• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pandangan / Pentingkan Diri Sendiri

Pentingkan Diri Sendiri

By Hazmin Hamudin | 10 June 2014 | 42 Comments

Sikap pentingkan diri sendiri boleh dikatakan sikap yang tidak baik. Mereka yang ada sikap sebegini sedikitpun tidak rasa bersalah kerana telah menganiayai orang lain oleh sikap yang pentingkan diri sendiri mereka ni. Rasanya semua orang ada sikap macam ni. Ianya mungkin ada kebaikan kepada seseorang, namun sikap sebegini lebih banyak keburukannya daripada kebaikan.

Berbalik kepada gambar di atas, selalu jugak aku melepak dekat Starbuck di Petronas Solaris Putra. Setiap kali aku perhati di luar, aku perasan dengan situasi yang berlaku seperti gambar di atas tu. Rasanya sepanjang aku perhati belum pernah lagi aku nampak petak parkir yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU) tersebut kosong. Kebanyakan masa memang petak tersebut diisi oleh kenderaan beroda dua.

Aku tahu motor ni senang nak parkir di mana-mana tak kira tempat sama ada di bahu jalan, atas kaki lima, mahupun di atas padang sekalipun. Tapi kenapa petak parkir yang dikhaskan untuk OKU ni pun nak diletak jugak motor tu. Kenapa tak bawak je motor tu masuk dalam kedai terus dan sambil beratur di kaunter tu tunggang je motor tu sekali. Kalau ditegur, sah-sah la marah. Kalau cakap pentingkan diri sendiri, lagilah melenting.

Tapi tak tahu la pulak kalau masa ni ada sekumpulan OKU yang datang menaiki motor lalu parkir di situ. Cuma aku tak nampak pulak sticker OKU dekat motor tu. Benda macam ni pun bukan terjadi di sini je. Kebanyakkan tempatpun banyak berlaku jugak sikap pentingkan diri macam ni.

Kita sebagai manusia pun kena ada jugak sikap bertolak ansur. Kita pun ada hak jugak nak parkir, tapi kita perlu sedar ada lagi orang yang berhak nak parkir dekat situ. Memang petak parkir tu jarang-jarang digunakan oleh OKU, tapi kalau ada orang tua, orang bertongkat, yang datang pada masa tu macam mana? Kan dah menyusahkan mereka-mereka ni. Jadi, fikir-fikirkanlah ye.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Shaima 9 July 2015 at 12:06 PM

    pentingkan diri sendiri, sehingga menyusahkan orang perlu dijauhi.

    Reply
  • syazana zainn 22 June 2014 at 10:25 PM

    tak tergamak nak parking tmpt oku walaupun utk sekejap.

    Reply
  • anies 17 June 2014 at 3:21 PM

    ramai yg mcm ni. skt ati je

    Reply
  • lekatlekit 14 June 2014 at 3:22 PM

    masalah yang takde penyelesaian selagi tak ramai yang ada kesedaran. Maybe yg parking tempat OKU ni nampak je normal tapi sebenarnya ada kerencatan Otak yang orang lain @ mereka sendiri tak sedar sebab tak dapat bezakan mana parking untuk normal person & OKU parking

    Reply
  • TehR 13 June 2014 at 5:19 PM

    dia ni cacat gak ni
    cacat pemikiran dan sikap

    Reply
  • titan 12 June 2014 at 1:07 PM

    Biasa..aku sepak je motor tu..nyusahkan orang je..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 June 2014 at 7:20 AM

      Haha. Ganas betul ni. Lepas kahwin makin ganas pulak.

      Reply
  • ema 12 June 2014 at 12:14 PM

    itulah lumrah manusia…nampak saja kosong tak kisah pun untuk siapa..senang hati park saja.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 June 2014 at 7:19 AM

      Kebanyakkan rakyat Malaysia macam tu kan kak. Tak pernah nak fikir sebelum buat sesuatu benda tu.

      Reply
  • Sop 12 June 2014 at 10:22 AM

    kesedaran ttg OKU masih kurang di negara kita
    masing2 nak lepas diri sendiri jer kebanyakkanya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 June 2014 at 7:17 AM

      Betul tu bro Sop. Masing2 nak senang je. Padahal ada orang perlukan parking tu.

      Reply
  • nurul yui 12 June 2014 at 8:58 AM

    itu namanya tak boleh nk fkir.. men sedaP DIA ja nak park mana2.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 June 2014 at 7:16 AM

      Betul tu yui. Ikut sedap dorang je kan nak park dekat mana2.

      Reply
  • gp 12 June 2014 at 12:17 AM

    Pergh lepak setarbak!!! HAHAHAH

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 June 2014 at 7:14 AM

      Hahaha.. Ala.. Sekali sekala apa salahnya lepak seterbak ni weh..

      Reply
  • Anim 11 June 2014 at 11:15 AM

    kalaulah dia faham mempermudahkan kesulitan oranglain maka Allah akan permudahkan urusannya..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 June 2014 at 7:15 AM

      Itulah kan kak. Masalahnya kebanyakkan orang dekat Malaysia ni masih lagi rendah tahap kesedaran sivik diakan.

      Reply
  • Mohd Shubhi 11 June 2014 at 12:07 AM

    Banyak juga tengok perangai orang suka letak motor ikut suka hati mereka…memang geram!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:17 AM

      Itulah kan bro. Bila nak parking dekat petak kereta tengok ada motor yang menyelit. Hehe

      Reply
      • Mohd Shubhi 17 June 2014 at 10:32 AM

        Macam selalu kena saja…hehe

        Reply
  • onlajer 10 June 2014 at 11:12 PM

    Biasanya ,orang macam ini dah terbiasa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:16 AM

      Benda macam ni boleh diubah, bukan tak boleh. Nak tak nak je tu. Hehe

      Reply
  • tiha 10 June 2014 at 10:12 PM

    ya Allah
    pentingkan diri betul la meke ni
    tiba masa kena kat diri sendiri baru tau kan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:16 AM

      Takkan nak kena dekat batang hidung sendiri baru nak ambik iktibarkan kak benda kecik macam ni. Memang pentingkan diri betul.

      Reply
  • ajumohit 10 June 2014 at 6:56 PM

    mmg ramai yg bersikap sebegini, tu belum bab potong queue isi minyak, selambar aje menyelit walau nmpk ada kereta dah park kat pump tu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:15 AM

      Hehe. Itulah kak. Kalau nak senaraikan memang banyak sikap yang tak berapa nak best. Ni salah satunya la kan.

      Reply
  • Bahrain 10 June 2014 at 6:32 PM

    Ni cari pasal, memang rela motor kena rantai dan bayar agaknya. haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:14 AM

      Kalau kena rantai ok lagi bagi sikit pengajaran. Tapi kena rantai pun tak ni bro. Hehe

      Reply
  • Syaifuddin Alias 10 June 2014 at 4:26 PM

    mereka-mereka ini lah yang dinamakan, org yg pentingkan diri..ehhehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:13 AM

      Hehe. Memangpun bro.

      Reply
  • JR 10 June 2014 at 4:23 PM

    Golongan pentingkan diri sendiri ini ada di mana-mana. Mereka hanya pikir kesenangan diri tanpa pikir kesusahan orang lain….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:13 AM

      Kalau ramai lagi rakyat Malaysia pemikiran macam tu, memang susah la Malaysia nak pergi jauhkan. Ni baru perkara kecik je.

      Reply
  • Strider 10 June 2014 at 3:45 PM

    mungkin mereka merasakan kehadiran mereka itu tak menggangu kenderaan orang kurang upaya..kat sini sebenarnya kita boleh lihat betapa rendahnya kesedaran sivik rakyat Malaysia ini…

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:12 AM

      Memang bezakan kesedaran sivik rakyat Malaysia ni. Macam mana negara nak maju kalau pemikiran rakyatnya masih lagi rendah macam ni.

      Reply
  • Hero Borneo 10 June 2014 at 3:20 PM

    tak boleh buat macam…zalim dengan orang yang betul-betul memerlukannya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:11 AM

      Kalau dah tak fikir orang lain, macam ni la jadinya kan.

      Reply
  • myrujukan 10 June 2014 at 3:19 PM

    orang macam ni menyusahkan orang lain, kadang kadang pening juga dengan yang jenis x faham bahasa ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:11 AM

      Itulah. Kebanyakkan penunggang motosikal memang suka parking meratakan. Hehe

      Reply
  • Denaihati 10 June 2014 at 1:58 PM

    biasa jadi tu, kat R n R pun sama, tak fikir kalau ada OKU/orang tua uzur yang parkir situ.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:10 AM

      Betul tu tuan Denaihati. Kalau dah pentingkan diri memang tak fikir dah orang lain yang lagi memerlukan parking tu.

      Reply
  • akubiomed 10 June 2014 at 1:22 PM

    Lain kali angkat bawa masuk ke dalam stesen minyak. Puas hati. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:09 AM

      Haha.. Betul tu bro. Nak dekat sangat parking kan.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Apabila Punch Card Rosak

By Hazmin Hamudin

Wujudkan Garis Panduan Kawal Penulisan Blogger Taksub

By Hazmin Hamudin

Trafik Hazminhamudin.com Bulan Oktober 2012

By Hazmin Hamudin

Berehat Sekejap Sehingga Petang

By Hazmin Hamudin

Salam Ramadhan 2019/1440H

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in