• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Terkini / Sah Nikah Di Mana-Mana Sahaja

Sah Nikah Di Mana-Mana Sahaja

By Hazmin Hamudin | 21 March 2011 | 2 Comments

Berita Kosmo! hari ni ada menyiarkan mengenai berita yang agak mengejutkan umat islam seluruh Malaysia. Mana tak nya, menurut salah seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh bahawa akad nikah di masjid seperti yang dilakukan oleh kebanyakan rakyat islam di Malaysia ni menyimpang daripada ajaran islam dan lebih mengejutkan lagi dakwa beliau perkara tersebut merupakan amalan Krsitian. Berikut merupakan petikan daripada akhbar Kosmo! Online.

KANGAR – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Sumber : Kosmo!

Perkara ini mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom lalu mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut. Jom baca apa pula kata Menteri yang bertanggungjawab.

ALOR SETAR, 21 Mac (Bernama) — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata tindakan itu sebaliknya memudahkan tugas imam yang terpaksa menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.

“Kalau imam terpaksa menikahkan banyak pasangan pada hari yang sama, lebih mudah ia diadakan setempat seperti di masjid.

“Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi salah satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Sumber : bernama

Harap isu ini tidak berpanjangan dan semua rakyat Malaysia jelas dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Semua orang ada akal dan boleh menilai sendiri sama ada perkara tersebut salah atau pun tidak dari segi hukum. Masjid sendiri boleh dikatakan sebagai rumah Allah dan tempat yang mulia, takkan boleh dibandingkan dengan gereja pulakkan. Macam mana pula dengan adat-adat Melayu seperti upacara bersanding yang mana memang sudah jelas mengikut agama hindu. Anda sendiri fikir-fikirkan…
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • cik tom 25 April 2012 at 12:16 AM

    hmm…

    Reply
  • S A Y A N G 21 March 2011 at 1:58 PM

    aik????!!!

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Siang Malam Minum Starbucks Coffee

By Hazmin Hamudin

Floria Putrajaya 2011 | Ros Untuk Selamanya

By Hazmin Hamudin

Makan Tengah Hari Blackpaper Chicken With Rice

By Hazmin Hamudin

Kes Penipuan Hard Disk Di PIKOM PC Fair

By Hazmin Hamudin

Korang Dah Bayar Zakat Fitrah?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in