• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Motivasi / Hasil Menabung Syiling

Hasil Menabung Syiling

By Hazmin Hamudin | 20 February 2014 | 34 Comments

Hasil Menabung Syiling

Gambar atas tu adalah hasil aku menabung syiling untuk beberapa tahun. Aku tak ingat pulak yang tepatnya berapa tahun. Nampak tak betapa lamanya aku menabung syiling tu sampai berapa tahunpun dah tak ingat. Hehe. Ada la jugak aku selitkan duit kertas sikit sebagai penambah rasa dalam tabungan aku tu.

Kalau nak tahu aku ni memang suka menyimpan dan mengumpul duit syiling ni atau bahasa mudahnya menabung. Selalunya duit baki syiling yang aku dapat masa berbelanja aku akan simpan terus. Kalau nak bayar apa-apa aku gunakan duit kertas. Dalam wallet pun aku tak simpan duit syiling.

Sesetengah orang mesti akan cakap apa la sangatkan menabung syiling ni. Buat penat je kumpul. Mesti kumpul bertahun dapat setakat seratus dua ratus je kan. Celah gigi je nak simpan duit banyak tu. Lantak la. Pedulikan apa orang nak cakap. Yang penting aku puas menabung syiling ni. Haha.

Duit ni semua dah selamat aku masukkan ke dalam bank minggu lepas. Ikutkan hati nak lagi aku menabung sampai banyak. Tapi fikirkan keselamatan dan risau duit syiling ni semakin berkurangan di rumah, maka aku buat keputusan untuk simpan dalam bank.

Korang mesti nak tahu berapa jumlah hasil aku menabung syiling ni kan. Dalam sedar tak sedar, hasil menabung syiling aku ni berjaya mengumpul sebanyak RM400++. Kalau aku simpan sampai RM1000 mau pening jugak orang bank tu nak uruskan. Nak angkatpun satu hal jugak. Yang ni pun nak angkat dah berat sampai kena guna dua belah tangan.

Memang puas hati sangat dapat menabung syiling macam ni. Walaupun ambil masa yang lama untuk kumpul, tapi bila tengok duit syiling yang banyak tu dah buat aku puas. Inilah yang dikatakan “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”. Lepas ni aku nak mula menabung syiling balik. Tunggu la beberapa tahun lagi berapa aku dapat kumpul.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • kamal 16 March 2014 at 7:12 PM

    Prinsip bagus, walaupun sedikit namun tetap terkumpul.

    Reply
  • suriaamanda 27 February 2014 at 11:47 AM

    SA pun suka menabung duit syiling…penyakit ni dah berjangkit kat anak dara SA dah…huhu….bagus diamalkan…at least kalau tiba2 seak ada duit kecemasan kan?

    Reply
  • Hafizul 26 February 2014 at 11:38 AM

    Ohhhh…berjaya gak ekk bro disiplinkan diri menabung ni..hehe..terbaik lah..

    Reply
  • Myra Jay 26 February 2014 at 8:31 AM

    MJ belajar dari asben menabung duit syiling, klau ikutkan selama 4thn kami kawen ni ada kot dlm RM500++ duit syiling, tak ingat sangat jumlah tepat sebab dah penah ‘tukar’

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 February 2014 at 9:17 AM

      Banyak jugak tu MJ. Cuma kena bersabar jela nak kumpul duit syiling ni kan kalau nak dapat jumlah yang banyak tu. Hehe

      Reply
  • zik 23 February 2014 at 9:16 PM

    ada simpan jugak..masalahnya.. kalau dah hujung bulan tuh.. mulalah nak mengoreknya balik,….haha..

    Reply
  • hazmanfadzil 22 February 2014 at 1:00 PM

    Biasanya kedai runcit suka kalau dapat tukar duit syiling banyak-banyak nie

    Reply
  • lizz 21 February 2014 at 9:22 PM

    Waa bagus2 dik..berat kut nak ngangkat mau lenguh bahu tu…

    Reply
  • Bahrain 21 February 2014 at 3:24 PM

    jenuh nak mengangkat syiling kalau dah berat sangat. RM1000 duit syiling tak dapat bayangkan beratnya mcam mana. haha. Boleh exercise dengan angkat duit syiling. 🙂

    Reply
  • ajumohit 21 February 2014 at 12:23 PM

    suami akak pun rajin menabung, akak n anak2 rajin belanjakannya hahahaha

    Reply
  • Strider 21 February 2014 at 10:34 AM

    fuh…kalau sampai RM400 mesti berat nie bro..aku pernah kumpul sampai dekat 200 pun dah rasa macam berat giler nak bawak..hehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:57 AM

      Haha. Memang berat ni bro. sampai kena pegang dua tangan. Pakai beg plastik confirm putus.

      Reply
  • Hafiz 20 February 2014 at 4:50 PM

    Bawak semua syiling tu ke kaunter ke..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:56 AM

      Kena bawak bro. Seksa sikit la. Hehe

      Reply
  • JR 20 February 2014 at 4:30 PM

    Kalau simpan bertahun2 boleh dijadikan wang hantaran kawin tu….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:56 AM

      Perancangannya untuk duit beli cincin ni. Haha

      Reply
  • ema 20 February 2014 at 4:29 PM

    saya pula tukang kutip duit syiling atas lantai…masuk dalam tabung suami…yerlah kebanyakkan syiling kat lantai tu duit suami…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:55 AM

      Hargailah duit syiling kan kak. hehe

      Reply
  • Vitamin 20 February 2014 at 4:26 PM

    sy pun suka kumpul wet syiling tp bila dh penuh je tabung sy,sy tukar wet kertas…..pas ni sy nk try la kumpul syiling byk2 2 3 thn pas tu dpt bape agak nya erk…..hihihihihi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:55 AM

      Hehe. Good luck. Jauh lagi perjalanan tu nak kumpul 2 3 tahun.

      Reply
  • Fiza Rahman 20 February 2014 at 4:18 PM

    Wah…banyak tu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:54 AM

      Boleh la sikit-sikit. Hehe.

      Reply
  • papa mifz 20 February 2014 at 4:12 PM

    den suka jugak menabung duit syiling , tapi bila dah penuh satu tabung den terus tukar duit kertas…=)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:54 AM

      Berapa banyak pernah dapat hasil menabung PM? Hehe

      Reply
  • Syaifuddin Alias 20 February 2014 at 3:40 PM

    menabung daripada bila ni bro ..hehehe..terbaik

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:53 AM

      Bertahun dah bro. Tak ingat pulak masa yang tepat. Hehe

      Reply
  • akubiomed 20 February 2014 at 1:47 PM

    Boleh tahan duit yang diperam simpan. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:53 AM

      Hehe. Jadilah bro. Boleh guna untuk saving.

      Reply
  • Sop 20 February 2014 at 12:57 PM

    wah byk tu
    Sop pun pernah pergi simpan syiling dapat dlm RM 200
    berat punya x ingat.. hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:53 AM

      Hehe. RM200 pun ok jugak tu bro Sop. Yang ni pun berat jugak nak angkat ni.

      Reply
  • t.a.t.a 20 February 2014 at 10:57 AM

    Tahniah Min. Aku pun menabung jugak. Syiling jarang sket sebab aku tak makan kat luar. Beli barang pun jarang sangat. Tapi kalau ada memang terus masuk tabung. Biasa sehari aku simpan duit ringgit aje. Sehari mesti simpan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:52 AM

      Tak kisah pun duit syiling ke duit kertaskan. Janji menabung. Ada jugak duit bila nak pakaikan.

      Reply
  • yui 20 February 2014 at 10:42 AM

    yui ada gak habit mcm ni..pastu tukar duit kertas..huhuh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:41 AM

      Simpan dalam bank terus la yui. Hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Sasaran Ranking Alexa Dah Tercapai

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Lelaki Sedunia 2014

By Hazmin Hamudin

Projek Cat Rumah Menjelang Raya

By Hazmin Hamudin

Serangan Berkembar: PM Norway Isytihar Sebagai Tragedi Nasional

By Hazmin Hamudin

Najib Jemput Peminat Bola Sepak Tonton Perlawanan EPL Ahad Ini

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in