• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Jangan Amal Terapi Ozon, Chelation

Jangan Amal Terapi Ozon, Chelation

By Hazmin Hamudin | 19 October 2011 | Leave a Comment

Pengamal perubatan dinasihatkan supaya tidak mengamalkan terapi ozon dan chelation (mengenyahkan logam berat dalam badan) sebagai kaedah rawatan untuk pesakit kerana tiada bukti ia mampu merawat sebarang penyakit.

Presiden Majlis Perubatan Malaysia, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, kesimpulan itu dibuat selepas majlis berkenaan mengadakan perbincangan mendalam serta memperoleh maklumat saintifik dari dalam dan luar negara.

“Tiada bukti yang menyokong penggunaan terapi itu dapat memberi sebarang kesan berfaedah kepada pesakit yang menjalaninya.

“Kajian lanjut masih perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan dan juga keselamatan terapi berkenaan kepada pesakit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Kesihatan berkata, terapi itu tidak seharusnya digunakan kecuali untuk tujuan penyelidikan sehingga dibuktikan ia mendatangkan faedah kepada pesakit.

Hasan seterusnya menasihatkan orang awam supaya tidak menjalani terapi itu dan sebarang risiko berkaitan rawatan tersebut harus ditanggung sendiri.

Sumber

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Komisen Jobdirumah Kali Ke Dua

By Hazmin Hamudin

Harga RON95 Dan Diesel Naik 20 sen Mulai Tengah Malam Ini

By Hazmin Hamudin

Makan Di Restoran NJ Zenith Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin

Kereta Penyanyi Yuna Dipecah Masuk

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Pejabat Atau Tempat Pelupusan Sampah?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in