• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Food / Roti Subway Malaysia Selamat Dimakan

Roti Subway Malaysia Selamat Dimakan

By Hazmin Hamudin | 19 February 2014 | 46 Comments

Bahan Kimia Dalam Roti Subway

Sebelum ni heboh jugak dekat media sosial yang mengatakan bahawa roti Subway ni menggunakan bahan kimia yang merbahaya. Aku je terlambat sikit nak update pasal benda ni. Bahan kimia tersebut dikenali sebagai ‘azodiacarbonamide’ dikatakan terkandung di dalam roti keluaran syarikat Subway.

Gila ke apa kalau tak risau. Dah la semenjak dua menjak ni kemain kerap aku berkunjung ke Subway ni. Menu pun simple tak berat sangat. Yang penting mengenyangkan. Rasapun kena dengan selera aku. Lepas dapat tahu berita ni kira goyah jugaklah nafsu aku nak ke Subway lagi. Karang tak pasal-pasal sakit pulak bila makan Subway.

Menurut laporan terbitan USA Today, syarikat sandwic dari Amerika Syarikat itu sedang dalam proses untuk tidak menggunakan ‘azodiacarbonamide’ di dalam roti mereka setelah seorang blogger Vani Hari dari laman web FoodBabe.com memulakan petisyen setelah mendapati syarikat berkenaan menggunakan kimia itu. Beliau mendakwa bahan kimia yang sama digunakan untuk meningkatkan keanjalan untuk tikar yoga dan kasut getah.

Gila apa makan bahan untuk buat tikar yoga dengan kasut getah. Masa aku makan roti Subway ni takda pulak rasa anjal macam getah. Jauh sekali rasa macam chewing gum semasa mengunyah. Haha.

Tapi perkara tersebut hanya berlaku di Subway Amerika Syarikat dan pihak Subway Malaysia juga telah menafikan mereka telah menggunakan bahan kimia berbahaya tu. Ini kerana pihak Subway Malaysia menggunakan roti daripada pembekal tempatan. Jadi tak perlu risau lagi kalau nak makan [sumber].

Agak-agak ramai ke peminat Subway di kalangan pembaca blog ni? Korang masih makan lagi ke atau dah berhenti bila dapat tahu berkenaan dengan isu ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • azmin 2 August 2015 at 5:24 PM

    sedap ke sangat haha

    Reply
  • Dr Fattah 27 January 2015 at 5:48 AM

    di malaysia, kebanyakan pembekal makanan ada status halal.

    Reply
  • kamal 16 March 2014 at 8:57 PM

    Semoga akan terjawab isu yang beredar selama ini.

    Reply
  • jep wan 10 March 2014 at 2:09 PM

    diantara burger bakar n subway. aku pilih subway.

    Reply
  • suriaamanda 27 February 2014 at 11:49 AM

    tu la..diorang ni cepat sangat melatah kan….x paham la…sikit2 nk melatah…

    Reply
  • Strider 21 February 2014 at 10:38 AM

    Walaupun aku tak berapa minat nak makan subway, but its good to hear this..at least kalau ada orang offer takde laa ragu ragu lagi nak telan..menabung ikea sini..

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • ema 20 February 2014 at 4:28 PM

    baru dua kali je makan Subway ni..entah tak berapa minat dengan burger nya kot

    Reply
  • onlajer 20 February 2014 at 4:10 PM

    jujur aku tak pernah makan lagi dekat subway, lalu depan subway ada le

    Reply
  • syaifuddin alias 20 February 2014 at 3:41 PM

    besaq nya.. kalau dapat ngap dengan bro ni baru best..hehehe

    Reply
  • Sop 20 February 2014 at 1:00 PM

    blom pernah dgr
    lama juga dah xmkn subway ni 🙂

    Reply
  • hazmanfadzil 20 February 2014 at 10:02 AM

    Inilah impak yang sering berlaku dalam industri francais…. dan pegawai berkenaan memang kena peka bila benda sebegini tersebar… statement pencerahan perlu diwar warkan bagi mengelak kekeliruan pengguna

    Reply
  • Hafizul 20 February 2014 at 1:01 AM

    Emm susah nak jumpa menda ni kat Jerteh..haha..apa-apa pun thanks kongsikan..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 February 2014 at 9:38 AM

      Luar KL memang susah sikit nak jumpa rasanya ni. Hehe

      Reply
  • titan 19 February 2014 at 11:24 PM

    tak pernah lagi aku makan benda nih..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 February 2014 at 9:38 AM

      Ko makan cendol je.

      Reply
  • Syahril Hafiz 19 February 2014 at 10:54 PM

    Tak follow up pulak aku dengan Subway ni, lagipun kat kedah setau aku baru satu cawangan buka kat Aman Jaya Mall, tu pun bukan selalu pergi. Benda hot ni memang biasanya mula dari francais dia dari luar, contoh macam Mcd sudah lah.. Macam2 hal, tapi kita ni selagi JAKIM dan badan berkaitan jalan tugas dengan baik jangan risau.. Was was pun jangan. Makan saja 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 11:24 PM

      Ni bukan isu halal haram tapi bahan kimia digunakan untuk buat roti tu berbahaya. Tapi rasanya Subway Malaysia selamat ni. Haha. Sedapkan hati.

      Reply
  • MK Kimi 19 February 2014 at 7:57 PM

    asal aku tak pernah dgr pon isu ni? damn

    Pernah lah jugak bbrp kali bila turun bas kat TBS, singgah subway jap, isi perut

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 10:22 PM

      Baru je lagi dalam seminggu dua pasal isu ni bro. Hehe.

      Reply
  • Farid Laham 19 February 2014 at 7:39 PM

    biar betul..nasib tak beli huhu..aritu dah nak beli utk sarapan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 10:22 PM

      Dekat Malaysia boleh je nak beli. Kes tu dekat Amerika Syarikat.

      Reply
  • kakiblog 19 February 2014 at 6:21 PM

    rata-rata makanan guna bahan kimia sebagai pengawet,pewarna dan perasa..kita tak kecoh pun..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 10:21 PM

      Sebab bahan kimia ni digunakan untuk buat barang yang bukan makanan kot bro. Hehe

      Reply
  • sukma 19 February 2014 at 4:52 PM

    tak pernah makan lagi…kat melaka tak der pulak branch subway nie…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 10:21 PM

      Dekat lembah kelang bukan main banyak lagi cawangan Subway ni. Pelik jugak dekat negeri lain susah nak dapat ye.

      Reply
  • Mus 19 February 2014 at 4:24 PM

    tak pernah merasa lagi subway ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 10:20 PM

      Mesti tempat bro tinggal takda Subway ni kan.

      Reply
  • hafizmd 19 February 2014 at 4:03 PM

    Aku jugak yg belum sempat nak singgah subway ni

    tpi kat kantin opis isteri aku kerja, ada makcik kantin tu buat ala2 subway breakfastnye…roti biasa2…tp pilihlah sendiri nak tambah ape..hebat betullah makcik tu…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 10:19 PM

      Hebat jugak ye makcik tu buat roti ala-ala Subway jugak. Kalau rasa sedap dan harga berpatutan mesti dapat sambutan tu.

      Reply
  • suriaamanda 19 February 2014 at 3:08 PM

    SA suka gak tapi xde la beli selalu…asal terasa nak makan subway SA pi je kat KL Sentral..outlet sini ramai..so kena la pi awal2…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 3:54 PM

      Mana-mana Subway boleh tahan jugak ramai SA. Tapi kalau beratur tak lamapun sebab servis cepatkan.

      Reply
  • sweetkurma 19 February 2014 at 2:39 PM

    suka juga makan di subway

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 3:54 PM

      Ramai jugak peminat Subway ni ye kak. Lepas ni boleh makan dengan aman.

      Reply
  • hafiz 19 February 2014 at 2:32 PM

    baguslah kalau berita ini tak benar…aku suka juga makan roti subway

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 3:53 PM

      Menu yang ringkas, sedap dan mengenyangkan. Nasib Subway Malaysia tak terlibat.

      Reply
  • Dkna Abza 19 February 2014 at 2:25 PM

    fuh! tertiba cuak bila baca bab kenyal tu haa..cam chewing gum… hehehee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 3:52 PM

      Haha. Bayangan je bab kenyal tu.Rasanya selamat kalau nak makan Subway Malaysia ni.

      Reply
      • hafizmd 19 February 2014 at 4:04 PM

        kalau berlaku kat luar negara, biasanya kita tak terlibat….of courselah subway tempatan ambil roti tempatan…kalau import…lagilah mahal subwaynye nanti…hohoh..logik tak bro?

        Reply
        • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 10:18 PM

          Risau jugak walaupun roti tempatan takut dia gunakan bahan ramuan yang sama untuk membuat roti. Harap tak la kan.

          Reply
  • JR 19 February 2014 at 12:35 PM

    Nak komen pun tak reti sebab tak pernah lagi makan roti Subway sebab di tempat saya tak ada Subway..huhuhu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 3:52 PM

      Hehe. Takpa, nanti datang KL bro JR boleh cuba Subway ni.

      Reply
  • akubiomed 19 February 2014 at 9:38 AM

    Saya baru 2 kali makan di Subway. Secara jujur saya suka. Terkejut dengan berita ini.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 12:24 PM

      Itulah, saya masa mula-mula dengarpun agak terkejut sebab selalu makan di Subway. Mujur Subway Malaysia menggunakan roti pembekal tempatan. Boleh sambung makan balik.

      Reply
      • akubiomed 19 February 2014 at 12:35 PM

        Boleh cadang menu Subway yang patut saya cuba?

        Reply
        • Hazmin Hamudin 19 February 2014 at 3:51 PM

          Bro dah makan menu yang mana untuk dua kali tu? Mungkin boleh cuba Italian BMT, Turkey Breast & Chicken Slice, Tuna pun sedap jugak. Saya rasa yang menyedapkan adalah pemilihan roti dan juga sos yang dipilih. Roti selalu orang akan order wheat atau parmesan oregano.

          Reply
      • hafizmd 19 February 2014 at 4:04 PM

        silakan sambung…hahahaha

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday #5

By Hazmin Hamudin

Gara-Gara Hujan Pagi

By Hazmin Hamudin

Giveaway Yanmieonline.com

By Hazmin Hamudin

Jangan Nak Monday Blues Sangat

By Hazmin Hamudin

Korang Dah Bayar Zakat Fitrah?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in