Senarai Jalan Yang Ditutup Sempena Citrawarna Malaysia 2012. Berikut adalah senarai beberapa jalan-jalan di sekitar ibu negara yang akan di tutup pada 19 Mei 2012 (Sabtu) sempena perarakan Citrawarna Malaysia 2012. Tahun ini merupakan tahun ke-14 acara Citrawarna 1Malaysia 2012 diadakan.
Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, jalan akan ditutup pada hari Jumaat mulai pukul 9 malam hingga 12 tengah malam. Manakala semasa acara Citrawarna, jalan ditutup mulai pukul 4 petang hingga 1 pagi. Acara dimulakan pada pukul 8 malam.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak melalui jalan-jalan tersebut bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Jalan ditutup sempena perarakan Citrawarna Malaysia 2012
- Jalan Hishamuddin (dari arah bulatan Hishamuddin)
- Jalan Raja
- Jalan Mahkamah Persekutuan
- Persimpangan Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Kasturi
- Persimpangan Jalan Medan Pasar/Jalan Tun Perak
- Bulatan Datuk Onn (arah ke Jalan Tun Perak)
- Jalan Raja Laut
- Jalan Isfahan
- Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Dang Wangi
- Persimpangan Jalan Dang Wangi/Jalan Munshi Abdullah
- Jalan Tuanku Abdul Rahman
- dan kawasan Dataran Merdeka.
Inilah peluang pelancong luar negara yang berada di negara ini untuk menonton budaya majmuk di Malaysia.
leh rancang perjalanan dan elakkan dri lalu jln2 berikut.. 🙂