Gaji Minimum Sektor Swasta 2012. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kadar gaji minimum sektor swasta 2012 semalam. Satu pengumuman yang sedikit sebanyak dapat melonjakkan rasa kegembiraan pekerja-pekerja sektor swasta. Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri di Majlis Makan Malam Pekerja & Majikan Sempena Hari Pekerja di PICC, Putrajaya.
Kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak:
- Semenanjung – RM900 sebulan (RM4.33 sejam)
- Sabah, Sarawak dan Labuan – RM800 sebulan (RM3.85 sejam)
Gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi kecuali mereka yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan domestik, seperti pembantu rumah dan tukang kebun.
Kadar gaji minimum akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh Perintah Gaji Minima diwartakan. Tarikh efektif bagi syarikat kecil atau perusahaan mikro dilanjutkan selama enam bulan lagi bagi memberi mereka ruang dan peluang untuk membuat persediaan supaya perniagaan mereka tidak akan terjejas.
Tempoh 12 bulan tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, perundangan, arkitek dan perunding. Walaupun mereka mempunyai lima orang pekerja atau kurang, mereka dikehendaki melaksanakan gaji minimum dalam tempoh enam bulan selepas Perintah itu diwartakan.
Gaji minimum yang dituntut oleh pekerja antara RM1,200 dan RM1,500 tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi kerana boleh menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pekerja asing.
Diharapkan dengan penetapan gaji minima ini akan selaras dengan kos sara hidup yang diketahui meningkat dari hari ke hari.
Perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung dan Sarawak, Sabah dan Labuan adalah disebabkan perubahan dalam struktur gaji dan kos yang ketara di kawasan itu. Kerajaan berharap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, gaji minimum untuk Sabah, Sarawak dan Labuan boleh diselaraskan dengan Semenanjung.
bgusla..ade juga duit lebih utk manmpung mana yg x cukup..
Lepas ni pekerja2 swasta, kena mainkan peranan buat laporan kalau majikan tak ikut.
Tu la.. Pekarja tu sendiri kena report pada yang berkenaan la. Kalau diam rasanya tiada siapa yang tahu nanti.
bkn takat gaji minimum je..gaji yg lain pun kene revise..
kalo kat kilang, operator gaji rm900, x kan technichian gaji x berubah rm1200?
kalo gaji technichian dinaikkan jadi rm1.6k..x kan gaji senior tech pun still rm1.6k?begitulah seterusnya smpi ke atas..semua gaji perlu diselaraskan balik..
tp kurang yakin mcm mana kerajaan nak kuasakan semua ni….tgk aje pada kisah gaji pak guard
pelik kat sabah sarawak lagi sedikit. rasanya barang2 kat sana lebih mahal. anggaran awal sahaja kalau ikutkan kos logistik.
Tu la.. Kalau ikutkan barang dekat sana lagi mahal. Tapi mungkin kalau ikut taraf hidup, dekat semenanjung ni lagi tinggi rasanya.
kalau syarikat besar tak ikut peraturan baru ni.. memang patut kena denda..
Sepatutnya macam tu la. Takut benda dah dikuatkuasakan, tapi pihak majikan tidak mengikut pulak.
Kalau ikutkan gaji RM900 tidak mencukupi kerana rumah sewa sahaja ada yang melebihi RM700. Harap kan kerja lebih masa atau elaun.
Kalau kerja dekat bandar-bandar besar memang tak cukup RM900 tu. Tapi sekurang-kurangnya, pihak majikan sudah tidak boleh letak gaji sesuka hati mereka lagi. Pergi mengikut aras minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan.