• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Gambar Menarik / Menara KL Hilang?

Menara KL Hilang?

By Hazmin Hamudin | 26 December 2013 | 33 Comments

Menara KL Hilang

Menara KL Hilang? Selain daripada Menara KLCC, Menara KL yang merupakan mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur telah hilang. Kehilangan menara tersebut menjadi tanda tanya seluruh warga Kuala Lumpur. Dipercayai kehilangan Menara KL ada kaitan dengan kejadian ikan naik ke darat di Lahat Datu, Sabah. Kih3.

Bila dah terlampau bosan dan tiada idea nak update blog, ini lah jadinya. Merapu! Waktu pagi ternampak pulak Menara KL ni hilang dalam kedinginan kabus. Apa lagi, terus capai telefon dan ambil gambar yang menarik ni. Tiada kena mengena dengan kejadian ikan naik ke darat ye. Apatah lagi kedatangan raksasa meranapkan Menara KL.

Agaknya macam mana la kalau Menara KL ni betul-betul hilang ataupun tinggal sekerat macam dalam gambar tu ye. Hehe. Takpun Menara KL tu dah sampai tembus langit ke jajahan kerajaan langit pimpinan ayah pin. Kih3. Rasanya cukup sampai di sini sahaja merapu untuk hari ini.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hafizul 9 January 2014 at 11:00 AM

    Ha???dah hilang????

    Reply
  • baby comel 7 January 2014 at 8:30 PM

    Dah hilang…… 🙁

    Reply
  • Bahrain 6 January 2014 at 3:23 PM

    seram pun ada..hahahah

    Reply
  • gp 3 January 2014 at 10:51 PM

    Apa nak terkejut kalau hilang. Sedangkan anak boleh hilang kat Sogo, inikan pulak Menara KL

    Reply
  • t.a.t.a 2 January 2014 at 10:04 AM

    Kalau hilang memang kena cari balik.

    Reply
  • ema 31 December 2013 at 1:55 PM

    alamak,tanda nak hujan tu.. kain kat ampaian siapa nak angkat ni…

    Reply
  • TehR 30 December 2013 at 5:02 PM

    mesti best kalau dapat lepak kat atas tu tarik selimut
    haha

    Reply
  • Myra Jay 30 December 2013 at 11:25 AM

    Takpa merapu sekali sekala hilangkan bosan 🙂
    Tebal juga kabusnya ye ;D

    Reply
  • ohcikgu 29 December 2013 at 5:32 PM

    ada tu. ternyorok mana-mana la tu.

    Reply
  • tirah 29 December 2013 at 4:30 PM

    terbaek!!!

    Reply
  • Qashmere 28 December 2013 at 1:04 PM

    Kalau hilang begini takperlah syukur. Kalau hilanggggggg kena langgar kapalterbang..naya. hahaha

    Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 28 December 2013 at 10:54 AM

    Adehh.. ingat David Copperfield datang Malaysia lagi 😀

    Reply
  • Adam 27 December 2013 at 9:52 PM

    Alhamdulillah dua tiga hari ni hujan turun, sejuk. Tapi hati-hati rakan kita di pantai barat.

    Reply
  • titan 27 December 2013 at 4:54 PM

    fuhhh..boleh plak hilang ehh..

    Reply
  • Fiza Rahman 27 December 2013 at 2:22 PM

    Hilang di sebalik awan rupanya. Tak dpt bayangkan klo menara KL betul2 hilang…hehehe…

    Reply
  • anies 27 December 2013 at 1:07 PM

    kalu btol2 hlg cr david copperfields

    Reply
  • Sop 27 December 2013 at 12:38 PM

    bro buat magic ke? hehehe

    Reply
  • papa mifz 27 December 2013 at 12:20 PM

    entry nih memang membuktikan bro betul-betul bosan…hehe

    Reply
  • JR 26 December 2013 at 9:42 PM

    Sesekali merapu best jugak, dapat redakan sikit hidup yg penuh stress dan jiwa yg kacau ini…

    Reply
  • yui 26 December 2013 at 7:34 PM

    kalau ayah pin uish tak taula..hihi

    Reply
  • encikarman 26 December 2013 at 7:19 PM

    rumah dah bocor la, nak panjat gayat siot.. hohoh

    Reply
  • Anak Askar Pencen 26 December 2013 at 5:41 PM

    Minggu ni kerap jugak hujan. Mujur tak lebat sangat. KL ni tak boleh harap sangat time hujan lebat, risau air naik je.

    Reply
  • Strider 26 December 2013 at 5:23 PM

    hahaha…mungkin pengurusan Menara KL telah diambil alih oleh ayah pin sehingga puncam menara KL dibawa ke atas langit..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • Hafiz 26 December 2013 at 4:30 PM

    Itu jerebu ke kabus…

    Reply
  • sharinginfoz 26 December 2013 at 4:11 PM

    Hujung2 thn ni bosan aja.

    Reply
  • hafizmd 26 December 2013 at 3:51 PM

    bestnye jadi blogger bila boleh lepas idea santai kat blog =)

    belum pernah jejak menara kl…takat tgk dari jauh jer…hoho

    Reply
  • suriaamanda 26 December 2013 at 11:50 AM

    kalau la menara KL ni betul2 hilang…memang glemer Malaysia di mata dunia..setiap minit ada update citer ni…

    Reply
  • Anuar 26 December 2013 at 10:42 AM

    Apabila membaca entri ini saya teringat kisah seorang pelancong Indonesia yang datang ke Malaysia.. Semasa berbual dengan pemandu teksi, pelancong Indonesia tersebut dengan bangga menceritakan pembangunan yang berlaku di negara beliau..

    Contohnya beliau bertanya, berapa lama KLIA disiapkan kepada pemandu teksi.. Apabila pemandu teksi menjawab…., Pelancong tersebut akan berkata, lama juga ya.. Kalau di Indonesi Lapangan terbang gaya ini boleh disiapkan dalam tempoh satu tahun sahaja…

    Dan begitulah seterusnya.. Sepanjang sesi perbualan mereka, ada sahaja yang hendak dibanggakan oleh Pelancong Indonesia tersebut…

    Kemudian sampai satu ketia, pemandu teksi pun menjumpai satu trik untuk menghapuskan keegoan Pelancong Indonesia tersebut…

    Apabila Pelancong Indonesia tersebut terpandang menara berkembar KLCC, dia bertanya kepada Pemandu teksi tersebut.. Wah cantik benar menara berkembar itu.. “Berapa lama menara berkembar itu dibina?”

    Lalu pemandu teksi tersebut bertanya kembali kepada pelancong Indonesia tersebut.. “Menara berkembar yang mana satu ya Pak?”

    “Alah Yang Itu, yang besar sekali di situ..” Jawab Pelancong

    Sambil menoleh tempat yang ditunjukkan oleh pelancong Indonesia, Pemandu teksi berkata sambil mengerutkan dahi “Saya pun enggak tahu ada menara berkembar di situ, semalam saya tengok enggak ada, tetapi tiba-tiba hari ini sudah ada, panta sbetul menara berkembar tersebut disiapkan”

    Sambil terkebil-kebil pelancong Indonesia tersebut, terdiam.. Tidak tahu nak berkata apa lagi dah…

    hahaha… 😉

    Reply
    • hafizmd 26 December 2013 at 3:53 PM

      hahhaha…best citer ni

      Reply
  • Mus 26 December 2013 at 10:24 AM

    kat sini, Gunung Kinabalu pun selalu hilang bro..

    Reply
    • hafizmd 26 December 2013 at 3:55 PM

      baru sekali singgah kinabalu…rindu laluan ke gunung kinabalu yg indah dan damai

      Reply
  • siti maimun 26 December 2013 at 10:19 AM

    owhhh bersiaran dari KL yer…

    *merapu pon..merapu laa kan… janji update blog…keh keh keh…

    Reply
  • akubiomed 26 December 2013 at 9:58 AM

    Berkabus hilang menara KL dari pandangan.

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Fenomena Durian Crepe Atau Durian Pancake

By Hazmin Hamudin

Kesian Blog Hazmin

By Hazmin Hamudin

Paderi Gay Bakal Kahwin Di Malaysia ?

By Hazmin Hamudin

Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang

By Hazmin Hamudin

Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in