Minggu lepas aku telah selamat mengikuti kursus di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) di Sungkai, Perak. Boleh tengok entri aku yang lepas Berkursus Di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai, Perak. Dalam entri yang lepas memang tak boleh nak buat entri pasal keadaan bilik sebab update pakai BlackBerry je.
Kali ni aku nak bercerita pula tentang keadaan tempat penginapan di ILSM ni. Seperti yang korang boleh nampak, keadaan bilik penginapan di ILSM ni memang terbaik dan sangat selesa. Dah macam standard hotel aku rasa keadaan bilik dia. Siap ada balcony lagi.
ILSM Sungkai ni baru beroperasi tahun ni. Di tempat baru ni, kemudahan yang disediakan memang boleh dikatakan serba lengkap la jugak. Setiap bilik disediakan tv skrin rata, cuma tiada siaran Astro la ya. Yela, datang nak berkursuskan. Bukannya nak tengok tv. Telefon juga disediakan di setiap bilik kalau rasa nak call ke bilik-bilik lain atau pejabat.
Cuma kemudahan seterika untuk menggosok baju yang disediakan di setiap aras kurang memuaskan. Masa aku nak guna seterika tu, dah ada orang yang ambik bawak masuk bilik. Sudahnya terpaksalah aku call ofis mintak seterika yang lain. Mungkin boleh diperbaiki lagi perkara ni seperti meletak rantai di seterika supaya seterika tersebut tidak boleh dialih sesuka hati.
Bilik air dan tandas juga sangat bersih. Ingatkan tidak disediakan sabun mandi, tetapi sangkaan aku meleset. Sabun mandi telah disediakan dan towel juga dibekalkan semasa mendaftar masuk.
Bagi yang membawa barang berharga semasa berkursus di sini juga tidak perlu bimbang kerana pihak ILSM ada menyediakan kemudahan safe deposit box di setiap bilik.
Ni lah rupa tempat penginapan sepanjang aku berkursus di ILSM ni. Cantikkan bangunan dia. Kemudahan yang baru ni elokkan dijaga dengan baik oleh setiap orang yang datang berkursus di sini supaya ianya akan terus kekal cantik. Rugi la kan kalau kemudahan yang sebegini elok tidak dijaga untuk manfaat masa akan datang.
penambahan info terkini…skarang dah ada PC siap dgn intenet lg…mmg terbaik la….
Memang terbaik info ni. Siapa sangka jabatan kerajaan dapat sediakan kemudahan macam ni.
cantik, sama macam Institu latihan kecemerlangan MARA kat jawi, bab penginapan superb…
tapi nak gi dewan – mak ai, jauh jugak kalau menapak
mmg cantik..bru best berkursus.. 🙂
Itulah, kalau macam ni memang semangat nak pergi kursus selalu.
biasanya aku bawa seterika sendiri je bila ikuti kursus
senang lagi menyenangkan
hehe
Hehe.. Saya memang tak pernah nak bawak seterika. Nak ringankan beg
Harap pengguna berikutnya dapat mencontohi. Sayang pula kemudahan lengkap sebegini selalu “di salah gunakan”. Semoga dapat berehat secukupnya ketika kursus tersbut…
Betul tu. Kemudahan yang sebegini cantik harus dijaga.
cantik dan kemaa tempat bro berkursusni. habis kursus memang dapat rehatkan otak kat bilik
Itulah, kira empat hari dekat situ memang tarasa sekejap je.
Keselesaan diutamakan untuk peserta kursus. Sudahlah mengadap nombor kalau tempat penginapan teruk berserabut kepala. 🙂
Betul tu bro. Keselesaan tu penting, baru la orang semangat nak pergi kursuskan.