• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Pelik Ke Lelaki Membaca Novel?

Pelik Ke Lelaki Membaca Novel?

By Hazmin Hamudin | 25 October 2012 | 40 Comments

Novel Ramlee Awang Murshid

Pelik Ke Lelaki Membaca Novel? Memang selalu kita dengar novel ni dikaitkan dengan golongan wanita sahaja yang membacanya. Mungkin aktiviti masa lapang aku yang satu ni tak berapa nak menampakkan kejantanannya bagi seorang lelaki. Betul ke macam tu? Rasa macam tak betul je kan. Bukan ke membaca tu suatu aktiviti yang bagus.

Aku sebenarnya takda la sampai nak baca novel jiwang-jiwang yang dipenuhi dengan ayat yang berbunga-bunga tu. Novel yang selalu aku baca adalah hasil penulisan Ramlee Awang Murshid yang terkenal dengan novel berbentuk triller. Aku  mula mengenali novel Ramlee Awang Murshid ni menerusi novel Ungu Karmila, novel yang membawa kita meneroka alam mistik di sebalik saspens novel tersebut. Dari situlah berputiknya minat aku untuk membaca. Cewah.. Haha..

Sebenarnya terdapat juga kebaikan bagi mereka yang membaca novel ni. Seperti novel penulisan Ramlee Awang Murshid ni banyak diselitkan mengenai agama, pengetahuan am dan satu ribu satu pengetahuan lagi. Terdapat banyak mesej yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca yang dapat dijadikan iktibar. Penulis sudah pastinya banyak pengalaman. Kalau fikir secara logik, manakan orang yang tiada pengalaman boleh menulis pelbagai jenis cerita.

Amalan membaca novel ini juga turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang ditulis oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang banyak. Sebagai seorang blogger bukankah ini memberi kelebihan kepada kita?

Kemudian, Cuba kembangkan sikit pemikiran kita yang novel tu bukan sahaja yang berbentuk cinta atau jiwang sahaja. Novel boleh jadi juga berbentuk fiksyen, fantasi atau thriller. Sebagai contohnya adalah daripada karya Joanne Rowling atau nama penanya J. K. Rowling yang menghasilkan novel Harry Potter dan kemudiannya turut dijadikan filem. Sudah semestinya bila membaca novel lebih mengasyikkan dan lagi seronok daripada menonton filem. Pembaca akan membayangkan jalan cerita dan menjadikan ianya lebih seronok. Sebab itulah adakalanya pembaca novel boleh tersenyum dan mungkin juga menangis ketika membaca.

Nak ikutkan rasanya banyak lagi kelebihan membaca ni tidak kiralah novel ataupun bahan bacaan lain yang member faedah kepada kita. Tapi, takkanlah sebab baca novel habis semua lelaki jadi lembut pulakkan. Ada ke fakta yang membaca novel  boleh menghilangkan kelakian lelaki. Haha.. Cuba korang bagi pendapat sikit.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • ecadwinkyasha 1 November 2012 at 12:08 PM

    lelaki jrg baca novel cinta2 je tu…. 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 November 2012 at 12:29 PM

      Novel terlampau jiwang ni memang lelaki tak minat la.. Hehe.

      Reply
  • puanbee 30 October 2012 at 11:56 PM

    Lelaki memang jarang ada yg suka novel kan ? kadang2 …. org kata … lelaki yg suka novel ni dia jenis sensitif ..org kata lah ..tk salah ehh ..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 October 2012 at 10:39 AM

      Alamak.. Saya ni termasuk dalam kategori sensitif ke kak? Hahaha

      Reply
  • Sobri Mansor 29 October 2012 at 4:37 PM

    Pedulikan ap orang nak kata. Janji hati senang dan boleh layan novel tebal-tebal.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:21 PM

      Biarkan apa orang nak katakan. Membaca tu kan perkara yang berfaedah.

      Reply
  • maszull 29 October 2012 at 11:49 AM

    assalamualaikum …sebenarnya seronok kalau dpt membaca novel2 ni…:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:20 PM

      Waalaikumsalam… Kalau kena dengan genre yang kita minat, memang best pun kan kak.

      Reply
  • penmerah 27 October 2012 at 8:57 PM

    aaaaaaaaaaaaa byknyee. nk pinjam satu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:11 PM

      Nak pinjam yang mana? Hehe

      Reply
  • donnyien 27 October 2012 at 6:12 AM

    pelik bagi segelintir.. tak perlu kisah bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:41 AM

      Hehe.. Itulah, masing-masing ada pendapat sendirikan.

      Reply
  • syaifuddin alias 26 October 2012 at 11:04 PM

    hehe..agak pelik ? tak kot .saya suka baca kulit depan novel ..best ! 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:39 AM

      Baca kulit depan novel je yang pelik ni. Hehe

      Reply
  • lepakk.com 26 October 2012 at 9:49 AM

    Lelaki baca novel biasa je la..sbb baca novel bkan hak mutlak perempuan ok 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:37 AM

      Membaca hak semua orangkan bro? Hehe

      Reply
      • lepakk.com 29 October 2012 at 10:23 PM

        Kalau novel khas untuk perempuan je kesian kaum lelaki nak baca novel pun x boleh..

        Reply
        • Hazmin Hamudin 30 October 2012 at 9:04 AM

          Itulah… Takkan lelaki baca komik je pulak…

          Reply
  • hidayah 26 October 2012 at 12:22 AM

    Byknye novel.. kagum!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:36 AM

      Takda la banyak mana. Biasa je tu. Hehe

      Reply
  • boni kacak 25 October 2012 at 11:39 PM

    owh.. novel aksi ok bro..hehehe.. ada sekali tu, den terbaca novel berat.. adeh. lain macam pulak.. adegan cium, cumbu semua ada.. macam baca novel mat salleh pulak..hehehe

    p/s ; raya kat selangor je bro..tak balik pun kampung.hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:35 AM

      Bahaya juga tu bro terbaca novel berat macam tu. Lain jadi tu. Hehe

      Reply
  • miz ruha 25 October 2012 at 10:46 PM

    tak pelik pun.. 🙂
    suka baca koleksi sunan.. ^_^

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 October 2012 at 10:48 PM

      Koleksi Sunan memang best. Hingga kita membayangkan watak tu seolah-oleh wujud. Tapi siri Sunan ni dah pun ditamahkan dengan Sunan Musafir.

      Reply
  • ohcikgu 25 October 2012 at 10:01 PM

    tak pelik. sebab orang kita sekarang..bila nampak orang baca al-quran..diorang super pelik..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 October 2012 at 10:19 PM

      Kalau baca Quran dianggap pelik , tu dah memang parah dah tu.

      Reply
  • jijah 25 October 2012 at 6:03 PM

    tak pelik la… lagi pelik kalau tak kasi jijah pinjam novel2 tu…hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 October 2012 at 10:19 PM

      Nak pinjam ke? Tapi jijah jauh dekat Sabah tu. 🙂

      Reply
  • kall 25 October 2012 at 4:41 PM

    dan tak pelik pun lelaki baca novel… Deputy dean kat tempat belajar dulu, lelaki jugak baca koleksi ramlee awang murshid ni. siap promote kat student 😉 Cuba unik… hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 October 2012 at 10:18 PM

      Wah.. Macam ada share pulak deputy dean tu ye. Siap tolong promote pulak dekat student.

      Reply
  • kall 25 October 2012 at 4:38 PM

    Teringat kawan sy tergila2 kan novel ramlee awang murshid. Sampai gaduh2 ada kawan renyukkan kuit buku. Sy tak baca. tapi, tau la novel2 dia ada kesinambungan cerita. Waktu tu mood baca novel dah kurang~ lagi2 tgok novel tebal dan bersambung2. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 October 2012 at 10:17 PM

      Sampai bergaguh ye berebut novel.. Dasyat betul ni. Hehe

      Reply
  • ikhmal 25 October 2012 at 4:27 PM

    aku dulu baca novel 3 penyiasat, hardy boys, siri bercakap dengan jin.. hu..terkenang pulak…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 October 2012 at 10:16 PM

      Tiga penyiasat hardy boys tu legend tu bro.. Fuh..

      Reply
  • Sueskopio76 25 October 2012 at 3:47 PM

    xdo peliknya utk seorang manusia yg bernama lelaki itu jika minat mmbaca novel..
    Aktiviti sehat mental tu kann..
    Lain ler kalau hobinya merempit atau jd kutu lepak..
    mmg rasa cam nk sepakk jer kalau gituu… ahakss

    ~Cam dh hagak lamaa tak layan RAM punya hasil karya..
    Ada la sebijik dua lg yg masih tersimpan kt rumah..~

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 October 2012 at 3:56 PM

      Jawapan tu yang kita cari. Hehe.. Daripada membuang masa, lebih baik kita membacakan.. Banyak faedah yang kita dapat.. Tolak tepi soal jiwang atau sebagainya. Ambik perkara positif..

      Reply
  • akubiomed 25 October 2012 at 3:18 PM

    Mat Bunga rupanya sahabat ini. Tentu bermadah dengan makwe berbunga-bunga dan puitis. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 October 2012 at 3:55 PM

      Takdalah bro.. Biasa-biasa saja… Belum layak lagi untuk bermadah dengan sebaiknya. Hehe

      Reply
  • jna 25 October 2012 at 3:03 PM

    na xpernah lagi la jumpa laki yg bace novel kalau komik yes bersepah ;)) tp klau laki bace novel tu for me it was so cool laa sbb mmg btul apa awk bgtw hanye perempuan yg bnyk membaca novel termasuk na ;))

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 October 2012 at 3:51 PM

      Hehe.. Itulah.. Novelpun sebenarnya banyak genre yang boleh dipilih untuk dibaca. Tak semestinya yang jiwang je ka Jna. Yang penting minat untuk membaca tu.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Flemington Hotel, Taiping

By Hazmin Hamudin

Pengangkutan Awam Di Malaysia Sangat Teruk

By Hazmin Hamudin

Mesti Tengah Risau

By Hazmin Hamudin

Melepak Di Pantai Teluk Kemang

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Macam Ni Pun boleh?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in