• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Travelog / Travelog Penang | Seni Jalanan Di Lebuh Armenian

Travelog Penang | Seni Jalanan Di Lebuh Armenian

By Hazmin Hamudin | 18 October 2013 | 48 Comments

Lebuh Armenian

Pada entri yang lepas, selepas bersarapan aku dan keluarga telah pergi ke Rope Walk Lorong Kulit, Penang untuk melihat barang-barang pelik dan antik yang dijual di situ. Pada sebelah petangnya pula, aku ke Lebuh Armenian (Armenian Street) yang terletak di George Town, Penang.

Aku rasa Lebuh Armenian ni merupakan salah satu destinasi wajib dikunjungi oleh pelancong tempatan ataupun asing  jika datang ke Pulau Pinang. Apa yang menarik atau tarikan yang terdapat di Lebuh Armenian ni? Bagi penggemar seni jalanan dan juga street photography, ini adalah syurga bagi korang.

Street Art Penang — satu kumpulan lukisan dinding dan arca yang di lukis dan di pasang di sekitar bandar Georgetown. Seni dinding unik ini memperlihatkan keadaan hidup seharian masyarakat Penang di samping memaparkan unsur humor dan sejarah Pulau ini untuk tatapan pejalan kaki.

Lebuh Armenian (2)
Lukisan tikus sedang menyorok daripada ditangkap oleh seekor kucing.

Sudah pasti terdapat individu yang bertanggungjawab di sebalik hasil seni ni. Sebenarnya pelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan Georgetown kepada hasil seni ini ialah pelukis yang berasal dari Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Loius Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens.

Lebuh Armenian (3)

Kreatif tak? Beberapa ekor kucing yang dibuat daripada tali atau benang diletakkan di ampaian baju. Cantik jugak bila dibuat macam ni. Perasan tak majoriti gambar yang aku ambil adalah gambar kucing.

Lebuh Armenian (4)

Sebenarnya, jika hendak pusing keseluruhan kawasan seni jalanan dan arca ni sangat luas. Bukan hanya tertumpa di Lebih Armenian sahaja. Bagi yang tak larat untuk berjalan kaki tu aku cadangkan untuk menyewa basikal untuk korang pusing keseluruhan kawasan. Aku sendiripun tak sempat nak pusing semua tempat.

Lebuh Armenian (5)

Masih lagi lukisan yang bermotifkan kucing. Aku yang kurang kreatif dan berjiwa seni ni memang tak berapa nak nampak maksud seni disebalik lukisan ni.

Lebuh Armenian (6)

Mungkin ada orang seni yang boleh terangkan dekat aku berkenaan dengan lukisan dan arca ni. Aku sendiripun kurang pasti maksud disebaliknya sama ada mempunyai unsur keagamaan ataupun tidak. Harap ada yang tahu dan tinggalkan komen di bawah.

Lebuh Armenian (7)
Steel rods sculpture

Ini adalah salah satu steel rod sculpture erected di Lebuh Armenian. Yang ini satu-satunya sempat aku ambik gambar. Memang banyak lagi steel rod sculpture dekat sini yang mempunyai jalan cerita yang menarik.

Lebuh Armenian (8)

Ini merupakan antara seni lukisan yang popular di sini. Setelah penat berjalan, sempat juga aku menahan kanak-kanak yang sedang menunggang basikal untuk bergambar. Ok, aku tahu memang tak lawak. Alang-alang dah sampai kenalah ambil gambar untuk kenang-kenangankan.

Memang tak puas berjalan sekejap sahaja di sini. Banyak lagi seni jalanan yang tak sempat aku lihat. Kalau ada kesempatan lagi memang aku akan singgah lagi di sini. Bagi penggemar street photography, ini adalah lokasi wajib untuk korang kunjungi.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • baby comel 22 October 2013 at 3:14 AM

    wah, hebatnya gambar atas beskal tu. tak pernah g penang tempat tu. insyaAllah nanti nk pergi jugak la

    Reply
  • anies 21 October 2013 at 6:17 PM

    ms g penang aritu mmg x teringat langsung nk sggh ke sini

    Reply
  • suriaamanda 21 October 2013 at 10:34 AM

    Kalau pi Penang memang x sah if x bergambar kat situ kan..ntah bila SA dapat pi situ…asyik dalam wishlist jer x lepas2 lagi ni…

    Reply
  • Khadeejah Hasmad 21 October 2013 at 8:42 AM

    Uih, besarnya lukisan kucing tu. Cantik, menarik!

    Reply
  • akubiomed 21 October 2013 at 12:08 AM

    Seni jalanan ini sudah lama saya idamkan untuk dirakam.

    Reply
  • Rizkyzone.com 20 October 2013 at 9:08 PM

    pelukisnya memang hebat sangat itu mas, gambarnya terkesan seperti 3D

    Reply
  • Nizam Ijam 20 October 2013 at 7:54 PM

    gambar kucing tu gua suka…

    Reply
  • AUC 20 October 2013 at 1:37 PM

    huh betul2 kreatif laaa

    Reply
  • Teena Tna 20 October 2013 at 11:16 AM

    Seriously, 2 tahun saya belajar kat penang tak pernah tahu tempat macam ni wujud. Dah habis study baru sedar kewujudan dia. Aishhh, rasa rugi sangat tak explore habis2 penang tu dulu.

    Reply
  • Anak Askar Pencen 20 October 2013 at 6:03 AM

    Hasil seni yang menarik. Sekarang orang dah tak anggap street art ni sebagai vandalisme lagi. Tapi tak sure la, Malaysia ni rules dia berubah-ubah, hari ni OK, silap-silap besok Majlis Bandaran kata tak OK.

    Reply
  • adikensem 19 October 2013 at 9:47 PM

    Baru aku tahu dekat penang pun ada seni lukisan macam ni. Nice

    Reply
  • tiha 19 October 2013 at 9:10 PM

    menarik, memang teringin sangat nak pergi penang nak tengok lukisan2 ni, kreatif 🙂

    Reply
  • Zuan 19 October 2013 at 6:27 PM

    den pernah ke penang, tapi tak tau pula kewujudan tempat macam ni.. kena terjah bila ke sana nanti ni.. thanks atas perkongsian ni 🙂

    Reply
  • seri.selaseh 19 October 2013 at 11:56 AM

    Penang dah nampak lebih tourist centric. Lorong2 yg dulu org tak kisah pon skrang bleh jadi tarikan pelancong.

    Reply
  • mie 19 October 2013 at 10:53 AM

    wow!!
    cantik..
    harap adapat ke sana suatu hari nnti
    hehehe

    Reply
  • Wak Gelas™ 19 October 2013 at 7:15 AM

    wahh sonoknyerr jalan2 penang ghituuu.,ehHHEee

    Reply
  • deno 19 October 2013 at 2:03 AM

    wow kreatif!!!!! suka suka!^^

    Reply
  • Juan 18 October 2013 at 11:56 PM

    ada kaitan dengan Armenia x? sebab Armenia adalah nama sebuah negara

    Reply
  • Zali 18 October 2013 at 11:56 PM

    Gambar akhir sekali tu memang menarik. Macam terkeluar dari dinding.

    Reply
  • 4feet8 18 October 2013 at 11:25 PM

    byk kucing sbb nama group tu lostkitten..?

    Reply
  • Mus 18 October 2013 at 11:08 PM

    tempat feveret untuk kaki photog

    Reply
  • Anim 18 October 2013 at 10:35 PM

    kreatif betul. kak pun mesti nak tahu motif setiap lukisan/arca yang dilukis/dibuat. setakat ambil gambar saja memang tak puas.

    Reply
  • tia 18 October 2013 at 10:04 PM

    kreatif di mana-mana. tapi saya lebih suka gambar budak-budak naik basikal tu. nampak macam real. memang kreatif.

    Reply
  • Denaihati 18 October 2013 at 9:22 PM

    best tempat ni, rasanya ramai yang tak tau ada kat sana.

    Reply
  • ajumohit 18 October 2013 at 9:20 PM

    soooo cute, comel dan kreatif sangat hasil kerja tangan diorang ni kan

    Reply
  • titan 18 October 2013 at 9:15 PM

    basikal tu memang ada kat sana ekk..

    Reply
  • hafizmd 18 October 2013 at 9:13 PM

    cantik.serius cantik..

    thanks bro berkongsi

    Reply
  • Mak Lagenda 18 October 2013 at 8:27 PM

    Gambo yg last tu mmg fofuler abes..slalu tgk dikongsi oleh blogger2 lain. Mak x pernah lg smpi sini..so next time kalo sampai penang, memang kena g la 2-2 tempat yg min dah gi nih

    Reply
  • JR 18 October 2013 at 6:56 PM

    Orang asal Penang seperti saya pasti sangat malu utk mengakui belum pernah menjejakkan kaki ke situ! Nama saja warga Penang tapi kalau balik Penang (termasuk Raya Haji 3 hari lepas) cuma sempat melawat sanak saudara di Seberang Perai, nak menyeberang jambatan sangat malas. Kalau ke sebelah pulau pun tumpuan saya cuma Penang Road dan Padang Kota….

    Reply
  • Bahrain 18 October 2013 at 4:53 PM

    lukisan semua nampak hidup. kreatif orang yang buat macam nie..salute

    Reply
  • onlajer 18 October 2013 at 4:24 PM

    gambar basikal tu macam hidup ya

    Reply
  • suri 18 October 2013 at 3:14 PM

    di ipoh ada tak banyaklah rasanya ada satu jer kat town. kalau pi kl best banyak lukisan ini di luahkan.menarik

    Reply
  • blogger lelaki 18 October 2013 at 2:33 PM

    wah tak sangak dekat Malaysia pun ada seni kreatif mcm ni

    Reply
  • Nafira 18 October 2013 at 1:29 PM

    kreatif sgt2!!
    tak sangka kat malaysia pon ade jalan2 yang di lukis dengan lukisan cantek cam tuh..:)

    Reply
  • hafiz 18 October 2013 at 12:30 PM

    memang kreatiflah…

    Reply
  • Azman Ismail 18 October 2013 at 11:53 AM

    Kalau aku pergi Penang,insyallah aku nak singgah sini.

    Reply
  • Mizz Aiza 18 October 2013 at 11:53 AM

    kreatif betul orang yang melukisnya..

    Reply
  • hafidz 18 October 2013 at 11:33 AM

    Pergh ini bukan macam best. Ini memang best!
    Banyak betul karya seni jalanan yang memang berseni.
    Macam wajib pergi ke sana nih 🙂

    Reply
  • lieyalatif 18 October 2013 at 10:14 AM

    e’eh…akak tak tau lak penang ade bende nie…selalu kalo sebut penang ingat makan sedap2 die jek akakakaakak..dasar kuat mkn akak nie heheheeheheh

    Reply
  • TehR 18 October 2013 at 10:11 AM

    kucing dengan tikus tu aku suka tengok
    memang kretif mereka ni

    Reply
  • sukma 18 October 2013 at 10:11 AM

    belum pernah sampai ke sana lagi, tapi suka sangat dengan gambar budak 2 org yg naik basikal tua tu….

    Reply
  • Myra Jay 18 October 2013 at 9:19 AM

    MJ yang dok Penang hampir 30 tahun tak pernah jejak pun ke situ..huhuu teruk kan 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 October 2013 at 9:27 AM

      Selalunya macam tu la MJ. Kalau tempat sendiri mesti kita tak pergi punya, Nak pergi tempat orang pulak.. Hehe

      Reply
  • t.a.t.a 18 October 2013 at 9:07 AM

    Laa.. tikus ke? sekali pandang nampak macam beruang.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 October 2013 at 9:26 AM

      Haha. Tikus la tu t.a.t.a. Jauh sangat tu tersasar kalau beruang.

      Reply
  • pahan 18 October 2013 at 8:50 AM

    ooo. patut aku tengok banyak pic mcm tu kat . penang. memang ada tempat mcm tu rupanya terutama yang pic budak2 main basikal tu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 October 2013 at 9:25 AM

      Ada lagi satu pic orang tunggang motor tu aku tak pergi. Memang cantik la kalau dapat ambik picture juga. Hehe

      Reply
      • pahan 20 October 2013 at 11:50 PM

        kawan aku g minggu ni tadi. siot. memang cantik gler tempat kat situ upanya.

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kemalasan Melanda

By Hazmin Hamudin

Pelik Ke Lelaki Membaca Novel?

By Hazmin Hamudin

Keputusan Final Badminton All England 2011

By Hazmin Hamudin

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM 24) 2011

By Hazmin Hamudin

Esok Dah Gaji

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in