• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Seniman Negara 1955, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal Meninggal Dunia

Seniman Negara 1955, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin | 31 July 2011 | Leave a Comment

Datuk Syed Ahmad Syed Jamal

Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di sini, kira-kira 10 malam tadi. Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu, Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki.

Allahyarham yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951. Allahyarham kemudian menyambung pengajian di Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Pada 1955 hingga 1956, Allahyarham meneruskan pengajian di Institute of Education, University of London bagi mengambil sijil pengajaran dalam bidang seni disusuli dengan pengajian di School of Art Institute of Chicago, Illinois, Amerika Syarikat pada 1963 hingga 1964 sebelum mengikuti pengajian Sarjana di University of Hawaii dalam bidang seni pada 1973 hingga 1975.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari 1958 hingga 1959.

Allahyarham antara tokoh memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Hukum Menyambut Valentine’s Day

By Hazmin Hamudin

Big Bad Wolf Sale 2012 Di MIECC

By Hazmin Hamudin

Presiden Libya Muammar Gaddafi Disahkan Terbunuh

By Hazmin Hamudin

11 April Cuti Umum Sempena Pertabalan Agong

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Beli Dua Atau Satu?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in