam tu pergi gym hari-hari pun tak guna. Dapat penat jela. Jadi untuk mendapatkan badan yang diimpikan, cara makan kena ubah.

Selain jaga makan, aku jugak survey untuk beli whey protein sebagai makanan tambahan. Antara sumber protein yang lain yang akan makan sudah semestinya telur dan ayam. Bagi yang cari whey protein ataupun mass gainer, nasihat aku jangan pergi beli dekat GNC. Harga produk mereka memang sangat la mahal. Harga tak masuk akal. Orang yang tak tahu je beli dekat situ.

Muscle Mania Club Wangsa Maju (2)

Sebagai alternatif, aku sarankan beli dekat Muscle Mania Club Malaysia ni. Cawangan yang aku pergi ni dekat Wangsa Maju. Harga memang jauh beza kalau nak dibandingkan dengan GNC. Aku tak tipu. Whey protein yang aku beli ni kalau dekat GNC harganya RM399 tapi jangan terkejut sebab boleh dapat protein yang sama dengan harga RM170 dekat Muscle Mania Club. Memang murah dah tu. Kalau malas pergi kedai, boleh beli secara online. Tak payah susah-susah. Free je aku promote ni. Haha.

Masa tengah beli tu pun aku terserempak dengan pelakon drama, Faizal Hussein tengah membeli-belah dekat Muscle Mania Club Wangsa Maju ni. Dia beli Mass Gainer. Kurus je aku tengok dia ni. Patut la beli Mass Gainer. Haha.

Nitro Tech Performance Series 4 Lbs

Ok, ni la hasil sambaran aku dekat Muscle Mania Club hari Sabtu lepas. Nitro Tech Performance Series 4 Lbs (Whey Isolate + Lean Musclebuiler) berperisa milk chocolate. Tah sedap ke tak aku tak tahu. Telan jela. Haha. Ni kali pertama aku ambik whey protein ni. Kalau ada apa-apa perkembangan aku cerita lain.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Mizan kubang melaka 1 August 2016 at 8:04 PM

    Saya berminat nak order mana mana produk terbaik whey protein,,, boleh cadangkan satu produk,,,, kepada siapa boleh saya hubungi? Ada contact number x?

    Reply
  • Muhammad Firdaus 9 September 2015 at 8:51 PM

    salam bos. saya nak tanya. ada jual tak Labrada Whey Protein? perisa chocolate? 🙂

    Reply
  • reza 12 February 2015 at 8:19 PM

    bro aku nak besarkan badan ni tp dalam masa yg sama nk nampak ripped jugak. product apa rasa2 sesuai.

    Reply
  • firdaus bin shamsuddin 17 January 2015 at 1:29 AM

    Assalamualikum,saya akan suka combat yang menang 100%

    Reply
  • fadli 14 October 2014 at 12:16 PM

    Salam bro…nak tnye..ape beza muscletech nitrotech dgn phase 8

    Reply
  • haslee 10 October 2014 at 9:58 PM

    salam bro,
    Kawan cadang nak beli whey protein tapi tak fahamlaa apa beza 2lbs,4lbs
    Boleh bagi pencerahan sikit tak nak beli yg mana….

    Reply
  • ishak mat hazir 19 September 2014 at 4:09 PM

    salam bro, whey bnyak jenis mana satu mau mkan.boleh beri cdangan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2014 at 10:42 AM

      Kalau nak besarkan badan ambik mass protein bro. Kalau nak maintain ambik lean muscle je. Jenama tu ikut kesesuaian badan.

      Reply
  • fakhri 3 June 2014 at 4:57 PM

    whey protein ni 1 scoop setiap hari ke..?? or selepas workout br amik protein (mcm mass protein)..?

    Reply
  • Jaja Shah-Mohen 12 May 2014 at 8:33 PM

    Hazmin, nak tanya macam mana your progress lepas amek whey?

    I tengah nak gain lean muscle sekarang ni. Now dah work out so nak maintain lean muscle mass la kan tapi nak gain mass dah. Ahahahahah. So tengah cari whey protein. Setakat ni ada rekki GNC, Weider, EN and now tengah tengok kat MM ni.

    Apa perbezaan paling ketara and lama mana baru you nampak lean mass?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 May 2014 at 8:55 AM

      Eh.. Salah tu. Kalau ambil mass untuk besarkan badan. Kalah nak maintain ambik lean muscle.

      Reply
      • Jaja Shah-Mohen 26 May 2014 at 12:04 PM

        Ha, ye, kita nak kata “tapi tak kan la nak gain mass dah.” Hahahahahaha.

        Nak maintain la sebab fat dah tak de, nak maintain lean muscle.

        Reply
        • Hazmin Hamudin 26 May 2014 at 12:21 PM

          Silap ayat rupanya. Hehe. Ambik whey protein la untuk maintain. Whey pun ikut bdn kita mana yg sesuai. Lagi satu ikut selera kita. Hehe

          Reply
  • JebengOtai™ 8 May 2014 at 3:57 PM

    pergh smpi 400..mmg dsyt, herbalife whey protein bru rm80..huhu

    Reply
  • anies 9 January 2014 at 2:31 PM

    wahhhh kuar six pack x lama lg ni 😉

    Reply
  • Hafizul 9 January 2014 at 10:59 AM

    Wahhhh kemas keming lah body bro nanti tu…

    Reply
  • kakiblog 9 January 2014 at 7:51 AM

    bro selepas minum tu..boleh snow sikit body..KB minat juga bidang ini.

    Reply
  • Strider 8 January 2014 at 5:09 PM

    protein nie boleh tahan gak mahalnya kan???hehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • ema 8 January 2014 at 3:11 PM

    kalau pergi gym berapa bayarannya..tk pernah lagi masuk gym…baru plan dgn suami nak berjogging hari minggu nanti…harap bertahan lama lah…kalau hangat-hangat tahi ayam tak ada guna juga..hehehe

    Reply
  • Mizz Aiza 8 January 2014 at 9:56 AM

    bagus betul hazmin luangkan masa untuk bina otot macam tu.. boleh tahan juga harga produk protein tu ya..

    Reply
  • Sop 8 January 2014 at 9:42 AM

    pernah ada impian nak bina otot2 masa bujang2 dulu
    tp xkesampaian kerana makan xcukup
    nak bina otot kena mkn byk protien.. masa tu duit bajet2 cukup makan roti canai,.. kekeke

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 January 2014 at 9:46 AM

      Hehe. Masa bujang ni tengah banyak masa nak bina otot ni bro Sop. nanti dah kahwin memang susah. Hehe. roti canai tu makanan yang sangat tidak sihat tu bro Sop 🙂

      Reply
  • puteri kasih 8 January 2014 at 12:09 AM

    mahal juga harganya yer..

    Reply
  • mancai 7 January 2014 at 11:33 PM

    aku mampu makan ulam2 jer… hehehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 January 2014 at 8:54 AM

      Ulam-ulam pun sihat jugak. Hehe

      Reply
  • Amran 7 January 2014 at 10:14 PM

    Protein semula jadi takde ke yang tak sampai pun ratus2.. ngeri nengok rega camtu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 January 2014 at 8:53 AM

      Ada macam telur dan ayam. Rasanya sama je kos dia bro kalau makan telur dgn ayam dlm kuantiti banyak tiap hari. Lagipun masa nak cari protein semula jadi tu kalau bekerja susah sikit.

      Reply
  • sharinginfoz 7 January 2014 at 10:12 PM

    Semoga dapat apa yg diingini

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 January 2014 at 8:52 AM

      InshaAllah bro. Nak badan elok je. Bukan nak besar sangat. Hehe

      Reply
  • baby comel 7 January 2014 at 8:29 PM

    Nak sihat punya pasal kan… tapi serius takut nk tengok badang 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 January 2014 at 8:52 AM

      Badang ke badan? Hehe

      Reply
  • suri 7 January 2014 at 5:18 PM

    nak sihat dan jaga badan mesti ada ambil vitamin sampinga ya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 January 2014 at 8:52 AM

      Ni protein tambahan je puteri. Nak makan protein semulajadi macam telur dan ayam pun boleh.

      Reply
  • lizz 7 January 2014 at 4:06 PM

    six pack coming soon nih…hehe caiyok2

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 January 2014 at 8:28 AM

      InshaAllah kak. Asalkan perut ok pun cukup dah kalau takda six pack pun. Hehe

      Reply
  • halif 7 January 2014 at 3:52 PM

    Boleh jadi mcm abg ben ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 4:02 PM

      Jauh nak sampai tahap macam tu bro. hehe. Ala kadar je ni.

      Reply
  • hafiz 7 January 2014 at 1:34 PM

    aku beli yang tambahkan berat badanlah..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 4:01 PM

      Beli mass gainer ke bro? Hehe. Beli jenama apa?

      Reply
  • titan 7 January 2014 at 1:29 PM

    kasi tunjuk itu 8 pack. hehe..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 4:00 PM

      Tunggu ada 10 pack baru tunjuk. Haha

      Reply
  • JR 7 January 2014 at 12:43 PM

    Saya tak pernah beriadah di gym. Boring tengok besi, besi dan besi bagai. Suka beriadah di padang, dapat tengok pokok, awan dan disapa bayu lembut. Romantik gitu, ihik….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 4:00 PM

      Hujung minggu kalau rajin saya jogging jugak di taman bro JR. Cuma di gym ni untuk buat muscle dan jogging di taman untuk kardio. Hehe.

      Reply
  • KesumaAngsana 7 January 2014 at 12:23 PM

    baguslah tu.. Actually rindu nak BW, apakan daya kudrat masih x daya sgt. buat2 sihat & kuat ajelah kan. TQ singgah blog KA yer!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 3:59 PM

      Ala. Jangan dipaksa sangat BW ni KA kalau kesihatan tu tak mengizinkan. Utamakan kesihatan tu dulu. Blog ni mengisi masa lapang je.

      Reply
  • suriaamanda 7 January 2014 at 12:11 PM

    wah..HH nak ada 6 packs ni…hehehe…ada sorang colleague ni pun minum menda alah ni…apa rasanya eh?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 12:12 PM

      Semestinya rasa tak sedap. Nama je ‘milk chocolate’. Rasa manis dan pahit. Haha

      Reply
  • hafizmd 7 January 2014 at 11:21 AM

    terbaiklah! ni bro main gym kat celah mana? wangsa maju gak ke?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 11:44 AM

      Main gym dekat Serdang je bro. Jauh sangat Wangsa Maju tu. Just beli protein je dekat situ sebab murah. hehe

      Reply
  • Nafira 7 January 2014 at 10:27 AM

    Patut lah sunyi jer blog sekarang.. bz workout upernye.
    adik saya pon amik whey protien nih.. tapi x hengat jenama ape.
    memula tengok balang whey protien nih terkojut jap.
    besar giler! ingatkan minyak hitam kete. hahahahaha. skali whey protien daaaa… hahahaha.

    selamat maju jaya dlm usaha bina badan! hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 10:37 AM

      Itulah. memang sunyi dah blog. Idea ada, tapi masa pulak takda. Lama-lama jadi malas la jawabnya. Hehe. Jauh betul tong whey protein ni dengan mnyak hitam. Hehe.

      Reply
  • yui 7 January 2014 at 9:20 AM

    dak opis ni sjak bergym bdn ketul2.. dah tak pakai saiz s skg..hihih. tp hrga tu semua leh tahan gaklaaa.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 9:30 AM

      Bab baju tu memang seksa sikit la. Hehe. Sekarang pun ada baju yang dah mula mengecil. Tu yang tak sanggup tu.

      Reply
  • lieyalatif 7 January 2014 at 9:15 AM

    wahhhhhhh siap laa lepas ni body ketak2….heheheeheh

    adik akak pun aktif nieh…die join barisan tu yeak…ntah ape namenye ntah tu….tapi mmg die gile workout pun…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 9:29 AM

      Belum mampu lagi nak ketak-ketak setakat ni kak. Hehe. sabar menanti.

      Oh.. Bar Risan tu diorang buat street workout kak. Diorang guna body weight dan main bar sahaja. Kalau ikut Bar Risan diorang tak ambik whey protein ni.

      Reply
  • ajumohit 7 January 2014 at 8:35 AM

    wahh lepas ni bertambah kekacakannya ni hehee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 9:28 AM

      Sama je kak. Tak kacak manapun. Hehe

      Reply
      • hafizmd 7 January 2014 at 11:22 AM

        bro, sila update apa yg ko buat kat gym boleh? ko ada personal trainer ke? ke buat sendiri jer?

        Reply
        • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 11:43 AM

          Takda personal trainer pun bro. Tak mampu rasanya nak bayar personal trainer ni sampai ribu-ribu. Rujuk internet, forum dan tengok video je. Hehe. Disamping tu makan kena jaga dan makan makanan yang betul.

          Reply
  • jebateja 7 January 2014 at 8:23 AM

    Tu dia hanggg…..tak lama lagik tambah hensem lah hang……ahakz

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 9:28 AM

      Haha. Hensem no 2. Yang penting badan sihat.. 😀

      Reply
  • zool 6 January 2014 at 9:41 PM

    wah.. boleh dapat six pack kalau camni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 9:28 AM

      InshaAllah kalau kental angkat besi tu tak mustahil nak dapat six pack tu. Tapi bukan kerja mudah tu. Hehe

      Reply
      • hafizmd 7 January 2014 at 11:25 AM

        Mmg boleh. Aku kagum tgk bos aku, dlu2 mmg boroi gaklah. Terus dia masuk gym, ada personal coach awal2 tu..sekarang mmg fit giler badan dia..perut mmg petak 6 kot aku rasa

        Reply
        • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 11:42 AM

          mental kena kuat, semangat kena ada. Semua orang boleh je dapat six pack ni kalau disiplin. Hehe

          Reply
  • Azman Ismail 6 January 2014 at 4:44 PM

    Tahun ni azam nak kuruskan perut jer dulu hehehe, angat besi tak larat.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 9:27 AM

      Kalau nak kuruskan perut kena buat kardio dan jaga makan je bro. Hehe

      Reply
  • Bahrain 6 January 2014 at 3:22 PM

    berketak-ketak la pasni badan..Kena ambil juga lah protein ni..Nak beli benda tu belum mampu lagi.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 9:27 AM

      Berketak-ketak tu belum mampu lagi bro. Perlahan-lahan orang kata. Haha

      Reply
  • akubiomed 6 January 2014 at 1:34 PM

    Ada terbaca mengenai kesan pengambilan Protein berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Apa yang penting badan sehat dan terhindar daripada penyakit.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 9:26 AM

      Kalau ambik ikut kuantiti yang diperlukan rasanya tiada masalah. Lagipun tak perlu ambil dalam jangka masa panjang.

      Reply
  • Mus 6 January 2014 at 8:59 AM

    mmg ada cita-cita nak main gym juga tahun ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 January 2014 at 9:25 AM

      Kalau dah ada cita-cita bolehlah teruskan niat tu bro. Hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 55

By Hazmin Hamudin

Raya dan Jalan Jem

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Kylemore Abbey Castle, Connemara

By Hazmin Hamudin

Makan Bola, Tido Bola | Stadium Shah Alam

By Hazmin Hamudin

Jadual Perjalanan Sempena Aidilfitri dan Kemerdekaan Oleh PLUS

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in