UiTM Shah Alam – Kuala Lumpur (Dataran Merdeka)

Start venue: UiTM Shah Alam
Start time: 1300 hrs
Finish venue: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Estimated time of arrival: 1514 hrs
Sumber : ltdl
Hari ini Le Tour de Langkawi 2011 melabuhkan tirainya. Perlumbaan dengan jarak 104.6km bermula di UiTM Shah Alam pada pukul 1.00 petang dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.Pada peringkat ke 10 ini terdapat dua zon pendakian (KOM) dan tiga zon pecutan (sprint).
KOM pertama berlangsung di Bukit Cahaya Alam dan seterusnya di Puncak Alam. Manakala sprint pertama adalah di Paya Jaras manakala sprint yang kedua dan ketiga adalah di Dataran Merdeka.
KOM yang pertama di Bukit Cahaya Alam dimenangi oleh Jiao,P (226) dari pasukan Max Success Sports Cycling manakala KOM kedua di Puncak Alam berjaya dimenangi oleh Loh, Sea Keong (103) daripada Malaysia. Bagi sprint yang pertama di Paya Jaras telah dimenangi oleh pelumba dari Terengganu ProAsia Cycling iaitu Salleh,Mohd Harrif (144). Bagi sprint kedua dan ketiga di Dataran Merdeka pula telah di menangi oleh Anuar Manan (142) dari Terengganu ProAsia Cycling.
Berikut adalah keputusan penuh untuk peringkat ke-10 dari UiTM Shah Alam ke Dataran Merdeka :