• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Bola Sepak / Selamat Tinggal Sir Alex Ferguson

Selamat Tinggal Sir Alex Ferguson

By Hazmin Hamudin | 9 May 2013 | 44 Comments

Sir Alex Ferguson

Selamat tinggal diucapkan kepada Sir Alex Ferguson. Sesiapa yang mengikuti perkembangan sukan bola sepak terutamanya peminat Manchester United sudah pasti mengetahui berita yang mengejutkan semalam. Sir Alex Ferguson atau juga dikenali dengan gelaran Fergie telah mengumumkan persaraan beliau pada akhir musim ini setelah 27 tahun membimbing pasukan bola sepak Manchester United.

Pengumuman secara tiba-tiba ini sudah pasti mengejutkan seluruh penyokong dan peminat pasukan Manchester United. Sir Alex Ferguson mula menguruskan Manchester United pada tahun 1986 berjaya mencatat kejayaan cemerlang di bawah kendaliannya dengan meraih dua trofi Liga Juara-Juara, Piala Juara-Juara UEFA, 13 kali juara EPL (termasuk musim ini), lima trofi Piala FA dan empat kali juara Piala Liga sekaligus menjadikan beliau seorang pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak Britain.

Dengan pengumuman persaraan Sir Alex Ferguson sebagai Pengurus Manchester United, sudah pastinya sekarang ini menjadi topik hangat perbincangan siapakah yang akan menggantikan tempat beliau selepas ini. Antara calon yang disebut-sebut akan menggantikan tempat beliau adalah David Moyes pengurus Everton, Jose Mourinho yang akan kembali semula ke kancah BPL dan Jurgen Klopp pengurus Borussia Dortmund.

Bagi aku pengumuman persaraan oleh Sir Alex Ferguson ini begitu dirasai dan mungkin mengambil masa yang lama untuk dilupakan. Bakal pengganti beliau nanti sudah pastinya akan dibayangi dengan kehebatan Sir Alex Ferguson itu sendiri. Sebagai peminat, nama Sir Alex Ferguson sudah cukup sinonim dengan Manchester United. Gelagat beliau dibangku pemain pasti dirindui.

Rupa-rupanya entri Wordless Wednesday | Glory Glory Man United yang aku buat semalam, secara kebetulan sama tarikh dengan pengumuman persaraan Pengurus lagenda Sir Alex Ferguson. Memang bertuah apabila aku sendiri berjaya menjejakkan kaki ke gelanggang keramat pasukan Manchester United iaitu Stadium Old Trafford. Dalam entri tu nampaknya ramai yang ‘tak puas hati’ dengan gambar tersebut. Hehe.

Harap Pengurus baru nanti akan meneruskan rentak kecemerlangan pasukan Manchester United. Glory Glory Man United!

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Dulu Lain Sekarang Lain 18 May 2013 at 9:04 AM

    Perjuangan MU tetap diteruskan. Tetapi terima kasih tidak terhingga buat SAF yang mengembalikan kegemilangan MU dan memberikan dua dekad yang membahagiakan buat penyokong MU.

    Reply
  • cik tom 11 May 2013 at 10:53 PM

    slmt bersara SAF…siapa penganti ye..

    Reply
  • Joe 11 May 2013 at 12:06 AM

    welcome David Moyes… Hanya Man Utd, Arsenal dan Everton yang terbaik dalam bidang pengurusan nie. Kalau kelab lain, tiap tiap season ganti manager

    Reply
  • Juan 10 May 2013 at 10:52 PM

    serius lama giler

    Reply
  • titan 10 May 2013 at 8:03 PM

    tak apa. gua tetap layan MU.

    Reply
  • Khairul Zamri 10 May 2013 at 6:17 PM

    aku bola nie layan je bab2 pengurusan tu tak amek tau sangat, tapi dia nie memang baguih laa 🙂

    Reply
  • sweetkurma 10 May 2013 at 1:20 PM

    hihi tang bola ni akak memang tak leh nak kata apa, sebab memang tak tahu, kalau anak2 dan cowok tahu lah ni semua

    Reply
  • yui 10 May 2013 at 9:21 AM

    tak mengikuti tu sbb tak kenal..hihihi.

    Reply
  • ghost writer 10 May 2013 at 9:20 AM

    Dia adalah musuh kpd kawan dan lebih kawan kpd musuh. Dia bgaikan diktator yg begitu penzayang. Integrasi yg tinggi, pejuang yg tak ada undurnya. Terima kasih, sir. 20 kejuaraan liga memang layak untukmu. dia la special one. Tak ada yg lain.

    Reply
  • Kak Zakie Purvit 10 May 2013 at 9:02 AM

    Kakak bab bola memang tak mengikuti. Cuma sesekali temankan abang menonton adalah. Berita hal-ehwal bola jarang tahu.

    Reply
  • staibaqhang 10 May 2013 at 8:40 AM

    glory2 MU… lps ni?

    Reply
  • Myra Jay 10 May 2013 at 8:22 AM

    Banyak jasa dia pada pasukan MU kan..

    Harapnya jurulatih baru nanti akan terus membawa MU ke tahap lebih masyukk 😀

    Reply
  • fazrol 10 May 2013 at 6:43 AM

    Memang antara manager di EPL yang paling cemerlang kot. he he.

    Reply
  • ajumohit 10 May 2013 at 6:07 AM

    owh tukar pengurus baru ye, moga pasukan akan terus menyerlah dengan pengurus baru

    Reply
  • boni kacak 10 May 2013 at 3:46 AM

    pakcik ferguson ni memang legend! terbaik!!

    Reply
  • deno 10 May 2013 at 2:58 AM

    The best and most successful manager in football….

    Reply
  • Hit seo 10 May 2013 at 1:17 AM

    pengurus yang paling terbaik didunia… tak ada siapa yang boleh kalahkan dia..

    Reply
  • akubiomed 10 May 2013 at 1:09 AM

    Rekod yang tidak boleh ditandingi mana-mana pengurus kelab.

    Reply
  • eita 9 May 2013 at 10:09 PM

    tak berapa minat bola..jadi tak kenal sapa..

    Reply
  • maszull 9 May 2013 at 6:16 PM

    assalamualaikum hazmin…kesian nyer nak bersara yer…;)

    Reply
  • hafizmd 9 May 2013 at 2:41 PM

    Nampaknya, lepas ni mungkin kita dapat tgk kelibat dia kat mana2 negara. Maklumlah dah jadi duta Manu =)

    Legasi sir alex mmg pasti sukar dan mencabar penggantinya nanti.

    Kita tunggu habis musim, sape ganti sir alex.

    p.s ok, ambe ngaku ambe jeles! hahahaha

    Reply
  • JR 9 May 2013 at 11:58 AM

    Saya peminat MC…tapi sedih juga melihat Sir Alex yg aroma nafasnya dah sebati dgn jenama MU perlu meninggalkan MU….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2013 at 2:29 PM

      Memang terasa betul ketiadaan Fergie ni nanti bro JR. Harap prestasi tidak menurun nanti.

      Reply
  • pipoq 9 May 2013 at 11:17 AM

    boleh la offer fergie jadi pengurus harimau malaya lak..hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2013 at 11:56 AM

      Haha.. Macam hina pulak rasanya tawar jawatan tu..

      Reply
  • daddydee 9 May 2013 at 9:53 AM

    lagenda yang akan dikenang oleh kawan dan lawan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2013 at 11:03 AM

      Betul tu. Mungkin lawan atas padang tapi di luar semua respect rasanya.

      Reply
      • hafizmd 9 May 2013 at 2:41 PM

        betul tu..contoh dia ngn jose, atas padang kan main bertekak

        luar padang kawan baik jugaklah…hehe

        Reply
  • onlajer 9 May 2013 at 9:29 AM

    walau pun aku tak sokong mu tapi salute untuk sir alex ferguson kira dah tahap tak terkalah lah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2013 at 11:03 AM

      ko sokong mana bro? MU la best

      Reply
      • hafizmd 9 May 2013 at 2:43 PM

        ramai org dengki kat manu bro…hahaha

        Reply
        • onlajer 9 May 2013 at 4:48 PM

          tersangat lah dengki haha, gua sokong gunners tapi tengok dah lama mereka tak angkat trofi , super dem haha

          Reply
  • blackrosehunter 9 May 2013 at 3:46 AM

    ok. Aku tak minat MU..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2013 at 9:23 AM

      Ko minat mana ni? Hehe

      Reply
      • blackrosehunter 9 May 2013 at 9:38 AM

        tak nak cakap nanti kena bahan..hahaha

        Reply
        • Hazmin Hamudin 9 May 2013 at 11:02 AM

          Liverpool la ni. Haha

          Reply
          • hafizmd 9 May 2013 at 2:42 PM

            mungkin =)

            Reply
  • Razlan 9 May 2013 at 2:22 AM

    Gud bye with respect sir

    Reply
  • auc 9 May 2013 at 12:25 AM

    terbaik antara yg terbaik…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2013 at 9:23 AM

      Betul tu bro. Memang pengurus bola yang terbaik.

      Reply
      • hafizmd 9 May 2013 at 2:45 PM

        ambe agak, mungkin jugak tiba2 dua lejen manu gigs n scholes akan bersara jugak nanti

        Reply
  • Ladfe Amir 9 May 2013 at 12:18 AM

    memang legend dia ni. smapai bila2 pun

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 May 2013 at 9:22 AM

      Nama dah sinonim sangat dah dengan pasukan Man Utad ni.

      Reply
      • hafizmd 9 May 2013 at 2:42 PM

        betul tu..

        sama macam arsenal + arsene wenger..sampai kan masa kecik2 dulu ambe ingat dua perkara yg sama..hahahaa

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Berada Di Luar Kawasan

By Hazmin Hamudin

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

By Hazmin Hamudin

Harga Rokok Naik 20 Sen Sekotak

By Hazmin Hamudin

Fakta Buah Dada

By Hazmin Hamudin

Jobdirumah – Peluang Bekerja Di Rumah

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in