• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pendidikan / Talipon Atau Telefon?

Talipon Atau Telefon?

By Hazmin Hamudin | 29 March 2013 | 71 Comments

Talipon Atau Telefon

Talipon atau telefon? Benda ni lah yang selalu bermain dekat fikiran aku setiap kali tengok papan tanda ni. Mana tak nya, kalau dah hari-hari hadap papan tanda ni masa nak pergi dan balik kerja memang boleh menimbulkan kemusykilan jugaklah. Mana satu la yang betulkan. Aku ni memang bukan pakar bahasa. Mungkin benda ni betul dan aku silapkan. Sebab tu aku inginkan ‘pencerahan’ dekat sini.

Mesti ada yang tertanya-tanya dekat mana aku jumpa papan tanda ni. Kalau korang selalu menggunakan pengangkutan awam LRT RapidKL (Aliran Kelana Jaya), mesti ada yang perasan. Ke korang tak peka dengan papan tanda peringatan  atau kecemasan yang berada di sekeliling korang. Susah jugak kalau berlaku kecemasan nantikan.

Berbalik kepada kemusykilan aku ni. Mana yang betul sebenarnya? Puas dah aku Google pasal benda ni tapi tak jumpa pulak jawapan yang aku cari. Cuma aku tak pergi tanya dekat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) je lagi. Lagipun bloggerkan banyak yang panda-pandai. Mana tahu ada yang boleh bagi jawapan kepada kemusykilan aku ni. Kalau aku silap, beritahu la ye.

Tapi kalau pihak RapidKL yang silap atau telepas pandang, sepatutnya mereka perlu ambil tindakan dengan menggantikan dengan papan tanda yang baharu. Rasanya papan tanda kecemasan ni terdapat di semua stesen LRT RapidKL (Aliran Kelana Jaya).

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • luthfi 28 April 2013 at 9:53 PM

    hehehe,,ada-ada saja ya

    Reply
  • Myra Jay 3 April 2013 at 9:50 AM

    Kena minta pihak DBP alert dan pantau kesalahan tatabahasa ni ;D

    Reply
  • Strider 1 April 2013 at 3:39 PM

    tak silap aku talipon tu ejaan lama rasanya..cam ejaan Kelinik..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • wanieys aka ibuqalief 1 April 2013 at 9:27 AM

    talipon sebutan jer kalau ejaan salah tu

    Reply
  • hana hadi 30 March 2013 at 9:55 PM

    tepon la.. hehe xda lah lawak ja.. Telefon sebenarnya tu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:41 AM

      tepon je? Ni mesti selalu guna masa sms ni. Hehe

      Reply
  • shida 30 March 2013 at 4:38 PM

    xpasan pun papan tanda nie..hurm…
    cmne leh salah spelling eh dorg nih?
    ~~

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:41 AM

      Kalau naik LRT RapidKL aliran Kelana Jaya cuba cari. Hehe

      Reply
  • Juan 30 March 2013 at 1:45 PM

    telefon yg bertul kot bebab benda panggilan ni ada kaitan dengan “tele”

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:40 AM

      Boleh diterima jugak benda ni. Hehe

      Reply
  • beckhrooy 30 March 2013 at 12:53 PM

    talipon pun ok juga sebab ada’tali’ haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:40 AM

      Kalau handphone ‘tiada talipon’ ? Haha

      Reply
  • cikbolat 30 March 2013 at 12:33 PM

    telefon bimbit

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:39 AM

      Haha.. lagi merapu ni.

      Reply
  • Baby Jane 30 March 2013 at 11:50 AM

    betul la talipon tu hehehhehe 😛

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:39 AM

      Talipon la sangat. Haha

      Reply
  • Mama I.A 30 March 2013 at 11:27 AM

    ejaan sebenarnya ‘telefon’…memang banyak sanagt kesalahan ejaan kat papan2 tanda ni..kadang2 tu nak tergelak pun ada bila bacanya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:38 AM

      Kalau sekali dua tengok memang tergelak juga. Tapi kalau dah banyak kali tu memang sakit mata jugak.

      Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 30 March 2013 at 8:08 AM

    Ejaan sebenar mmg telefon. Tapi ramai yg main bedal jer bila bab papan tanda ni sbb Majlis Perbandaran atau pihak berkenaan jarang check atau enforce kesalahan ejaan ni. Apa leh buat.. paham2 sendiri jer.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:38 AM

      Sepatutnya kena ambil berat fasal benda ni. Tak setuju betul silap ejaan ni.

      Reply
  • ajumohit 30 March 2013 at 5:15 AM

    sepatutnya mereka lebih sensitif tentang benda mcm ni kan, bahasa budaya bangsa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:37 AM

      Sebab tu la terasa sakit mata kak. Rasa macam zaman dulu-dulu lak jadinya dengan ejaan macam tu.

      Reply
  • Hafizul 30 March 2013 at 12:59 AM

    Panggil aje lain..tapi menda nya tetap sama..hehe..entah la kadang2 saya confius juga..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:23 AM

      Ejaan salah tu bro. Hehe.. Macam klinik ada yang saya jumpa eja kelinik.

      Reply
  • hanafi abdullah 30 March 2013 at 12:58 AM

    saya suka kalau talipon berbanding telefon..cuma sebetulnya ialah telefon.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:22 AM

      Kenapa suka talipon bro?

      Reply
  • 4feet8 29 March 2013 at 11:52 PM

    byk salah ejaan mcmtu. tak tau dah siapa yg patut memantau.. kementerian atau DBP..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:21 AM

      Yang tu saya tak tahu, sepatutnya pihak rapidkl pun kena pantau jugak benda ni.

      Reply
  • JR 29 March 2013 at 10:22 PM

    BUkan “talipon”, tapi ejaan sebenar ialah “telefon”. “Talipon” tu ejaan zaman P.Ramlee, dah berpuluh tahun org tak pakai. Tapi macam mana ejaan zaman P.Ramlee boleh wujud di zaman yg silap, termasuk terowong waktu ke??

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:20 AM

      Mungkin jugak termasuk terowong tu JR tp bukan terowong waktu la. Terowong LRT bawah tanah.

      Reply
  • cik siti 29 March 2013 at 10:08 PM

    telefon la..talipon tuu bukan bahasa pasar ka?? err..emm jawab karangan masa SPM tulis “telefon”…cikgu tak kata apa pun..huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:19 AM

      Wah.. Siap bagi contoh karangan SPM. Hehe

      Reply
  • zool 29 March 2013 at 9:58 PM

    rasanya cam telefon.. talipon tu lama..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:19 AM

      Betul la tu kan telefon.

      Reply
  • Puan Kutu 29 March 2013 at 6:26 PM

    entah ekk rasanya macam telefon tu ejaan yg betul..bukan la pakar bahasa sgt pun.jnji faham apa maksud papan tanda tu nak sampaikan sudah.hiks..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:19 AM

      Tak boleh ni kak. Hehe.. Nanti orang salah guna talipon pulak. Hehe

      Reply
  • Nastyna 29 March 2013 at 5:39 PM

    Mesti sakit mata dan rasa tak selesa kan kalau tatap perkataan “disalah” eja secara terangan gini. I cakap “salah” sebab tak sure jugak ejaan yang sebetulnya. Banyak jugak kot sebenarnya typo merata KL.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:18 AM

      Yang lagi sakit mata sebab syarikat besar yang buat,.

      Reply
  • Bean Moreno 29 March 2013 at 5:15 PM

    jawa kot hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:18 AM

      Jawa celah mana pulak. Hehe

      Reply
  • etuza 29 March 2013 at 4:27 PM

    macam2 kita jumpa, faham2 jalah ya …dengan sendiri kita betulkan, tapi kena juga perbetulkan keaddaan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:17 AM

      Itulah.. Rasa macam nak report je rapidKL pasal benda ni.

      Reply
  • nazray 29 March 2013 at 4:19 PM

    kadang2 lawak jugak bila terbaca perkataan yang salah eja kat papan tanda. hahaha. Tak salah eja pun kadang2 gelak macam feri kat penang, “awas risiko sandung”. hahahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:17 AM

      Haha.. Ejaan dah betul dah.. Tapi jadi lawak pulak ye..

      Reply
  • nurul yui 29 March 2013 at 4:18 PM

    tp bnda yg smna kan..hhi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:15 AM

      Tapi penggunaan ejaan kena betul sebab diletak ditempat awam.

      Reply
  • titan 29 March 2013 at 3:49 PM

    selagi boleh difahami, bagi gua tak salah. haha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:14 AM

      Lu memang.. Asal dapat makan cendol jadi la kan. Eh.. Lu cikgu mana boleh main hentam.

      Reply
  • suri 29 March 2013 at 2:24 PM

    byk org byk ragam gak tulisannya hee.

    Reply
  • schaze 29 March 2013 at 2:04 PM

    mebi telefon.
    ejaan talifon tu mebi ejaan dulu-dulu kot.

    Reply
  • Hairul Azni 29 March 2013 at 1:48 PM

    Saya yakin ejaan yang betul adalah TELEFON..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 March 2013 at 7:14 AM

      Itu la. Saya pun rasa macam tu jugak..

      Reply
  • suri 29 March 2013 at 12:09 PM

    ker itu papan tanda sudah lama..sllu org dulu papan tanda dia ejan sllu salah heeee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2013 at 12:17 PM

      RapidKL aliran KJ ni sudah beroperasi dari tahun 1999. Masa du dikenali sebagai PUTRA LRT. Tapi tak pasti tahun 1999 telefon masih dipanggil talipon atau sudah ditukar.

      Reply
  • Ibu Mifzal Arsyad 29 March 2013 at 12:03 PM

    ejaan yang betul adalah telefon

    talipon tu ejaan lama.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2013 at 12:15 PM

      Orang lama mesti tahu ni kan ibu.

      Reply
  • akubiomed 29 March 2013 at 12:00 PM

    Keprihatinan supaya mengunakan bahasa yang betul. Peringatan kepada diri saya juga.

    Reply
    • suri 29 March 2013 at 12:10 PM

      ayat salah mesti cept maklum pd mereka kot ada terlepas pandang huuu

      Reply
      • Hazmin Hamudin 29 March 2013 at 12:15 PM

        Itulah.. Ingat nak buat jugak aduan kepada RapidKL tentang perkara ni.

        Reply
  • ayut 29 March 2013 at 11:59 AM

    setahu yer telefon….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2013 at 12:14 PM

      Itulah.. Sayapun tahu telefon. Bila tengok tu rasa pelik tu.

      Reply
  • hafiz 29 March 2013 at 11:58 AM

    telefon, talipon tu bahasa lama..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2013 at 12:14 PM

      Mesti orang lama yang buat benda ni kan. Hehe

      Reply
  • WRizuan 29 March 2013 at 11:18 AM

    Kena buat aduan tu bro…:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2013 at 12:13 PM

      Aduan dekat RapidKL ke bro?

      Reply
  • Lizz 29 March 2013 at 11:09 AM

    telefon.talipon tu bahasa pasar sahaja kalau tak silap

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2013 at 12:13 PM

      Hehe.. Nampaknya dah jeles yang betul telefon

      Reply
  • the malay male 29 March 2013 at 10:51 AM

    hurm…mana satu ekkk

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2013 at 12:12 PM

      Rasanya telefon yang betul.. 🙂

      Reply
  • sishaza 29 March 2013 at 10:17 AM

    ejaan sebenarnye telefon walaupun bunyinye bila disebut macam ada huruf i

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2013 at 10:43 AM

      Itulah.. Rasanya telefon. Tapi tengok rapidKL guna talipon rasa macam pelik pulak.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi Teruk?

By Hazmin Hamudin

Minum Teh Elak Serangan Jantung

By Hazmin Hamudin

Sedihnya Esok…Blog Hazmin Sunyi?

By Hazmin Hamudin

Gambar-Gambar Perusuh Perhimpunan Bersih 3.0 Yang Dikehendaki Polis

By Hazmin Hamudin

Adik Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in