• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Blog Hazmin / Hari Bersejarah Blog Hazmin

Hari Bersejarah Blog Hazmin

By Hazmin Hamudin | 18 February 2011 | 13 Comments

Aku dah berblog sejak September 2010 lagi. Tapi masa tu aku sangatlah tidak aktif menulis atau mencoret (bukan dengan pen tapi dengan keyboard okeyh) cerita-cerita menarik  dan mengupdate entri-entri dalam Blog Hazmin ni. Masa tu korang semua boleh tegok betapa lesu dan tidak bermayanya Blog Hazmin. Sampai lah tahap bersawang dan berhabuk dah aku rasa dalam blog ni. Biasa la kan masa tu orang lain berblog, aku pun nak berblog jugak. Bila dah hangat-hangat tahi ayam, tu la jadinya, blog terbiar begitu sahaja. Korang boleh tengok dekat arkib blog kalau tak percaya. Sampai ada yang bulan langsung aku tak update apa-apa entri. Masa tu dah macam-macam nama aku letak kat blog ni, kejap tukar nama lain. Bila rasa tak sedap tukar lagi nama blog.

Start pertengahan bulan Januari 2011 tiba-tiba aku dapat semangat untuk meneruskan aktiviti berblog setelah tertangguh sekian lama. Aku pun tak tahu dapat semangat dan aura dari mana untuk  terus berblog ni. Sama ada dari mimpi, turun dari langit atau pun terjumpa semasa sedang bertapa aku kurang pasti lah pulakkan. Hehehe…  Sekarang ni bermula la hidup aku sebagai seorang blogger yang masih lagi mentah dan perlukan tunjuk ajar daripada semua.

Nak tahu tak sejarah apa yang tercipta dekat Blog Hazmin hari ni ? Pagi tadi aku telah pun mempunyai followers seramai 100 orang. Rasa bangga meresap dan menusuk kat dalam jiwa aku ni. Walaupun angka 100 tu kecil sahaja bagi setengah-setengah orang, tapi bagi aku angka tu dah cukup untuk memotivasikan aku untuk terus berblogging dan mencoretkan cerita-cerita di atas sekeping kertas (blogger) di alam maya ini. Terima kasih kepada yang menyokong Blog Hazmin.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Mohd Shubhi Abdul 18 December 2017 at 11:50 PM

    Tahniah Tuan! kipidap !

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 December 2017 at 8:10 AM

      Uish.. Benda lama ni tuan. Hehe

      Reply
      • Mohd Shubhi Abdul 19 December 2017 at 10:02 AM

        Mesej semangat tu tetap relevan !

        Reply
      • Mohd Shubhi Abdul 19 December 2017 at 10:02 AM

        Mesej semangat tu tetap relevan !

        Reply
  • Hazmin 19 February 2011 at 1:50 AM

    @Eyriqazz
    baru nak merangkak ni..

    @DeeBa_DeBaB
    Tu la pasal..kalau 0 tu jadi 000 memang best la..

    @chii
    tq

    @masterfaiz.com
    tq2..makin bertambah dah ni

    @T'nie on the Blog
    hahaha..tq…

    @Cahaya Kewangianku
    99 takde hadiah.. 🙂

    Reply
  • Cahaya Kewangianku 19 February 2011 at 12:14 AM

    sy ke 99… nak adiahhhhhhhh

    Reply
  • T'nie on the Blog 18 February 2011 at 5:38 PM

    go azmin go!
    http://clothpuppet.blogspot.com/2011/02/eat-pray-love.html

    Reply
  • masterfaiz.com 18 February 2011 at 5:17 PM

    meh aku tambah lagi jumlah follower 🙂

    Reply
  • chii 18 February 2011 at 3:40 PM

    wah…tahniah ye =)

    Reply
  • DeeBa_DeBaB 18 February 2011 at 1:55 PM

    ouh.. tahniahhh !!!
    hope 0 tuu jadi 3 plak nnt.. hehe..

    Reply
  • Eyriqazz 18 February 2011 at 1:31 PM

    congratz..sikit2 lama2 jadi bukit…jangan mudah putus asa dlm berblogging ya..

    Reply
  • Hazmin 18 February 2011 at 1:01 PM

    @marshmallow
    Terima kasih.. 🙂

    Reply
  • marshmallow 18 February 2011 at 12:57 PM

    yeayyy! congrats okies 🙂

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gempa Bumi 8.9 Magnitud Melanda Aceh 11 April 2012

By Hazmin Hamudin

Intipati Manifesto Barisan Nasional 2013 Sempena PRU 13

By Hazmin Hamudin

Makan Percuma Dekat Hotel Double Tree By Hilton

By Hazmin Hamudin

Kembali Aktif Berbloging

By Hazmin Hamudin

Makin Jahanam Alexa Blog Ni

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in