Melihat Sunset Di Pantai Bagan Lalang, Sepang. Cuti Hari Sabtu minggu lepas telah aku gunakan dengan sebaiknya dengan aktiviti bersantai di tepi pantai. Aktiviti bersantai dan beriadah sambil melihat sunset di Pantai Bangan Lalang, Sepang. Memang suatu pemandangan yang menarik. Jauh dari suasana bandar yang penuh sesak dan merimaskan.
Pantai Bagan Lalang, Sepang adalah tempat yang tidak kurang menariknya untuk bercuti bersama keluarga. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di sini. Tempat penginapan memang tiada masalah kerana banyak hotel dan chalet yang boleh di sewa.
Sangkaan aku pantai Bagan Lalang, Sepang hanya terkenal dengan restoran makanan lautnya sahaja. Ingatkan aktiviti pantai tak menarik macam tempat lain. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Kalau datang selain mandi mandi, boleh juga main layang-layang. Tu pun kalau ada angin la. Bagi photographer atau sesiapa yang berminat untuk mengambil gambar sunset, lokasi di Pantai Bagan Lalang ni aku rasa memang menarik.
Aku malas nak cerita banyak, korang layan jela beberapa keping gambar yang sempat aku ambik ni. Tidak menggunakan kamera DSLR mahal. Tapi cukuplah sebagai kenang-kenangan melihat suasana sunset.
Subhanallah cantiknya pemandangan. Sebelum ni xpnh tahu kt selangor ada pantai… selalunya g PD, tak pun g melaka…nak lg senang balik kg. Best2. Lps ni boleh jamu mata dgn pmandangan yg indah2 ni. Thanks for sharing.
kamera hp kalau pandai main angle mmg terbaik! gambar yg last tu rumit nak buat kalau guna dslr… tp hp senang jek… lawa sunset ptg tu kan? masa otw pegi hujan lebat.. mujur kat sana tak ujan.. sempat gak main layang2 ekekeke
wah hasil yg menarik… saya pon ada masa tuan snap gambar ni… lokasi pon sama juga… sabtu lepas jam 5pm-7.15pm saya di lokasi tuan ni… ramai juga yg pegang DSLR masa ni… 🙂
cantik, fuhh cantik..
memang tenang je tengok sunset ni..
subhanallah..
indah sungguh ciptaan tuhan
menarik suasana di sana, apa nama hotel di belakang tu…?
Boleh tahan hensem abang ni. pergh
dah lama tak pergi bagan lalang nih..
kami belum pernah sampai ke bagan lalang ni
nampak menarik tu
fuyoh.. awk amik gmbr guna kemre henfon je kan? Pun dah cantik mcm professional.
A’ah.. Guna handphone kamera je ni kak. Hehe. Puas hati jugak hasilnya.
memang cantik dan admin pun tak terkalah handsomenya..
Cantik lagi sunset tu daripada admin. Haha
hu3..try ambil gambar sunrise plak…hu3
Haha. Tak pakar ambik gamabr ni bro. Tapi boleh dicuba nanti ni.
cntik pmandangan…blh wat port dating hihi
Haha. Port dating pulak yang difikirnya.
cantiknya sunset di Sepang ya 🙂
Indah ciptaanNYA.
waa cantiknyer tempat ni…
kemain lawo gambar matahari terbenam tu…cayalah…
Hehe. Boleh tahan la. patutnya datang sini kena makan seafood sekali. Baru lengkap.
setidaknya dengan ber refreshing dapat meredakan pikiran berata aktivitas
Betul tu. Sekali sekala kena tenangkan fikiran dengan melihat pemandangan sebegini.
ingatkan bagan lalang penang, hehee
Penang pun ada Bagan Lalang jugak ke bro? Haha
Cantik sekali pantainya.
salam dari Jakarta
Memang cantik pemandangannya. Salam dari Malaysia juga.
Layan view macam ni petang-petang ditiup angin sepoi-sepoi memang best
Itulah. Jangan ribut datang melanda dekat tempat macam ni dah la.
Indahnya bila matari baru melabuh tirainya. Maha suci Allah pencipta segala yang indah…
Itulah.. Indah dapat tengok pemandangan ciptaan Allah macam ni. Tenang rasa.
Memang best melepak kat Bagan Lalang ni..
Lepas ambik udara petang…ambik gambar sunset…boleh makan seafood..hahaha
Haha.. Kiranya pakej lengkap la kalau datang sini ye doc. Senang, semua ada.
terus terang gua tak pernah sampai lagi
Yela.. Lu duduk dekat Johor. Ada masa datang la sini. Haha
Duduk kat tepi pantai sambil melayan sunset ni boleh mendatangkan perasaan syahdu. Silap-silap boleh bergenang air mata.
Haha. Ni terlebih layan perasaan ni. Cuci mata tengok keindahan alam ok je.
Canteknyeeeee.
kalo dapat tengok dengan mata sendirik mesti lebih sonok kan~
saya tak pernah lagi jejak kaki kat bagan lalang nih.
harap2 dapat lah ke sana jugak nanti. bukan jauh pon.. hehehe
Masa tu cuaca ok, memang dapat pemandangan cantik macam tu. Tak sia2 datang. Hehe. Lepas ni boleh la try pergi Bagan Lalang pulakkan.
Nama bagan lalang…
dalam gambar selai lalang pon tak kelihatan
hehe
Haha.. Memang takda la lalang dekat pantai tu uncle.
subhanallah..
cantik ciptaan ALLAH =)
Memang cantik kan yui. Tenang je rasa.
belum penah smpi ke sini…kalu nk g pn kena cr org yg au jln ke sini 😉
Senang je ni nak pergi. Ikut Nilai ataupun jalan ke LCCT tu.
menarik ke? Ade ape2 yang menarik tak dkt sana? Ape je aktiviti yang boleh buat? Aku plan nak bercuti la bulan depan
Patai dia takda la sehebat PD. Tapi boleh la. Meriah jugak dengan seafood. hehe
cantik bro..
kalau buat timelapse masa sunset ni.. mesti best!
Pakai kamera fon je bro. Susah nak buat timelapse ni. Hehe.. Orang lain siap bawak tripod lagi.
pernah gak layan blues ngadap matahari terbenam tiap-tiap ptg kat Langkawi awl thn haritu. balik KL, dah rasa cm terbakar je kulit.. muehehe..
Wah.. Jauh tu layan matahari terbenam sampai ke Langkawi. Hehe.
Kalau bawa ada kamera DSLR memang gempak. Belum sampai lagi.
Bro boleh cuba membidik dekat sini lepas ni. Mesti puas hati.
SA dah beberapa bulan x pi pantai bagan lalang…selalu pi makan je ngan family…insyaallah nanti nak pi explore pantainya plak…indah ciptaan allah kan…
saya pun tak pernah lagi makan dekat sini. Ingat lepas ni nak cuba pulak seafood dekat sini.
cantik moment tersebut
masa yg sesuai utk bergambar 🙂
Kalau kaki ambik gambar memang masa yang sesuai ni.
sempoi je..hehe.. lawa jugak sunset2 ni ..terpesona den
Memang lawa bro tengok suasana macam ni.
woit. sepatutnya gambar bawah tu ke atas duduknya. ni dok remang senja tup² cerah pulak. hahaha. boleh la labu..
Hahaha. Yela2.. Nak tukar la ni..
ok good!
tapi macam skema la pulak.
HAHAHAHAHAHA
Ceh.. Demand lak… :p
wah kah kah kah..
lama dah tak ke bagan lalang ni, makan seafood yang sedap tu, wahh cantik pemandangannya, happy je tuan belog
Hari tu ingat nak makan seafood jugak kak, tapi kenyang lagi. tak jadi la. Hehe. Tengok pemandangan cantik kena la happy.