• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Santai / Projek Cat Rumah Menjelang Raya

Projek Cat Rumah Menjelang Raya

By Hazmin Hamudin | 4 August 2013 | 11 Comments

Cat Rumah

Aktiviti biasa apabila menjelang raya selain membuat kuih-muih, dan menukar segala benda menjadi baru adalah aktiviti mengecat rumah. Rasanya dah tiga ke empat tahun dinding rumah ni tak bertukar baju yang baru. Tak ingat dah bila kali terakhir mengecat rumah ni. Memang lama dah tak tukar warna dinding ruang tamu ni.

Untuk makluman, tidaklah tuan rumah (ayah aku) mengecat dinding sendiri melainkan mengupahnya kepada orang untuk menjalankan kerja-kerja mengecat tersebut. Haha. Nampak tak kemalasan anak-anaknya nak cat rumah. Bukan apa, kita sesama manusia menolong orang lain menjana sumber pendapatan menjelang raya ni kan. Orang lain pun nak beraya jugak. Kita serahkan kepada yang pakar untuk melakukan projek mengecat rumah ni. Nampak tak asalan di situ. Haha.

Kalau nak diikutkan warna lama tu masih lagi cantik. Tapi biasa la manusiakan cepat jemu. Betul tak? “Hari-hari makan nasi ayam, nak jugak makan lauk lain” Jawapan standard tu bro. Haha. Aku sebenarnya berkenan lagi warna yang lama tu kalau nak dibandingkan dengan warna yang baru ni. Biasalah kan citarasa orang tua tak sama dengan orang muda. Layankan je warna yang ayah aku pilih ni. Korang nampak tak warna apa yang dicalit dekat dinding tu? Warna kelabu kalau ikut pandangan mata sepet aku ni. Dah dekat-dekat warna putih aku tengok.

Dari semalam lagi dah berjalan kerja-kerja mengecat ni sebenarnya. Bukan semua bahagian rumah yang dicat. Cuma bahagian ruang tamu, luar rumah dengan pagar depan je. Rasanya hari ni dah boleh siap dah. Rumah dah tukar ‘baju’ baru. Aku ni baju apa pun tak beli lagi. Silap-silap tahun ni pakai baju raya tahun lepas je ni. Benda boleh pakai lagi memang aku pakai je. Tak payah nak membazir.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • azura 5 August 2013 at 8:21 PM

    rumah saya pun cat separuh jalan…tak sempat habis cat dah nak raya nih…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 9:04 PM

      Sekarng ni mood kemas sikit2 je. Mood raya dah semakin hampir dah. Nak cat rumah lagi la dah malas kan. Hehe

      Reply
  • AUC 5 August 2013 at 5:21 PM

    wah rumah raya…

    Reply
  • suriaamanda 5 August 2013 at 12:10 PM

    tahun ni x cat pun rumah…abah SA x bagi…katanya ko cat la mcm mana pun..si kembar tu tetap conteng dinding….huk..huk…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 12:13 PM

      Hehe. Kalau ada budak kecik yang suka conteng tu memang payah sikit la kan.

      *eh.. kenapa url blog tu not found… 🙂

      Reply
  • ayut 5 August 2013 at 12:31 AM

    tahun ni umah ayut pon tukar warna… 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 8:08 AM

      Wah.. Warna apa tu Ayut?

      Reply
  • akubiomed 4 August 2013 at 11:33 PM

    Tahun lepas kami anak beranak cat luar rumah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 8:08 AM

      Pasti meriah kalau satu keluarga mengecat rumahkan bro.

      Reply
  • the malay male 4 August 2013 at 12:19 PM

    rumah saya guna wallpaper, nampaknya bertahun tahun la tak tukar… huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 August 2013 at 1:42 PM

      Kalau dah pakai wallpaper tu memang lama la tak tukar. Jangan kena air dah. Nanti rosak. Hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Google Doodle | Meraikan Terjunan Payung Terjun Yang Pertama

By Hazmin Hamudin

Di mana Idea Bersembunyi

By Hazmin Hamudin

Kereta Ferrari Termasuk Ke Dalam Laut

By Hazmin Hamudin

Gambar Bulan Madu Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Di New York

By Hazmin Hamudin

Zizan Raja Lawak Sakit, Terlantar di Wad

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in