• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Rojak Ayam NZ Garden Cafe Jalan Ampang

Rojak Ayam NZ Garden Cafe Jalan Ampang

By Hazmin Hamudin | 5 September 2013 | 45 Comments

Rojak Ayam NZ Garden

Rojak ayam NZ Garden Cafe, Jalan Ampang ni la yang aku makan untuk lunch hari ni. Kedai mamak je pun. Nama bukan main lagi. Niatnya nak makan makanan yang tak terlalu berat sebab tak terasa lapar sangat. Nak ringan-ringan katanya. Sekali silap langkah pulak pergi order rojak ayam ni.

Sekali sampai, hambik ko menggunung rojak dia. Dengan telur sebiji dia letak. Ingatkan sikit. Nak sangatkan makan yang ringan-ringan. Haha. Memang tak habis la aku makan gamaknya rojak ayam ni. Rasa? Kuah dia bagi aku agak manis. Dah sah-sah la deria makan aku awal-awal lagi dah reject. Cepat muak makan kuah rojak manis-manis ni. Ke memang semua rojak macam ni?

Rasa macam tak lengkap pulak makan rojak tanpa cendol semangkuk. Apakan daya, dekat sini takda jual cendol. Hadap jela dengan teh O ais limau. Jemput makan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Puan Kutu 8 September 2013 at 2:33 PM

    nmpk macam menyelerakan..nk mkn rojak sedap bukan kedai mamak tempatnya.begitu juga murtabak..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:06 PM

      Rojak sedap dekat mana yang sedap tu?Hehe

      Reply
  • TehR 6 September 2013 at 11:52 PM

    memang banyak juga tu, bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:06 PM

      Itulah..Tak habis pun tu.

      Reply
  • Ismail N 6 September 2013 at 9:13 PM

    Kawe kalau rojak prefer rojak daging..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:06 PM

      Rojak daging pun ada jugak ye. Pertama kali dengar ni.

      Reply
  • hazman aka species1980 6 September 2013 at 3:43 PM

    Kalau makan kat mana-mana kedai mamak confirm diorang suruh order yang extra…. dari mee goreng boleh jadi mee goreng ayam… hahahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:05 PM

      Betul tu.. Hehe.. Kalau dah biasa boleh tepis macam tu je.

      Reply
  • KesumaAngsana 6 September 2013 at 11:10 AM

    pergh nampak sedap kuahnyer tu.. done clik2 nuffnag yer

    Reply
  • Hafizul 6 September 2013 at 8:42 AM

    Perghh nampak macam best aje rojak ni..haha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:03 AM

      Hehe. Mungkin ada yang suka. Portion pun banyak.

      Reply
  • kakiblog 6 September 2013 at 7:16 AM

    sila-silakan makan..semoga bergembira

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:02 AM

      Kenyang dah bro. haha

      Reply
  • papa mifz 6 September 2013 at 1:14 AM

    melimpah ruah kuah rojak tuh yer…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:02 AM

      Nampaknya macam tu la PM. Memang muak jugak la.

      Reply
  • titan 5 September 2013 at 11:59 PM

    aku nampak merah aje..ni rojak ke sambal merah ni. haha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:02 AM

      Kah3… Sambal merahpun boleh..

      Reply
  • Bahrain 5 September 2013 at 11:44 PM

    rojak ayam pun ada gak, ingat rojak betis je ada..hahaha.manis2x nilah yang aku suka..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:01 AM

      Rojak betis tu rojak buah letak betis.. Haha..

      Reply
  • AUC 5 September 2013 at 11:28 PM

    aduhhh, silap buka pulak post ni
    buat terliur je
    mana nak cari malam2 buta ni huuhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 11:35 PM

      Kena pergi kedai mamak 24 jam la bro AUC. Tu pun kalau ada la. Hehe

      Reply
  • tihara 5 September 2013 at 8:04 PM

    waw kuah banjir tu..
    tapi kalau kuah dia manis sangat memang rasa macam eee..
    tapi dah rezki kan 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 11:35 PM

      kalau dah rezeki kena la makan jugakkan. Hehe. Sape suruh order rojak.

      Reply
  • suriaamanda 5 September 2013 at 4:54 PM

    haaaaa…..apa sebabnya dah x leh terima makanan manis tu?dah cukup maniskah?
    hehehe…SA sedang karang citer pasal rojak jugak..tp ini rojak popular Kuala Pilah…rojak Berahim katanya…terjumpa masa pi open house rumah kawan adik SA…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 11:34 PM

      Sebab manis sangat tak sedap. Air manis pun tak sedap. Hehe. Wah.. Nanti boleh la baca cerita rojak edisi SA pulak.

      Reply
  • Wak Gelasâ„¢ 5 September 2013 at 4:50 PM

    dh namenyer mamak mestilah manis2 belaka, kata nak yg ‘hitam manis’..kehh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 11:33 PM

      Haha. Pandai pulak wak bergurau senda ye.

      Reply
  • Mak Lagenda 5 September 2013 at 4:48 PM

    Mcm ni mkn ringan2? Ahahaha..mmg patut pun x abes tu bro.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 11:33 PM

      Haha.. Kalau angkat pinggan tu ringan la jugak mak..

      Reply
  • Mrs.Secretary 5 September 2013 at 4:44 PM

    1st time dengar pasal rojak ayam..tgk mcm pasembor pun ada..hehehe
    tapi mesti sedap kan.. 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 11:32 PM

      Ala.. Rojak tu letak je ayam goreng. Jadi rojak ayam. Hehe.

      Reply
  • Nastyna 5 September 2013 at 4:40 PM

    Hoooo ringan-ringan la konon. Melimpah pinggan rojak tu, kalau pedas boleh layan ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 11:32 PM

      Haha. Tu la pasal. Macam mana boleh ter order rojak pulak. kat German ada tak rojak? hehe

      Reply
  • yui 5 September 2013 at 4:12 PM

    nmpk kuah dia menarik sgt..

    syiok dpt sebji telor..sedap2..hihi..

    jrg kedai mamak ada cndol..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 11:31 PM

      Memang takda rasanya cendol dekat kedai mamak ni yui. Kalau ada tu memang ‘rare’ la kan.

      Reply
  • akubiomed 5 September 2013 at 3:49 PM

    Pernah 2 kali makan di sana kerana menghadiri event.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 11:31 PM

      Makan menu ada bro dekat NZ Garden ni?

      Reply
  • Nafira 5 September 2013 at 2:58 PM

    saya kalo makan rojak mamak mesti kena ade mee.. lagi bertambah2 banyak kan~ sesekali memang layan makan rojak nih.. kalo selalu sangat muak jugak..

    owh.. rojak memang geng lah ngan cendol~ sedap kan~ nikmat jer kat tekak.
    kalo ngan teh o limau kureng sket lah gengnye~ kikikiki

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 11:30 PM

      Hehe. A’ah.. Ada jugak rojak mee kan. Kalau dengan cendol lagi muak sebab ada santan.

      Reply
  • lieyalatif 5 September 2013 at 2:28 PM

    kalo akak pun mau kene share tu baru abis…..

    akak rase mmg semua rojak manis2 laa …cume kalo manis tu dilawan dgn pedas gile2 baru kick kan….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 2:39 PM

      Itulah. Ni manis je memang muak habis la. Akibatnya tak habis makan. hahaha

      Reply
  • Henrietta Jose 5 September 2013 at 2:24 PM

    yummy…dah lamer sangat dah xmakan rojak…semalam nmpak rojak…tpi dah kenyang makan nasi…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 2:37 PM

      Lepas ni boleh la cari rojak pulakkan. Hehe

      Reply
  • Joe 5 September 2013 at 2:21 PM

    Memang muak kalau makan kuah manis sangat.. Memang sesuai oder teh o ais limau untuk kurangkan rase manis.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 2:35 PM

      Itulah. Nasib tak salah order air. Kalau tak bertambah muak la.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Laman Web Blogger Pulak Kena Block

By Hazmin Hamudin

Sekarang Ni Musim Artis Jadi Penyampai Radio Ke?

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Kenangan Kucingku

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Apa Yang Anda Faham?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in