Tahniah diucapkan kepada Salih Yaacob yang telah selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya Samihah Sheikh Ali ataupun Emi semalam (30 Mei 2011). Dengan dua kali lafaz, tepat jam 3:50 petang Salih Yaacob sah menjadi suami kepada Emi. Dengan ini, cukup la kuota isteri abang Salih kita ni dan sekaligus membuatkan ramai lelaki yang cemburu dengan kehebatannya.
Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulaijaya dan kedua-duanya dinikahkan oleh Kadi Daerah Kulaijaya, Ustaz Haji Fahmi Samad. Emi menerima hantaran sebanyak RM25,000 bersama sebentuk cincin dan mas kahwin RM23 daripada Salih Yaacob.
Majlis resepsi pula berlangsung pada sebelah malam di sebuah hotel di Johor Baharu, dalam suasana yang cukup meriah. Jom kita tengok gambar eksklusif majlis pernikahan dan resepsi yang berlangsung semalam.
Sumber : hazrey.com