• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Tip Blogging / Penting Ker Kontroversi Dalam Blog ?

Penting Ker Kontroversi Dalam Blog ?

By Hazmin Hamudin | 20 February 2011 | 9 Comments

Berdasarkan pengalaman aku yang baru beberapa bulan dalam berblogging ni, tajuk setiap entri dan isi yang kita hendak sampaikan kepada pembaca adalah sangat penting dalam menarik perhatian semua pembaca untuk singgah ke blog kita. Ya… Tajuk dan entri yang menarik dan barbaur kontroversi memang menjadi kegilaan sesiapun sahaja untuk membacanya.

Kontroversi bagi dunia pemasaran adalah sebuah upaya untuk mendatangkan pemberitaan. Tidak peduli sama ada pemberitaan itu bersifat positif atau pun negatif, yang penting sebuah pemberitaan akan mendatangkan keuntungan bagi sesuatu blog tersebut.

Sebagai contoh baru-baru ini aku ada membuat entri mengenai blog list Izamir Ridzwan (IR) yang terkenal dengan blog lebahnya (Boleh baca di SINI. Dekat dalam entri aku tu ayat yang aku gunakan agak kontroversi sedikit. Tapi sebenarnya tidaklah aku bermaksud macam tu. Cuma melawak semata-mata la kan. Dengan berbuat entri seperti itu sedikit sebanyak saudara IR telah membantu mempromosi blog aku dan trafik terus meningkat secara mendadak. Bukan sahaja surat khabar yang perlu cerita-cerita kontroversi seperti artis, tetapi kita sebagai blogger juga perlukan entri dan tajuk seperti itu untuk mempromosikan blog sekaligus menarik pembaca untuk datang membaca.

Tetapi kontroversi yang dipilih biarlah beretika dan cerita-cerita yang disampaikan tidak menipu pembaca. Seeloknya tajuk dan cerita biarlah selari iaitu cerita tidak menyimpang daripada tajuk entri. Sebelum menyiarkan cerita yang kontroversi biarlah diselidiki dulu kebenaran cerita tersebut supaya tidak mengaibkan  mana-mana pihak. Berblog biarlah beretika dalam menceritakan sesuatu perkara. Biarlah trafik sedikit tetapi kita tidak menjatuhkan mana-mana pihak yang lain.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 20 February 2011 at 12:30 PM

    @Nurul Afifah
    Betul tu..saya pun dah byk kali terkena dgn tajuk2 yg pelik.

    Reply
  • Nurul Afifah 20 February 2011 at 12:24 PM

    btol3..tajuk yg kontrovesi la yg dpt trik reader..

    Reply
  • Hazmin 20 February 2011 at 12:04 PM

    @EdY Zaidi
    tu la..rasanya blog pun kena macam tu jgk kot..baru boleh naik..hehe

    @cik sakura
    kalau suam suam kuku tu yang blog pun suam suam kuku jugak. hehe..

    Reply
  • cik sakura 20 February 2011 at 11:56 AM

    panas2..cik sakura xreti nak kontroversi ni..suam2 kuku je di blog..

    Reply
  • EdY Zaidi 20 February 2011 at 11:38 AM

    macam artis la..kadang2 kontroversi tu dieorg yg reka sendiri..just untuk naikkan nama dia

    Reply
  • Hazmin 20 February 2011 at 10:54 AM

    @Fairyfarina
    takpa..masing-masing ada cara tersendiri dalam menarik pembacakan.. 🙂

    Reply
  • Fairyfarina 20 February 2011 at 10:30 AM

    tak pandai sgt nak post entry kontobesi neh…tulis apa terlintas kat otak je…hehhe

    Reply
  • Hazmin 20 February 2011 at 10:14 AM

    @iqbalhakimi
    Kihkih..betul tu..tapi tak boleh la selalu..bahaya..boleh buat gaduh kalau silap tulis.. 🙂

    Reply
  • iqbalhakimi 20 February 2011 at 10:11 AM

    aah..betol2..kontroversi kadang2 membantu jugak.. =)

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Yee Sang | Makan Besar Tahun Baru Cina

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Jules Verne

By Hazmin Hamudin

Seni Graffiti Di Sungai Klang

By Hazmin Hamudin

Penyanyi Pop Whitney Houston Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Apek Dan Leuniey Kahwin Disember ini?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in