• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Mimpi Indahku Telah Diganggu !

Mimpi Indahku Telah Diganggu !

By Hazmin Hamudin | 13 February 2011 | Leave a Comment

Tengah sedap-sedap dibuai mimpi-mimpi indah, tiba-tiba aku terdengar seperti bunyi yang tidak berapa best menerjah ke dalam mimpi melalui gegendang telinga aku. Argh… Apakah maksud bunyi tersebut ? Kenapakah pada masa-masa indah begini dia datang menerjah dan menggangu tidur aku yang sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah. Sungguh aku tidak suka bunyi itu kedengaran pada waktu-waktu begini.

Rupa-rupanya Blackberry aku sudah menjerit-jerit di sebelah aku, menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya selama ini tanpa sedikitpun rasa bosan dan jemu. Yela, dah pukul 5.50 pagi masa aku untuk bangun dan siap-siap untuk pergi kerja. Tapi seperti biasa aku akan mencapai Blackberry aku dan menekan button snooze supaya ianya terus diam dan aku? seperti biasa dapat tidur semula dan melayan mimpi-mimpi yang indah.

Sekali sedar-sedar dah pukul 6.10 pagi. Adeh…Bagi engkau orang mungkin masih awal lagi untuk ke tempat kerja pada masa-masa macam ni kan. Aku pulak yang duduk jauh dari ofis kira dah agak lewat jugaklah nak siap-siap. Kelam kabut aku terus bangun dan menuju ke toilet untuk melakukan aktiviti seterusnya (mandi la kan, apa lagi). Ni lah kisah aku di pagi Isnin atau pun dipaggil Monday Blues bagi kebanyakan orang. Memang takda siapa yang suka hari Isnin pun kan termasuklah aku.

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

By Hazmin Hamudin

Kes Penipuan Hard Disk Di PIKOM PC Fair

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Iklan Guinness Stout 1968

By Hazmin Hamudin

Senarai Harga 20 Jenis Barang Kawalan Sempena Raya 2011

By Hazmin Hamudin

Nasi Kukus Sajian Aliaa Di RnR Awan Besar

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in