• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Perayaan / Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 2012 / 1433 Hijrah

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 2012 / 1433 Hijrah

By Hazmin Hamudin | 17 July 2012 | Leave a Comment

Melihat Anak Bulan Ramadhan

Beberapa hari lagi kita umat islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. Sedar tak sedar terasa begitu cepat masa berlalukan. Dengan itu juga tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menunaikan rukun Islam yang ke empat iaitu berpuasa di bulan Ramadan.

Bagi aku cukuplah sekadar sederhana sahaja dalam berbelanja di bulan puasa nanti. Tak perlulah untuk berbelanja mengikut hawa nafsu yang melampau kerana kelak pasti akan membazir. Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan ramadhan yang mulia sekali lagi.

Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2012 bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Khamis, 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang akan disiarkan melalui radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.

Tempat Melihat Anak Bulan Ramadan

Johor
Pontian Kecil

Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara

Negeri Sembilan
Teluk Kemang, Port Dickson

Selangor
Bukit Melawati, Pulau Angsa, Bukit Jugra, Balai Cerap, Sabak Bernam

Perak
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong

Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Kedah
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah , Pulau Langkawi, Menara Alor Setar

Terengganu
Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian,  Balai Cerap KUSZA, Setiu

Kelantan
Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai , Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu

Sarawak
Tanjung Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu

Sabah
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil

Pahang
Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan

Labuan
Menara Universiti Malaysia Sabah

Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Perlis
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Memang Puas Hati Makan Dekat Sini

By Hazmin Hamudin

Pelik Ke Lelaki Membaca Novel?

By Hazmin Hamudin

Penggodam Anonymous Ingin Menyerang Facebook

By Hazmin Hamudin

Jangan Jadikan Facebook Sebagai Tempat Melepaskan Perasaan

By Hazmin Hamudin

Durian Oh Durian

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in