• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Terkini / Paderi Bakar Al-Quran

Paderi Bakar Al-Quran

By Hazmin Hamudin | 21 March 2011 | 5 Comments

Paderi Terry Jones yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini kerana ingin membakar al-Quran pada 11 September 2010 sempena memperingati mangsa yang mati pada kejadian runtuhnya World Trade Canter (WTC) pada tahun 2001 di Amerika Syarikat, sekali lagi mencetuskan kontroversi. Jika sebelum ni beliau telah membatalkan kan hasratnya setelah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak dari seluruh dunia, tapi kali ini al-Quran telah dibakar secara terang-terangan di depan beliau.

GAINESVILLE: Paderi Amerika Syarikat yang anti-Islam, Terry Jones, memutuskan bahawa al-Quran ‘bersalah menyebabkan jenayah’ tertentu dan mengatur sesi pembakaran kitab suci itu di gerejanya, kelmarin.

Pembakaran itu dilakukan paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones yang mencetuskan bantahan terhadap rancangan untuk membakar al-Quran sempena sambutan memperingati serangan 11 September 2001 (9/11).

Upacara membakar itu dilakukan selepas sesi penghakiman hanya lapan minit sebelum memutuskan kononnya al-Quran didapati bersalah dan dihukum.

Kitab itu direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja itu sebelum Sapp menyalakan api dengan pemetik api barbeku. Kitab itu di bakar selama 10 minit sementara penonton mengambil gambar.

Jones dikutuk hebat banyak pihak termasuk Presiden Barack Obama, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates berhubung rancangannya membakar kitab suci Islam, September lalu.

Dia tidak meneruskan rancangannya dan berikrar tidak akan melakukannya sebelum menyatakan dia sudah buat keputusan.

Kali ini, Jones berkata, dia sudah memberi dunia Muslim peluang untuk mempertahankan kitab itu tetapi tidak mendapat maklum balas.
Paderi itu merasakan beliau tidak dapat menjalankan perbicaraan sebenar tanpa hukuman sebenar. Upacara itu dibuka pada orang ramai dan hampir 30 orang menyertainya.

Jadwiga Schatz, yang datang untuk menyokong Jones, meluahkan rasa bimbang dengan perkembangan Islam di Eropah.

“Penganut agama itu pada saya seperti raksasa. Saya benci mereka.
“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup,” katanya.
Jones menganggap majlis itu berjaya. – AFP

Sumber : bharian.com.my

Sungguh terkilan apabila ada pihak yang cuba menjadikan isu agama dengan melaga-lagakan antara satu sama lain untuk kepentingan mereka sendiri. Jika nafsu dan syaitan telah menguasai diri, jika akal dan fikiran didapat berfikir dengan warasnya, manusia itu akan melakukan suatu tindakan yang adakala yang diluar batas seorang manusia yang bertamadun. Yang sering dipersalahkan dan menjadi mangsa sudah tentulah agama Islam yang tidak pernah menyuruh pengikutnya melakukan kejahatan sesama manusia itu sendiri. Fikir-fikirkan lah…
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 22 March 2011 at 3:35 PM

    @нαηιмQαtяυηηα∂α
    tu la pasal..memang sgt kurang ajar betul…

    Reply
  • нαηιмQαtяυηηα∂α 22 March 2011 at 1:29 PM

    sangat kurang ajar!

    btw, saya suka tengok cite polis mat saleh. tapi sejak 11/9, sesetengah cite bila ada kes yang melibatkan pengganas, penjenayahnya orang Islam.

    Reply
  • Hazmin 22 March 2011 at 9:51 AM

    @puanbee
    wah…terharunya kak..thanks tau…

    @Lizzie Yasmin
    tu la pasal…keganasan takda kena mengena dengan agama…mana-mana agama ada je yang ganas.

    Reply
  • Lizzie Yasmin 22 March 2011 at 8:17 AM

    melampau.. islam benci agama lain pun tak smpai menghina mcm nie….

    Reply
  • puanbee 22 March 2011 at 5:19 AM

    hazmin akk buatkan header tuk hazmin ada email tak akk nak kasi nih..

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Royce Chocolate Malaysia

By Hazmin Hamudin

Liverpool FC Tiba Di Malaysia | Liverpool Asia Tour 2011

By Hazmin Hamudin

Sampai Manjung Dah

By Hazmin Hamudin

Tragedi Norway – Serangan Bom dan Tembakan Rambang Korbankan 91 Orang

By Hazmin Hamudin

Dah Dapat Baju Baru

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in