Hari ni agak sibuk sedikit. Rasanya bukan hari ni sahaja aku sibuk, tapi sehingga hujung minggu ni. Nampaknya memang blog akan menjadi sedikit tidak terurus. Lawatan mesra ke blog rakan-rakan memang terjejas. Hari ni dari pagi aku buat audit ISO dekat Unit Korporat sampai tengah hari.
Lepas audit terus gerak ke Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik. Baik punya. Haha. Tiga hari aku berkampung dekat sini sebab ada Mesyuarat Audit Kualiti Dalaman. Memang takda masa sangat la nak mengadap blog.
Tapi dalam takda masa tu sempat jugak petang tadi keluar pergi cari durian dekat Janda Baik ni. Saja pusing-pusing sekitar kawasan kampung ni. Ternampak la gerai menjual durian di tepi jalan. Yang pastinya bukan seorang janda yang menjual durian tersebut. Tetapi keluarga kampung yang mencari pendapatan dengan menjual buah.
Macam ni la rupa dan keadaan gerai durian ni. Kalau korang nak cari durian Musang King, Udang Merah, atau durian klon yang seangkatan dengannya memang takda la. Dekat sini durian kampung je ada. Durian D24 tu ada la sikit-sikit. Kalau nak beli petai pun ada jugak. Biasa la hasil-hasil kampung ni kan.
Ni kalau tak silap aku durian D24. Yang untungnya kalau terus makan dekat gerai-gerai tepi jalan ni, kalau dapat isi yang tak elok boleh terus tukar balik. Kira memang tak rugi la kan. Lagipun duduk hotel memang sah-sah la tak boleh nak bawak balik bilik. Karang semerbak pulak bau durian dekat hotel. Haha.
Tadi makan ada la dalam lima biji jugak aku rasa. Bab harga memang aku tak tahu sebab bukan aku yang bayar. Haha. Aku tahu makan je. Esok seharian memang sibuk rasanya. Kalau tak sempat nak balas kunjungan harap maaf la ye.
terbaik punya durian….sedap tu…
musim durian nih..kat mana mana pon ade jual durian.
Sekarang ni durian dah tak bermusim dah rasanya. Tiap masa boleh cari dah durian ni. Hehe
memang best dapat makan durian di tepi jalan ni
Itulah. Makan ramai-ramai pulak. Lagi best.
wah gi janda baik..
ada jumpa janda? hehehe
durian tu nampak sedap ๐
Haha. Tercari-cari jugak janda yang dikatakan baik tu. Tapi tak jumpa pulak. Boleh tahan la rasa durian yang isi kuning ni bro Sop.
kuning sungguh isi durian tuh…
Ada yang putih jugak PM. Tapi tak snap. hehe.
fuhh..durian baik punya aa..
Agak baik dan tidak menghampakan jugak la bro. Haha
Pergh terbaik bro.
Memang terbaik ni bro. Hehe
gua pun suka durian lagi – lagi yang free ahak
Haaa.. Yang aku makan ni memang free. Tu yang sedap lebih tu. haha
waaahhhh best nyeerrrrr…kalu dpt mkn ni, sure terlantar kekenyangan ๐
p/s sy bkn owner Ana Muslim ๐
Memang confirm terlantar. Nasib tak makan banyak. Hehe. Ouh.. Ingat owner Ana Muslim. Hehe. Bertanya sebelum sesat jalankan. ๐
Entah kenapa, dalam banyak-banyak durian, durian paling sedap adalah durian kampung. Ni pada pandangan aku lah kan. Haha
Ramai yang cakap macam tu bro. Maybe makan durian kampung ni lebih santai kot. Hargapun tak terlalu mahal. Haha
Akhiranya dapat melepaskan gian semalam.. hehehe.. jiran beri 2 biji musang king semalam.. perghh.. hahaha
Pergh.. Musang King tu. Memang terbaiklah.
ish ko ni dik…kasi akak sentap plus jeles laaa…kerja2 pun leh jalan2 mkn sedap…ni untung keje kalo ade outstation nieh….
betul2, mkn kat situ senang, kalo tak elok leh tukar kan…akak kalo beli durian pun request soh siap2 kopek…gigih tau bawak bekas dari umah hahaahahah
Haha.. Ni baru sikit bagi sentapnya. Tunggu pulak sentap bagi entri makan-makan dekat Penang kak. Haha.
Sedapnya durian…. dah lama tak makan..
Dapat isi kuning mmg best, rasa puas makan kan ๐
Isi kuning yang kita cari tu. Kalau isi putih mana sedap.
Anda telah membuatkan diri ini cemburu…durian tu seksi la….terus terasa2 lalu kat tekak ni….oh demn…mn nak cari ni…
Silalah berkunjung ke Janda Baik SA. Haha
agak agak yang jual tu janda ke..hehehe….tak pernah try lagi..
Amboi MB, kalau janda nak p beliu ke? heheee
Haha.. Kalau cun tak kita janda memang sebat je. Hahaha
Sodapnyo… Dulu ada camping dekat Kuala Lurau dekat Jada Baik juga…
Bro dah pernah sampai la ni ye. Suasana kampung dekat situ bestkan.
Wah makan durian nampknya. ๐
Begitulah nampaknya bro. Hehe
Sedap lagi durian kampung ni daripada musang king. Dah la musang king tu mahal, kecik plak tu. Tak puas makan.
Hehe. Ramai yang lagi suka durian kampung nampkanya. Betul la tu. Harga musang king tu buat orang fikir banyak kali nak beli.
sodapnya makan durian.. ๐
selamat menjalankan tugas…utamakan mana yang penting dulu ๐
Memang tugas yang penting perlu diutamakan dahulupun puteri. Blog ni sampingan je.
moga dipermudahkan segala urusan..
semalam sekolah kami menerima kunjungan dari KPM – bahagian audit. orang2 audit tengah sibuk la sekarang ni ye?
Hehe.. Setahun sekali orang audit mesti sibuk. Tapi tak tahu la masa dia sama ke tak antara satu sama lain. Hehe
utamakan yang utama ๐
Bab kerja hakiki memang kena diutamakan bro. Tu la sumber pendapatan tiap bulankan. Hehe
cantiknya petai dia..
err..nk kirim, boleh, en hazmin?.. hehe..
Lambat baca komen ni. Adeh.. Hehe. Cantik ye patai tu? Tak tahu pulak nak memilih petai ni.
aduyaii sedapnya makan deroyan, durian kampunglah yg paling sedap ๐
Hehe.. Durian kampung ada jugak peminatnya yang tersendirikan kak.