Bagaimanakah posisi korang ketika tidur? Kebanyakan individu tidak mengubah posisi tidurnya kerana sudah menjadi kebiasaan dengan posisi tersebut. Tetapi kadang-kadang posisi tidur yang salah akan menyebabkan lelah, sakit badan atau letih ketika bangun tidur.
Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن…
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di sisi kanan kamu.” (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya berwuduk dan mengiring dengan pipi mengiring ke kanan dan muka menghadap kiblat.
Tidur Meniarap Dilarang Oleh Islam
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorg lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur & duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
tula.. Harap2 bjaya la.. Hahaha
Insha-Allah.. Belum cuba belum tahu kan.
erm kalau da tbiasa mcm mane kn
Susah jugak tu kan. Tapi boleh cuba ubah perlahan-lahan sampai berjayakan. 🙂
renung-renungkan dan selamat beramal
Kena la ubah apa yang patut.
Sama-sama kita amalkan cara tidur yang diajar mengikut sunnah Nabi SAW.
Kalau yang dah biasa posisi lain tu, kena la start ubahkan.