Tika ini, saat ini, memang aku terlalu rindukan dia. Betul, semua orang pasti ada mengalami saat sulit sehingga bertindak diluar batasan akal manusia normal. Tiada manusia yang sempurna. Tiada manusia yang akan terlepas dari melakukan kesilapan bodoh. Tapi jauh di sudat hati yang luhur, tidak berniat langsung melakukannya.
Memang diri ini silap, diri ini telah banyak melakukan kekhilafan. Buat insan yang telah aku sakiti dan lukai tanpa sedar, maafkanlah diri ini. Ketahuilah bahawa hati ini terlalu rindu. Suatu perasaan yang mana mungkin dapat ditolak oleh setiap insan yang mempunyai perasaan tidak kira rindu sesama manusia ataupun kepada Maha Pencipta, Allah SWT.
Jika rindu menerjah hati, jika rindu berkunjung di diri, luahkan perasaan kepada Allah SWT adalah sebaik-baiknya. Andai rindukan seseorang, amalkan doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha, moga dia juga merasakan perasaan yang sama.
“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ******** (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya…”
Tangisan di sudut matamu
Menitis mengalir di bumi
Seperti hujan membasahi pipi
Ku fahami dan mengerti
Hatimu… Kesedihanmu…
Kan pulih bila hujan turun
Kerinduanmu dan kerinduanku
Hanya untuk sementara
Walau jauh dari pandangan mata
Kau tetap satu di kalbu
Berdoalah moga di restui
Jalinan cinta antara kita
Oh…oh…
Moga direstui
Cinta kita kan abadi
Kasihku…
httpv://www.youtube.com/watch?v=gkHYNRIPKh0
Agak? Burung gagak
Uittt dah berani? Hahaha
Agak la… 🙂
salam awak. leeza buat kunjuangan balas di sini///
moga kekal berhubung.
Terima kasih leeza sebab sudi berkunjung di sini.
Rindu seorang blogger boleh jadi bahan penulisan di blog! 😀
Rinduuuuu dierr….
Rindu kamu juga… 🙂
jgn melarat lak bro..hehe
Melarat sehingga menjadi entri blog. Hehe
ko rindu spae ni haa??
Ada la. Haha.. Rindu kepada ya RABB adalah sebaiknya. 🙂
Apabila rindu. Hati tidak tenang dan menjadi resah.
Buat semua bendapun ada saja yang tak kenakan bro.
Rindu pada yang dah pergi takpe lagi.. Kalau rindu pada yang tak sudi ni parah!!
Betul tu cikgu.. Rindu pada yg tak sudi memang parah la..huhu
Memang parah tu cikgu. Kalau dah tak sudi lebih baik disimpan dalam hati saja. Tapi memang parah la.
Rindu itukan anugerah..kadang2 seksa jugak bila mari angau rindu ni..hahaha
Rindu kepada pencipta adalah yang sebaik2nya kan.
kalau rindu kena call aka bercakap jika masih hidup…hehehe..jika sudah pergi kirimkan al-fatihah untuk mereka yang dirindui…:)
Betul tu… Adakalanya perlu disimpan dalam hati juga…
simpan lama org kebas hehehe…:) gurau…
terbaik post kali nie
Apa yang terbaik?