• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / KL Oh KL…

KL Oh KL…

By Hazmin Hamudin | 23 February 2011 | 4 Comments

Assalamualaikum / Salam Sejahtera semua.

Seperti yang korang semua tahu, aku telah ke Cherating untuk menghadiri bengkel dan mesyuarat selama tiga hari. Alhamdulillah… Aku aku telah selamat pulang semula ke Kuala Lumpur pada pukul 8.00 pm tadi. Segala matlamat dan objektif selama tiga hari aku dekat sana telah tercapai dan selepas ini aku kenalah menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai Juruaudit Dalaman dekat ofis. Tugas yang aku rasakan cukup berat untuk dipikul disamping tugas-tugas hakiki yang terpaksa aku lakukan.

Kalau dah dekat Cherating sudah tentulah pantai dan laut tidak boleh dipisahkan. Tenang… Damai… Itulah yang dapat aku rasakan selama aku berada di sana. Dekat KL ada tak suasana macam tu ye? Kalau ada sumpah aku nak pergi. Boleh tenangkan minda, lari daripada kesesakan lalu lintas dan hiruk pikuk ibu kota. Memang aku rasa tenang sangat bila lepak tepi pandai sambil menghirup bayu laut dan dengar bunyi ombak.

Selama tiga hari ni jugak, blog aku terpaksa ditinggalkan memandangkan aku takda laptop. Sudah tentu aku tak boleh nak update apa-apa entri masa dekat sana. Memang cukup lama aku rasakan tiga hari tanpa blog, tanpa apa-apa entri. Dah cukup berhabuk dah aku rasa blog ni. Takpa, lepas ni aku akan update semula blog ni.

Cerita serta gambar-gambar sepanjang aku dekat sana pula, nanti aku update ok. Sekarang ni memang tak dapat la sebab aku terlalu penat dan gambar-gambar pulak banyak dekat kamera orang lain. Bila dah dapat semua gambar, aku akan update untuk tatapan semua pengunjung blog. Ok la, rasanya aku perlukan rehat setelah penat menempuh perjalanan balik yang jauh. Terima kasih kerana masih lagi sudi datang ke Blog Hazmin.
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 24 February 2011 at 7:13 AM

    @bella nabila
    nak jugak ape tu? hehe

    Reply
  • bella nabila 24 February 2011 at 12:45 AM

    huhu…nak jugak..

    Reply
  • Hazmin 23 February 2011 at 2:21 PM

    @Nurul Afifah
    ok…nanti hazmin upload pic..tapi kena sabar la sebab pic bersepah n kawan jauh2..kena tggu dorang send.

    Reply
  • Nurul Afifah 23 February 2011 at 2:19 PM

    nak tggu gambar~

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Almy Nadia Patah Jari Kaki Akibat Tersadung

By Hazmin Hamudin

Lampu Signal Bernilai RM 3k !!!

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Pesta Cahaya 2013

By Hazmin Hamudin

Surat Pengesahan Dalam Jawatan

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #5

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in