Servis Kereta Di Pusat Servis Perodua Balakong. Hari tu dapat SMS daripada Perodua dah tiba masa untuk servis kereta untuk kali yang kedua. Pusat Servis Perodua yang menjadi pilihan aku sudah semestinya Pusat Servis Perodua Balakong. Macam biasalah kalau nak hantar servis kereta mesti buat temu janji untuk memudahkan urusan. Aku call untuk buat temu janji pada hari Jumaat (23 Ogos 2013) pukul 2.30 petang.
Apabila dah sampai Pusat Servis Perodua Balakong tu macam biasalah kena serahkan buku servis di kaunter dan selepas itu tunggu nama kita dipanggil. Selepas nama dipanggil, part ni la yang korang kena pandai supaya tidak diambil kesempatan oleh sales advisor di kaunter tu. Diorang sudah pastinya suruh korang tukar itu dan ini untuk kaut keuntungan. Untuk pengetahuan korang, servis untuk kali kedua ni korang hanya perlu tukar minyak hitam dan oil filter sahaja dan bil keseluruhan untuk servis adalah RM0.00. Jadi jangan terpedaya kalau diorang tawarkan tukar itu ini.
Kalau korang dah buat temu janji, no plat kereta korang akan diletakkan di senarai pelanggan vip mengikut slot masa yang telah dipilih. Kalau dah buat temu janji tu tempoh masa untuk servis adalah lebih kurang satu jam. Tapi kalau walk in je, memang berjam la kena tunggu. Itupun kalau ada slot yang kosong. Jadi lebih baik buat temu janji sebelum hantar servis kereta.
Sementara menunggu tu bolehlah minum air yang disediakan khas untuk pelanggan. Air yang disediakan pada hari tu adalah air milo. Masa servis kali pertama, air white coffee. Ingatkan air yang sama lagi. Rupanya air yang disediakan oleh pihak Perodua sentiasa bertukar-tukar. Biskutpun ada juga disediakan.
Inilah kawasan di mana kereta akan diservis. Kalau dilihat, memang kawasan servis Perodua Balakong ni sangat bersih. Rasanya susah nak nampak tumpahan minyak hitam dekat lantai. Cara mereka buat kerjapun aku tengok sangat teratur. Memang tak risaulah ketika mereka menguruskan kereta untuk diservis.
Apabila kereta dah siap diservis, nama akan dipanggil dan kita akan berurusan di kaunter untuk pembayaran. Tapi macam aku semuanya RM0.00. Semuanya PERCUMA ok. Yela, sekarangkan Perodua tawarkan servis percuma untuk tiga tahun (untuk minyak hitam dan oil filter).
Kalau korang yang berada di kawasan berhampiran tu bolehlah cuba servis dekat Pusat Servis Perodua Balakong ni. Setakat dua kali aku pergi ni memang puas hatilah. Dalam masa sejam kereta dah siap diservis. Tempat menunggupun memang sangat selesa dan luas. Kalau korang ada pengalaman di tempat lain, bolehlah kongsi di sini ye.
betul ke yg servis percuma untuk pusat servis perodua sahaja.bukan cawangan yg kecil2?
Kalau cawangan kecil tu memang pusat servis sah, rasanya percuma jugak. Mungkin encik boleh semak pusat servis dekat website perodua.
Hmm.. baru servis ke dua? Keta msh baru la ni. Meter baru berapa? 5,000? Masih semangat nak pegi antar Proton lagi ehh.. he he..
Meter baru je 5700km bro. Hehe.. Servis dekat Perodua ni bro, bukan Proton 🙂
kalau kereta lama pun free ke servis? dah lama rasanya kereta kancil terbengkalai kat luar rumah~
ps.tinggal kat balakong ke? hehe
Free servis ni hanya untuk kereta perodua yang dibeli selepas 15 Mac 2013 sahaja. Hehe. Terlepas la peluang tu.
Saya duduk dekat Serdang. Tak jauh la Balakong tu.
sonok jika ke pusat servis yg selesa
pusat servis toyota pun selesa
ada pc dan internet..
makan dan minum disediakan… hehehe
Wah.. Siap ada pc dan internet. Yang tu lagi menarik bro Sop.
Masih didalam tempoh jaminan elok hantar pusat serivs yang bertauliah. Jangan jadi macam kawan saya tukar timing belt dan didalam perjalanan pulang ke kampung timing belt putus. Kena turun enjin.
Itulah. Ikutkan dekat luar lagi murah. Tapi dalam tempoh jaminan lagi memang kena ikut apa yang telah ditetapkan.
dulu2 masa pakai kancil pun sangat puashati dgn servis mereka. tapi tak ingat pulak masa tu cam takde biskut2 pun. air mineral adelah… huhu
Hehe. Sekarang ni mungkin sebab persaingan jadi mereka perlu jaga hati pelanggan agaknya. Tu ada air kopi dan biskut semua tu.
Dulu masa pakai kereta myvi mmg suka p pusat service perodua nie..selain tak perlu menunggu lama sebab kereta memang akan siap dalam msa sejam pusat servis nie jugak ada menyediakan hidangan makanan buat semua pelanggan depa.. hehehe..sambil tunggu sambil makan la..hehehe
Nasib la Perodua letak biskut je kan. Kalau ramai orang macam kita ni, abis la kena sebat semua makanan dekat situ.
Kat Perodua Service SP depa jamu nasi lemak tau..hehehe
cantik tempat menunggu dia..kalau berjam sambil layan iPad, tak terasa..
kat Sp ni, kak hantar dan tinggal saja. dah siap baru ambik..
Sebelum ni pernah jugak tinggal dah siap baru ambik. tapi kalau sejam macam tak berbaloi pulak. Nanti sampai rumah kereta dah siap, nak kena keluar balik. Hehe
enak amen free service..hehehe
Memang enak kalau semuanya free kan.
Untung ler free :)Memang kena berhati2..kalau tak kena pancung.
Itu la pasal. Tiga tahun free servis memang menguntungkan jugak la. Hari tu pun suruh pasang itu ini. Tapi macam biasa la, kasi rejek. Tukar oil filter dengan minyak enjin je. Haha.
servis percuma adalah umpan untuk perkhidmatan yang lain…itu kira bagus juga kerana alat ganti Perodua adalah asli berbanding dengan bengkel kereta diluar sana
Jangan kena makan umpan sudah. Hehe. Kena tau jugak pasal kereta baru tak termakan umpan tu.
Competition dari car manufacturer utk lebih memberikan servis terbaik membawa kebaikan kepada pengguna…
Itulah. Kalau yang membawa kebaikan kepada pengguna memang dialu-alukan.
macam takde orang je. hehe..
Masa ni orang tak ramai lagi bro sebab baru lepas jumaat. keh3
terbaiklah ade tempat minum2 lak, kalu den lepak situ minum sampai siap haha
Haha. Memangpun bro. Minum jela air dah free. Rasapun sedap pulak tu.
den sekarang servis kat bengkel biasa jer…
Saya kalau dah abis warranty nanti terus beralih ke bengkel biasa. Sekarang kena jaga warranty dulu. Hehe
Kereta saya mileage dah dekat 100,000. Servis di kedai biasa aje, ahaks…
Hehe.. Dah diluar warranty takpe bro JR. Kalau tak nanti void warranty susah pulak.
Jgn lupa rujuk buku manual panduan servis tu. Bila masa yg sesuai perlu tukar bersama km. sy masih lagi servis di Perodua walaupun dah 100 000km. Tapi ‘sakit’ la sikit servis di pusat servis mereka..hehe..
Sy selalu servis kt Perodua Taman Bolton. Situ pun ada sediakan makanan ringan/air/suratkhabar/astro..
selalu memang ada balance minyak dia akan letak/tinggalkan dalam kereta..
Kereta baru ni biasa 1,000km, 5,000km dan 10,000km. Tak payah rujuk lagi. Hehe. Kalau dalam warranty dan nak alat ganti tulen, kena la buat dekat Perodua. Nanti dah abis warranty baru buat dekat luar.
amboi rajinnya dia buat review pasal pusat servis keta perodua. Time akak servis keta kat produa dulu akak belum ada blog lagi. Kalo tidak boleh akak berlagak kat awak, ‘eleh, org dah buat entry pasal ni dulu, boo!” heheheh…
Selesa kan pusat servis perodua ni. Tempat yg akak biasa pegi kat kuantan. Tak la sesibuk pusat servis balakong ni.
Saje nak cerita pengalaman. Samping tu boleh buat rekod untuk kereta sendiri. Hehe. Tak boleh la akak nak berlagakkan.. :p
A’ah. Selesa pusat servis ni. Besar dan luas. Hehe
memudahkan bila buat appointment lebih awal kan 🙂
Memang mudah. Sekejap je dah siap. Kerja diorang mudah, kerja kita pun mudah.
Hehe..saya pun biasanya booking lu..kalau tak booking jenuh la duk tunggu..
Betul tu. Diorang sendiri cakap kalau tak set temu janji memang akan ambik masa lama dan diorang tak boleh janji bila akan siap. Elok buat temu janji dulu sebelum hantar servis.
hehe aku dulu paling nyampah service dekjat perodua pasal nak tunggu lama
Tu sebab tak buat appointment la tu kan bro? Hehe
SA servis keta kat Proton Edar, dah xde free dah…ni masuk jer parking dalam tu dah dikenakan bayaran RM20, servis tukar minyak hitam ngan oil filter, pas tu mcm2 plak suh ganti..keta baru kot…xde makna nak layan..after this servis kat luar jer la…
Dengarnya servis kereta Proton ni memang mahal. Hehe. Perodua sekarang ni free je untuk tiga tahun. Tapi ada T&C la kan. Bukan free macam tu je. kalau dah abis tempoh warranty, servis dekat luar je. Murah sikit.
bagus jugak ek mcm tu… even tunggu lama takdelah rasa sgt kan… kalu tak udahla haus, pns lgi.. lapo lak…. kt sume pusat servis mcm ni ke lain2 yek… maklum lah dana nih tak penah sekali pun antar servis sume edy yg bt… kite tau pakai je heheheh
Rasanya kalau pusat servis yang besar-besar ada sediakan air panas dan biskut tu. Tapi tempat lain saya kurang pasti pulak. Hehe
Ok tempatnya kan, saya pernah la sekali kot teman suami pi services kereta kat perodua berhampiran dengan rumah ni. ok juga tempatnya.
Kalau pergi pusat servis yang besar-besar rasanya dah ok sekarang ni. Servis pun terbaik.
Sejam kalau tak ada minum-minum lama tu dik, tapi kalau ada hidangan ringkas tu yg best. Tempat kakak belum ada macam ini.
Hehe. Tak buat apa memang terasa jugak kak. Nasib ada air panas (milo, coffee) dan juga tv penghilang bosan.