• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pendidikan / Semak Keputusan PMR 2011 Melalui MySMS

Semak Keputusan PMR 2011 Melalui MySMS

By Hazmin Hamudin | 20 December 2011 | Leave a Comment

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tarikh semakan Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah pada 22 Disember bersamaan dengan hari Khamis. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi.

Manakala Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 pula akan diadakan pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya, pada hari yang sama.

Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.

Semakan Result PMR 2011

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PMR 2011 SECARA SMS :

Taip PMR <jarak> ANGKA GILIRAN  dan hantarkan ke 15888

Contoh : PMR PK012G090

Maklumat lanjut berhubung perkhidmatan SMS boleh didapati di laman rasmi kementerian www.moe.gov.my.

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Permohonan Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Mesin Taip Tulisan Jawi

By Hazmin Hamudin

Kes Penipuan Hard Disk Di PIKOM PC Fair

By Hazmin Hamudin

Mushroom Melt Bonanza Di Restoran Wendy’s

By Hazmin Hamudin

Irfan Bakti Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Selangor

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in