• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pengangkutan Awam / Kembali Menggunakan Pengangkutan Awam

Kembali Menggunakan Pengangkutan Awam

By Hazmin Hamudin | 22 December 2017 | 13 Comments

Transit Aliran Ringan (LRT)

Usaha kerajaan mentransformasikan pengangkutan awam negara kepada pengangkutan awam bertaraf dunia yang memberi kebaikan kepada semua lapisan masyarakat sememangnya harus dipuji. Secara tak langsung menunjukkan komitmen diorang untuk meningkatkan taraf sistem pengangkutan awam supaya rakyat macam aku ni dapat menikmati khidmat pengangkutan awam yang lebih sistematik dan teratur.

Kesan kehilangan kereta wife aku, aku kembali menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik ke tempat kerja. Lebih tepat lagi menggunakan pengangkutan rel iaitu Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Petaling Line dan Kelana Jaya Line. Dulu lebih dikenali dengan nama Star LRT dan Putra LRT. Sekarang hanya tinggal kenangan je la nama tu. Kenapa tak naik bas? Rasanya semua sedia maklum yang LRT ni lagi efisen dari bas. Ke aku memandai-mandai je ni? Haha.

Lebih empat tahun dah aku tak menggunakan LRT ni sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja. Banyak dah perubahan aku tengok. Gerabak LRT dah baru. Stesen pun dah bertambah. Semua cantik. Kemudahan tandas untuk melepaskan hajat dengan surau untuk bersolat pun selesa. Masa menunggupun masa lagi sama. Dalam 2-3 minit train dah sampai. Kira ok la tu kan.

Transit Aliran Ringan (LRT)

Ada faedah ke guna pengangkutan awam ni pergi kerja? Kalau dulu ya boleh jimat banyak kalau guna LRT ni kalau pergi kerja. Dulu ada pas bulanan RM100 boleh naik LRT sampai muntah selagi LRT tu boleh dinaik. Sekarang ni takda dah pas bulanan macam tu. Masih lagi jimat, tapi takda la jimat banyak mana pun.

Jimat masa? Sorry sikit. Walaupun orang cakap naik kereta lagi cepat kalau masuk KL tu sebab jalan jammed sana sini. Aku naik kereta ulang alik pergi kerja lagi cepat je sampai office dengan rumah. Macam mana tu? Jadi, bab jimat masa ni aku tak setuju. Penat lagi ada la bila naik LRT ni dengan kena tukar train. Belum kira bab berdiri masa peak hour tu. Dekat 20 stesen woi kena berdiri. Naik kereta hadap jammed pun tak penat macam ni. Nak jimat masa dengan duit, naik motor. Ni betul.

Ni semua pendapat aku la. Lain orang mungkin lain pendapat. Mungkin juga lagi jimat masa dan duit berbanding guna kereta. Aku pergi kerja naik LRT semula ni pun sebab kereta wife aku kena curi. Jadi, dia guna kereta aku. Aku kenalah naik LRT. Kalau tak memang tak kuasa la aku nak naik. Sampai bila? Tunggu la aku ada alternatif lain, aku stop la balik naik LRT.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Liza Razak 15 May 2018 at 2:52 PM

    Ya betui jimat masa dan berbaloi dulu sy pun x suka bawa LRT hehe

    Reply
  • Nadratul Syazwana 5 April 2018 at 12:25 AM

    Nad jarang sangat naik public transport. Bukan sebab apa, sebab tak reti. Tak familiar dengan jadual diorang dan taktau platform mana ke apa -.-‘ Tapi pernah je naik, ikut orang hehe :p

    Reply
  • Teena Tna 2 March 2018 at 12:50 PM

    Waktu saya kat korea dulu memang subway is the main transport. Bila naik MRT kat Malaysia, terimbau kenangan waktu kat Korea. Biasa saya naik MRT sebab nak jalan-jalan round KL, tp kalau nak pergi kerja tak tau lah pulak boleh jimat duit/masa. Tapi mcm sama je ye.

    Reply
  • Saliza sachari 17 February 2018 at 12:56 PM

    Lama tak naik LRT.

    Reply
  • Saliza sachari 17 February 2018 at 12:55 PM

    Da lamanya tak naik LRT , sebab kawasan klang xde lagi. Baru-baru kerajaan da ada plan nak buat LRT keliling klang.

    Reply
  • Gja 22 January 2018 at 12:43 AM

    Saya memang suka naik transport awam sebab nak elak jammed

    Reply
  • reezluv 5 January 2018 at 9:34 PM

    aku penah naik train pergi dan balik kerja..msa tu ikut orang je..itu pun dh rasa macam tak sanggup nak pergi hari-hari..bagi yang selalu tu..rilek je tido dalam train..mmcm bau…fuh

    Reply
  • titan 28 December 2017 at 1:01 AM

    yup.

    naik pengangkutan awam dia double triple penatnya.

    aku tahu sebab dah pernah rasa.

    melainkan..tempat kita ulang alik tu dekat.

    kalau jauh..tukar train lagi..

    naya beb. jimat duit mungkin. tapi bab masa dan penat..itu takde sangat la jimatnya.

    naik kereta lagi jimat secara overall.

    hoho

    Reply
  • encikhafiz.com 27 December 2017 at 10:23 AM

    Assalamualaikum admin. terima kasih atas perkongsian ini. bagi saya sendiri yang bekerja di KL, pengangkutan awam amatlah penting sebab saya bergaji kecil sahaja. kalau naik kereta memang tak mampu

    Reply
  • azrinros 26 December 2017 at 3:42 PM

    Tempoh hari ke Pulau Pinang secara backpackers pun naik bas dari TBS sampai ke Pulau Pinang. Pengalaman yang best setelah lama tidak menaiki bas untuk perjalann jauh.

    Reply
  • Nina Mads 25 December 2017 at 11:47 PM

    takziah dgn kejadian tu.. dh dpt kesan ke kereta? sy lebih selesa naik moto. mana la ada lrt kt penang ni hehe

    Reply
  • Khamsi Abdullah 24 December 2017 at 8:51 PM

    Takziah bang atas kehilangan keta wife tu. Saya nasib ada motor, kalau tak saya pun memang akan guna tren. Selesa.

    Reply
  • Mawardi Yunus 22 December 2017 at 3:36 PM

    Alhamdulillah, lrt okay lagi. kalau komuter hazablah hehe. moga dipermudahkan urusan .

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kuatkan Tulang Yang Dah Kendur Di Gym KBS Putrajaya

By Hazmin Hamudin

Aksi Pelik Penculik, Mangsa Diarah Jilat Kaki Penculik

By Hazmin Hamudin

Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

By Hazmin Hamudin

Kerja… Kerja… Kerja…

By Hazmin Hamudin

Kembali Menggunakan Pengangkutan Awam

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in